"Etnik Melayu kekal tidak berubah dan terus merekodkan TFR tertinggi dengan 1.9 anak bagisetiap perempuan berumur 15-49 tahun. TFR bagi Bumiputera lain menurun daripada 1.6 anak pada 2024 kepada 1.5 anak pada 2025, manakala TFR bagi etnik India kekal tidak berubah pada 1.1 anak.
"Etnik Cina merekodkan TFR terendah, menurun daripada 0.9 anak kepada 0.7 anak pada 2025," menurut kenyataan itu.
Di peringkat negeri, DOSM memaklumkan Terengganu merekodkan TFR tertinggi dengan 2.5 anak pada 2025, diikuti Kelantan (2.3) dan Pahang (1.8). Sebaliknya, Pulau Pinang merekodkan TFR terendah dengan 1.1 anak, menurun daripada 1.2 anak pada 2024.
Menurut DOSM, bilangan kematian meningkat 0.4 peratus daripada 198,992 kematian pada 2024 kepada 199,807 kematian pada tahun sebelumnya.
"Kadar kematian kasar (CDR) kekal tidak berubah pada 5.8 kematian bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025. Etnik India merekodkan CDR tertinggi dengan 8.2 kematian, manakala Bumiputera lain merekodkan CDR terendah dengan 5.7 kematian pada 2025.
"Selain itu, CDR bagi etnik Cina menurun daripada 7.6 pada 2024 kepada 7.5 pada 2025," menurut kenyataan itu.
DOSM memaklumkan Perak merekodkan kadar kematian kasar tertinggi iaitu 8.2 kematian bagi setiap 1,000 penduduk, manakala Putrajaya mencatatkan kadar terendah sebanyak 2.6 kematian.
– BERNAMA

