Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan

Tiada kelas akademik pada minggu pertama persekolahan

by


Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 dan 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

"Perkara berkenaan akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum terbabit dikekalkan sepanjang tahun.

"Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan.

"Oleh itu, kebijaksanaan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 di sini, hari ini.

Sesi persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini.

Manakala, kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula dibuka bermula 11 Mac ini.

Sumber : Berita Harian

KPM saring lebih 300,000 guru ikut tahap kecekapan digital

by


Lebih 300,000 guru disaring dan dikategorikan mengikut tahap kecekapan digital sehingga Oktober lalu.

Langkah itu selaras usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan membudayakan teknologi pendidikan secara menyeronokkan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling, berkata pengesanan saringan tahap kecekapan digital guru itu masih berjalan dan dijangka selesai akhir bulan ini.

Sehingga 15 November lalu, katanya, lebih 25,000 aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanakan berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM).

"Kementerian turut menyediakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang mengandungi perkhidmatan, aplikasi dan kandungan ditambah baik secara berterusan, seiring perkembangan teknologi terkini.

"Sehingga kini, 5.3 juta pengguna pelbagai peringkat merangkumi murid sekolah rendah dan menengah, pelajar lepasan menengah iaitu Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi dan pelatih IPG, pelajar Kolej Vokasional, guru, pensyarah dan pemimpin pendidikan dapat mengakses DELIMa pada bila-bila masa di mana sahaja," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (BN- Rompin) yang ingin mengetahui perancangan kementerian ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Digital bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem Pendidikan negara.

Hui Ling berkata, KPM sentiasa berusaha meningkatkan motivasi dan inovasi digital murid melalui pameran dan penganugerahan digital kepada murid dan sekolah.

Katanya, Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) misalnya, dianjur dengan matlamat mengiktiraf murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas usaha memperkasakan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran.

"Pembabitan aktif sekolah dalam program DUTA memperkukuhkan keupayaan dan kesediaan murid untuk mengguna pakai teknologi digital dalam pembelajaran serta memanfaatkan inovasi dan transformasi digital di sekolah, rumah atau di mana sahaja," katanya.

Sumber : Berita Harian


Permohonan untuk isi 19,000 kekosongan guru

by

 



Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2023 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara, bermula 7 April 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata Iklan Permohonan Guru 2023 akan dipaparkan selama dua minggu sahaja, mulai hari ini (7 April) hingga 21 April (Jumaat).

Beliau berkata, lantikan adalah secara tetap dan kontrak.

Pengambilan terbuka meliputi bagi jawatan guru tetap atau guru sementara khususnya bagi menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

Pengambilan kali ini turut dibuka kepada graduan universiti awam tanpa iktisas pendidikan, sekali gus disifatkan sebagai peluang keemasan kepada mereka yang berminat menjadi guru.

"Graduan bukan pendidikan juga boleh mengisi kekosongan guru kali ini, jadi graduan universiti awam yang tidak mengambil opsyen pendidikan pun kali ini boleh mohon menjadi guru.

"KPM sudah berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang mana iklan mengenai pengambilan baharu ini akan dikeluarkan nanti.

"Jadi sesiapa yang berminat boleh memohon mulai hari ini melalui portal mySPP (https://myspp.spp.gov.my)," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam Tahun 2023 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Ketika ini terdapat kekurangan 19,431 guru atau 4.49 peratus di seluruh negara membabitkan beberapa mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

Terdahulu dalam ucapan perasmian majlis itu, beliau berkata antara faktor kekurangan guru KPM itu adalah berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan SPP untuk membuat pengambilan khususnya bagi menangani isu kekurangan guru bagi empat mata pelajaran berkenaan.


Kekurangan 19,431 guru libatkan seluruh negara

by

 


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.

"Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023.

"Kekosongan yang berlaku itu adalah disebabkan daripada persaraan wajib, persaraan pilihan kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

"Langkah-langkah dalam mengatasi kekurangan guru ini semua kita telah huraikan secara lanjut pada sesi Dewan Rakyat dan KPM sedang dalam perancangan untuk mengadakan pengambilan khas untuk guru-guru ini yang akan diumumkan dalam masa mungkin satu atau dua bulan lagi.

