Pesawat Singapore Airlines alami gelora udara teruk, seorang penumpang maut


 

Seorang penumpang maut dan beberapa lagi cedera apabila pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju Singapura mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat.
"Lapan belas orang telah dimasukkan ke hospital dan 12 sedang dirawat di hospital.
"Kami meminta maaf mendalam di atas pengalaman traumatik yang dialami penumpang dan kru kami dalam penerbangan terbabit. Kami akan menyediakan bantuan yang diperlukan dalam masa sukar ini," kata SIA.

SIA juga menambah bahawa ia sedang membantu semua penumpang dan kru pesawat itu, dan juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan.
Ia akan turut menghantar satu pasukan ke Bangkok untuk menyediakan bantuan tambahan.
Seorang penumpang dalam pesawat itu, Dzafran Azmir, 28, memberitahu agensi Reuters: "Tiba-tiba pesawat itu 'mendongak' dan bergegar, jadi saya siap sedia apa yang akan berlaku.
Kemudian ia menjunam secara tiba-tiba sehingga mereka yang duduk dan tidak memakai tali pinggang keledar tercampak ke bahagian atas (pesawat).
"Ada yang terhantuk kepala di kabin tempat letak beg sehingga bahagian itu kelihatan remuk, mereka turut tercampak ke bahagian terdapat lampu dan pelitup dan lolos ke dalamnya," katanya.
Mengenai dengan data yang menunjukkan penurunan ketinggian, Jurucakap FlightRadar 24 berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati gelora udara berlaku sebelum penurunan standard dari 37,000 hingga 31,000 kaki.
"Itu nampaknya hanya perubahan tahap penerbangan sebagai persediaan untuk mendarat," katanya.
Pesawat Boeing 777-300ER dengan 211 penumpang dan 18 anak kapal itu menuju ke Singapura ketika melakukan pendaratan cemas, kata syarikat penerbangan berkenaan.
Lapangan terbang Suvarnabhumi berkata, pesawat itu meminta pendaratan kecemasan pada jam 3.35 petang waktu tempatan dan mendarat pada 3.51. 
Sumber : REUTERS

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url