Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

7.2 Juta Terima BR1M 2018 Mulai 26 Feb 2018

by
Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat mulai 26 Februari ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah menerangkan bahawa pembayaran tersebut akan dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM6.3 bilion.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di Pekan, Pahang pada esok (Ahad). Sehari selepas itu, para penerima boleh memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka,” katanya pada siang akhbar selepas majlis perasmian Program Bahtera 2018 (Edisi Timur) bertemakan ‘Bumiprenerus of Tomorrow’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman bagi mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir sama pada program berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah Unit Strategi Nasional di Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri menyatakan, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian tunai oleh kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

BR1M mula dilaksanakan pada 2012. Ketika ini, 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang menerima manfaat skim wang tunai berkenaan yang dianggap sebagai subsidi bersasar secara langsung kepada kumpulan berkelayakan.

Ia juga merupakan polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan mesti tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Peserta di bawah program e-Kasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima BR1M. Bayaran dimasukkan terus ke akaun bank atau ditunaikan di mana-mana bank yang terpilih.


- mSTAR

BR1M Peringkat Ketiga Dibayar Mulai 16 Ogos 2017

by



Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai Rabu bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 September ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.
"Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.

- Bernama











Tidak Perlu Rujuk SSM Jika Gagal Dapat BR1M

by


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus 'tidak lulus' tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

SSM dalam kenyataan pada Selasa berkata kegagalan permohonan bantuan itu tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.

"Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon," menurut SSM.

Menurut kenyataan itu, pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

SSM juga percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.

"Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang. Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat," kata kenyataan itu.

Sementara itu SSM turut menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M.

1P1P yang diperkenalkan SSM pada 1 Januari lepas, membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah.

- BERNAMA

Aplikasi Mudah Alih Semak BR1M Diperkenal

by


Lebih 8.2 juta pemohon Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) boleh menyemak status permohonan melalui 'Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M' yang diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, aplikasi itu merupakan alternatif terbaik bagi membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan BR1M yang boleh mengelirukan pemohon.

Bercakap kepada pemberita di majlis pelancaran aplikasi itu, beliau berkata, jumlah pemohon BR1M meningkat lebih 15 peratus setakat 14 Februari berbanding 7.1 juta permohonan pada 2016.

"Pemohon yang berstatus bujang mencatatkan jumlah paling tinggi memohon BR1M kerana mereka yang baru masuk kerja dan bergaji sehingga RM3,000 pun layak," jelasnya.

Johari berkata, pembayaran BR1M secara baucar telah bermula pada 18 Februari dan akan dikreditkan ke akaun penerima mulai Rabu.

Pada 17 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih lima juta permohonan BR1M 2017 telah diluluskan kerajaan.

Selebihnya masih lagi dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan, katanya.

Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M boleh dimuat turun ke telefon bimbit android.

Aplikasi itu membolehkan pemohon membuat semakan penghantaran borang, status bayaran dan rayuan dengan cepat.

Ia hanya memerlukan nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi pemohon.

BR1M 2016 dibayar mulai 28 Jan 2016

by


Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan dibuat mulai 28 Januari 2016 (Khamis). Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September. Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400.

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas. Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK.

Bagi penerima yang belum mengemas kini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran," katanya. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my


Kadar BR1M naik tahun 2016

by

Kerajaan akan terus menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kenaikan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada tahun 2016.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut pada pembentangan Bajet 2016 tidak lama lagi.

Kenaikan jumlah BR1M bukanlah satu tindakan drastik oleh kerajaan. Walaupun pendapatan negara tidak begitu tinggi namun, ia mencukupi untuk pihak kerajaan mengeluarkan dana untuk pembangunan dan perbelanjaan negara, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Tambun.


Penerima BR1M dinasihat waspada SMS dan emel palsu

by

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon atau penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
LHDN sehubungan itu menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu tersebut agar menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.

Jelas LHDN, hal itu berbangkit selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada para pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN (BR1M).

"Individu menyamar itu menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M," kata LHDN.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LHDN di talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/

BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015

by


BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pemohon baharu bantuan itu diminta membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2014 ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Dis, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari 2015.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baharu Perumahan Awam Jalan Padang Tembak di Teluk Intan, Perak.

Ahmad Husni berkata penerima digalakkan membuka akaun bank supaya proses pembayaran dapat dilakukan secara efisien memandangkan pembayaran BR1M adalah sebanyak tiga kali setahun.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September 2015.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90