Beliau berkata, pameran itu menyediakan platform kepada pelajar sekolah menengah khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui dengan lebih mendalam peluang yang disediakan kepada mereka di IPTA selain Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, matrikulasi, politeknik dan sebagainya.

Katanya, ia adalah pameran kedua selepas pameran program serupa diadakan di Klang, Selangor dengan pameran seterusnya akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 April dan Batu Pahat, Johor pada 8 April ini dengan KPM turut mengambil maklum terdapat penurunan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan sekolah menengah.

"Kita memang kita tahu sebab itu kita mengadakan pemeran sebegini dan memperbanyakkan program turun ke sekolah untuk menggalakkan murid melanjutkan pelajaran.

"Kalau mereka tidak berminat menjadi guru kita ada banyak pilihan lain meliputi pelbagai bidang seperti rekaan pakaian dan kulinari jadi kita menyeru ibu bapa dan para guru untuk menggalakkan anak-anak meneruskan pelajaran," katanya.

Sumber : Berita Harian

"Secara keseluruhan semua negeri memang ada masalah kekurangan guru tidak kira sekolah bandar atau luar bandar," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu di sini, hari ini.

Terdahulu, Hui Ying berkata, tujuan pameran itu diadakan selaras dengan iklan pengambilan guru daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah mula dibuka sejak 15 Mac lalu sehingga 14 April ini.

KPM kenal pasti enam subjek teras kekurangan guru di sekolah

by


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.

"Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023.

"Bagaimanapun, kita ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini, kita akan ambil guru dari universiti luar," katanya menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai kekurangan guru sekolah bagi subjek pendidikan teras dan perancangan KPM bagi meningkatkan pengambilan jumlah guru baharu.

Sementara itu, Hui Ying berkata pengambilan guru adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran semasa.

"Jadi mungkin ada sesetengah graduan yang tidak dapat menjadi guru, tidak dipanggil temu duga, ini adalah disebabkan opsyen (mata pelajaran) itu berlainan dengan apa kita perlukan di KPM," katanya.

Menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai nasib graduan yang gagal temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Hui Ying berkata graduan boleh memohon semula melalui mySPP selepas tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan di portal rasmi SPP.

Katanya, calon yang masih tidak berjaya boleh terus memohon sehingga mencapai umur 45 tahun.

Sumber : BERNAMA

Panduan Persediaan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

by

 


Kenapa ramai gagal dalam permohonan DPLI?

Ramai calon yang memohon DPLI dan ISMP tetapi akhirnya gagal bukan kerana tidak layak dari segi akademik TETAPI gagal memahami kehendak soalan ujian MEdSI dan menampilkan diri sebagai seorang bakal guru semasa menghadiri temuduga DPLI. Jadi, bagaimanakah anda boleh lulus ujian MEdSI dan seterusnya berjaya menepati kehendak panel penemuduga DPLI dan menarik perhatian mereka?

Tujuan eDPLI ini diterbitkan adalah khusus untuk membantu calon untuk meramal, bersedia dan dapat menghadapi ujian MEDSI dan temuduga DPLI dengan lebih yakin dan berjaya melayakkan diri untuk memasuki Universiti (IPTA) di seluruh Malaysia. Kami yakin anda adalah di antara ribuan lepasan ijazah dan lepasan SPM yang sangat berminat dengan bidang perguruan.

Kami juga faham yang anda sudah pun biasa dengan sesi temuduga kerja sebelum ini, pernah menghadiri kursus dan yakin untuk ditemuduga. Tetapi anda perlu menerima hakikat bahawa sesi ujian MEdSI dan temuduga untuk DPLI / ISMP ini adalah amat jauh berbeza. Anda perlukan pendekatan yang berbeza untuk meyakinkan penemuduga. Anda perlulah memiliki kemahiran untuk meyakinkan mereka supaya memilih anda, insan paling bertuah dari berpuluh ribu insan bertuah yang lain.

Ujian MEdSI (Malaysian Education Selection Inventory)

Sebijak mana sekalipun seseorang calon itu, jika tidak mengetahui panduan ketika menjawab soalan MEdSI, calon-calon masih akan gagal (sehingga bertahun-tahun). Tekniklah yang membezakan antara atlet yang cemerlang dan atlet yang biasa. Teknik jugalah yang membezakan antara ahli perniagaan yang berjaya dan ahli perniagaan yang gagal. Teknik ini biasanya tidak dihebahkan kerana ia menjadi senjata yang ampuh bagi sesetengah individu.

Pelajarilah teknik keguruan melalui Pakej eDPLI ini. Fahaminya dengan mendalam dan yakinlah dengan kemampuan anda untuk lulus MEdSI kali ini. Teknik dan panduan keguruan ini hanya akan didedahkan kepada orang yang ingin berjaya dan orang yang berjaya yang saya maksudkan ialah ANDA!! eDPLI ini diterbitkan khusus untuk menjadi rujukan bakal calon DPLI.

MEdSI terdiri daripada 300 soalan INSAK (Personaliti, Nilai Integriti, Minat Kerjaya & Kecerdasan Emosi).

Temuduga DPLI

Sesi temuduga DPLI ini adalah khas untuk memilih bakal guru. Jadi anda perlu tahu kemahuan, kehendak dan tahu menarik minat penemuduga. Anda akan didedahkan dengan tips temuduga dan topik-topik penting.

Dapatkan Pakej eDPLI sebelum terlambat!

Semoga anda berjaya mendapat tempat di dalam DPLI kali ini.

Kami mendoakan kejayaan anda.

Pakej ini disediakan oleh CIKGU WAN FAIZOL WAN MAT (Guru Lepasan KPLI & Pengasas eKPLI) & MOHD. ADHA MOHD. ZAIN (Perunding Kerjaya)

Bagaimana ingin mendapatkan Pakej eDPLI?

Anda hanya perlu membayar RM60.00 sahaja untuk mendapatkan Pakej eDPLI ini. Kami menyediakan pelbagai saluran bayaran untuk kemudahan anda. Untuk membuat PEMBELIAN SEGERA yang mudah, selamat dan cepat, sila masukkan RM60.00 ke salah satu akaun bank berikut. Jika pindahan (transfer) melalui Perbankan Internet (Internet Banking), masukkan e-mail penerima : mdadha@yahoo.com

Selepas bayaran dibuat, sila Whatsapp atau SMS (SEGERA) ke no. 0139790000 dengan menyatakan NAMA PENUH ANDA, E-MAIL ANDA, NAMA BANK dan MASA BAYARAN DIBUAT bagi memudahkan kami membuat pengesahan dan mendaftarkan nama anda dengan kadar segera. Sila pastikan masa bayaran yang dinyatakan adalah tepat. Anda mesti menyatakan alamat e-mail bagi membolehkan anda menerima pakej eDPLI dan maklumat penting dari semasa ke semasa.


CIMB ISLAMIC BANK

ADHA ZAIN NETWORK

8603573079


MAYBANK ISLAMIC

ADHA ZAIN NETWORK

563064147551


Maklumat untuk masuk ke web eDPLI anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda sebaik sahaja pembayaran anda disahkan dan nama anda didaftarkan (Biasanya dalam tempoh 1 - 2 jam sahaja). Pakej eDPLI adalah dalam bentuk eBook (PDF) yang boleh didownload dan dicetak.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan eDPLI segera. Buat bayaran dan SMS sekarang!

Anda boleh menghubungi kami jika ada sebarang pertanyaan:

MOHD ADHA MOHD ZAIN

Tel : 0139790000 (Whatsapp atau SMS sahaja)

E-Mail : mdadha@yahoo.com

http://myadha.blogspot.com

http://www.facebook.com/adhazain


Perhatian (Penting)

* Anda akan diberikan satu alamat web download khas eDPLI (SULIT untuk pembeli sahaja).

* Apabila anda sudah memperolehi alamat URL download, maka anda sudah boleh terus mendownload pakej dari mana-mana lokasi..

* Pembeli dilarang untuk menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang dibeli kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak eDPLI.

* Pembeli juga dilarang untuk menciplak atau menjual kembali pakej eDPLI tanpa kebenaran bertulis dari pihak eDPLI.

* Produk eDPLI Adalah eBook Di dalam Format PDF dan bukan dalam format bercetak.

* Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Reader untuk membaca dan mencetak fail-fail pdf tersebut.

PANDUAN UJIAN MEdSI

NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.



KPM perkenal kluster mata pelajaran pengambilan guru one-off

by

 


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran bagi pengambilan guru secara one-off agar dapat membuka peluang kepada lebih ramai graduan memohon berdasarkan kepada pemetaan ijazah sarjana muda dengan mata pelajaran yang bersesuaian.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin Md Jidin berkata, graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.

Beliau berkata, penggunaan Kluster Mata Pelajaran juga akan diteruskan dalam urusan pengambilan yang seterusnya dan kluster yang digunakan ini akan sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Urusan pengambilan khas guru baharu ini telah selesai dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Seramai 16,381 orang guru telah dilantik dan ditempatkan di sekolah bawah KPM.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 13,770 orang adalah lantikan secara tetap manakala 2,611 orang lantikan secara Contract of Service (CoS). KPM mengucapkan terima kasih di atas kerjasama SPP dalam menjayakan urusan pengambilan guru one-off ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang memintanya menyatakan sama proses pengambilan gurtu khas one-off seramai 18,702 telah dilaksanakan sepenuhnya atau sebaliknya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Radzi turut memaklumkan seramai 1,653 orang guru yang dilantik melalui ambilan one-off merupakan anak kelahiran Sabah yang terdiri daripada 1,498 guru lantikan tetap dan 155 guru lantikan CoS.

Jelasnya, daripada 1,653 orang guru yang dilantik, seramai 1,221 guru baharu telah ditempatkan di sekolah negeri Sabah. Ini melibatkan 1,104 guru lantikan tetap dan 117 orang guru lantikan CoS.

Sumber : Sinar Harian

KPM lanjut khidmat 2,683 guru kontrak

by

 


Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan kontrak 2,683 guru kontrak perkhidmatan (COS) pengambilan 2020 yang akan tamat pada 9 Jun 2022.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pelantikan semula itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), kelmarin.

"Kita tahu guru pengambilan 2020 ini resah kerana kontrak mereka akan tamat pada 9 Jun ini dan semalam (kelmarin) saya menerima maklumat bahawa perkhidmatan mereka dilanjutkan.

"Tindakan ini bagi membolehkan proses berkaitan mereka sebagai guru bawah bidang kuasa SPP dapat dilaksanakan. Jadi, guru COS ini tidak lagi perlu risau dan segala proses yang dilakukan oleh SPP ini akan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(3).

Sebelum ini, Radzi dilaporkan berkata guru COS akan mendapat khabar gembira kerana kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan SPP.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan keputusan guru COS bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 secara 'one-off' bagi tahun 2021 sudah diumumkan dan calon boleh membuat semakan temu duga melalui portal SPP.

Mengenai majlis yang dihadiri, Radzi berkata, penambahan sekolah baharu di Putrajaya dibuat selepas melihat peningkatan penduduk yang konsisten di kawasan berkenaan.

"Setakat ini, terdapat kira-kira 400 pelajar yang sedang menumpang di sekolah lain, jadi dengan pembinaan sekolah baharu ini ia akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh sekolah sedia ada, khususnya sekolah rendah di kawasan Putrajaya.

"Terdapat sebanyak 36 bilik darjah di sekolah ini dan ia turut dilengkapi dengan padang dan beberapa gelanggang sukan. Ia akan siap dibina pada tahun 2023 dan dijangka beroperasi pada tahun 2024," katanya.

Ditanya sama ada kawasan yang dipilih itu bersesuaian kerana berdekatan dengan kawasan perumahan, Radzi berkata, pihaknya sudah membincangkan mengenai perkara itu dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Semua perkara sudah diambil kira, JKR sudah menyediakan laluan bersesuaian untuk masuk ke kawasan sekolah ini," katanya.

Sumber : Berita Harian


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90