Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

by


PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


Tarikh Permohonan dibuka: 14 MAC - 15 APRIL 2024


Maklumat Lanjut dan Pautan Permohonan: https://pismp.moe.gov.my


Calon yang layak memohon: 

a. LEPASAN SPM TAHUN 2021, 2022, 2023


b. LEPASAN STPM TAHUN 2022, 2023


c. LEPASAN STAM TAHUN 2022, 2023


d. LEPASAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2022/2023 & 2023/2024



PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

by



PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


Tarikh Permohonan dibuka: 14 MAC - 15 APRIL 2024


Maklumat Lanjut dan Pautan Permohonan: https://mypspp.moe.gov.my


Calon yang layak memohon: 

a. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


b. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


 

Menghendap secara maya berulang kali satu jenayah dalam pindaan Akta 574

by

 


Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

"Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.

"Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.

"Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi," katanya.

Justeru Mas Ermieyati berkata adalah penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang 'anti menghendap' itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya daripada yang mendatangkan kecederaan semata-mata.

"… kalau tidak ada satu undang-undang yang benar-benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang)," katanya.

Sementara itu Mas Ermieyati berkata beliau juga optimis rang undang-undang yang dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. 

Sumber : BERNAMA

Multi Skill Team (MUST) Pasukan Elit Bomba

by

 


Terpaksa makan umbut, siput dan ular sawa sepanjang 21 hari latihan ala komando. Itu ujian getir dilalui anggota bomba terpilih sebelum diserap menyertai Pasukan elit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Multi Skill Team (MUST).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sepanjang tempoh itu, anggota bomba didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran ikhtiar hidup di dalam hutan tanpa dibekalkan sebarang makanan.

"Mereka berjaya 'survive' dengan memakan apa sahaja di kawasan latihan. Difahamkan ular sawa dijadikan makanan, tumbuhan umbut, hidupan pinggir sungai dan bakau seperti siput demi kelangsungan hidup.

"Begitu juga air, mereka tadah air hujan untuk minuman. Jika tidak mereka cari air dari mana-mana sumber disuling dan dijadikan minuman. Ini beri kekuatan kepada mereka dari segi fizikal dan mental," katanya.

Beliau berkata, pasukan elit itu diwujudkan bertujuan melengkapkan tugasan seperti pendaratan di mana mereka menaiki pesawat dan melakukan terjunan untuk operasi menyelamat di air atau di hutan.

Mereka adalah anggota sedia ada, tetapi untuk menyertai pasukan khas ini mereka perlu melepasi proses pemilihan yang ketat termasuk kemampuan terjun pada ketinggian 10 meter, berenang dan tahan mabuk (laut).

"Mereka yang terpilih akan ikuti latihan 21 hari ini, kemudian ada latihan pengukuhan setiap tahun dalam usaha membina keyakinan mereka selain semangat jati diri setia kawan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pasukan MUST TEAM JBPM Selangor di Pantai Aceh, Pulau Indah di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak lapan siri kursus membabitkan lapan JBPM negeri iaitu Selangor, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak serta Penang pada tahun ini.

"Bagi Siri 1 2022 yang tamat seramai 46 bomba pelbagai pangkat termasuk dua bomba wanita dari JBPM Selangor yang ditauliahkan untuk menyertai pasukan MUST.

"Kita menganggarkan jumlah keanggotaan tujuh negeri lain (jumlah) lebih kurang (anggota) yang dipilih di Selangor.

"Jumlah keanggotaan pasukan MUST adalah 561 anggota pelbagai pangkat di seluruh Malaysia setakat ini," katanya.

Katanya, pasukan yang diwujudkan sejak 1998 itu banyak melakar kejayaan operasi penyelamatan di dalam dan luar negara termasuk Tsunami di Acheh, kebakaran hutan di Riau juga di Filipina.

"Apa juga tugasan, baik dalam dan luar negara bomba sentiasa siap siaga dan akan memberikan komitmen penuh membantu dalam apa sahaja situasi yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Sumber : Berita Harian

MPM umum tarikh baharu peperiksaan Semester 2 dan 3 STPM

by

 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini umumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 baharu.

MPM dalam satu kenyataan berkata peperiksaan Semester 3 STPM 2021, bagi tarikh 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022 akan dipinda kepada 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Peperiksaan ulangan Semester 2 STPM 2021 yang bermula pada 13,14,15 dan 16 Jun 2022 pula akan dipinda kepada 16, 20, 21 dan 22 Jun 2022.

Kalendar dan jadual waktu peperiksaan yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPM diwww.mpm.edu.my

Pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel stpm@mpm.edu.my ataupun menghubungi di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.


Hashim Hassan Digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan

by

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bekas Profesor Madya, Hashim Hassan merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta logo sambutan Hari Kebangsaan Negara sebanyak lapan kali.

Sebagai pengiktirafan kepada sumbangan kreatif itu, Hashim yang kini berusia 77 tahun digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan kerana selama lapan tahun mencipta logo Hari Kebangsaan seperti yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.

Selepas tidak mencipta logo beliau dilantik pula menjadi anggota jawatankuasa dan panel hakim pertandingan mencipta logo hari kebangsaan yang diadakan setiap tahun sehingga ke hari ini.

Hashim berkata, pada masa dahulu, beliau akan menghasilkan lima bentuk logo untuk hari kebangsaan dalam masa seminggu tanpa kemudahan teknologi komputer dan perdana menteri pada ketika itu akan hanya memilih satu daripadanya.

Generasi muda hari ini yang ingin mencipta logo perlu mempunyai perkara utama iaitu perasaan cinta kepada negara kerana idea dan kebolehan kita melukis itu akan datang dengan sendirinya. |

Ilham yang datang sendiri itu ditambah dengan kemudahan menggunakan alat-alat komputer sekarang yang begitu hebat, membolehkan generasi muda dapat menghasilkan logo dengan lebih cepat dan lebih baik lagi, kata Hashim.

Bekas pensyarah kelahiran Johor itu merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik, merupakan antara insan terpilih dalam kalangan anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Hashim menuntut di Canterbury College of Art, England pada 1965 hingga 1969 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Grafik dalam jurusan Tipografi dan Tanda serta Simbol, dan seterusnya Ijazah Sarjana daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat dalam Pendidikan Seni pada 1974.

Beliau yang mempunyai bakat dalam seni lukis telah berkhidmat di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama 33 tahun bermula pada 1970 sebelum bersara pada 2003, dan kemudian di Universiti Selangor(UNISEL) pada 2006 hingga 2013.

Hashim yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke-78 pada 15 Oktober akan datang mengalami masalah kesihatan dan "slipped disc" pada tulang belakang sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan ia rosak dan membengkok ke kiri.




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M 2015

by

Permohonan BR1M 2015

Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online boleh diisi di:

http://www.hasil.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2015

- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun Keatas
- Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
- Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
- Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

1) Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000:

- RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2) Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000:

- RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September 2015.

3) Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan:

- RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekaligus pada bulan Januari 2015.




Peperiksaan Online Penguasa Kastam Ulangan pada 10 Sep 2014

by
Calon peperiksaan online Penguasa Kastam W41 yang menghadapi masalah teknikal semasa menduduki peperiksaan itu semalam, dibenar menduduki semula peperiksaan itu Rabu depan (10 September 2014).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka boleh menggunakan angka giliran yang sama dalam peperiksaan secara online itu, yang dijadual diadakan mulai 8 malam hingga 11 malam.

"Setakat ini lebih 2,000 calon yang memohon menduduki semula peperiksaan.

Kita mempunyai rekod melibatkan calon-calon yang mengalami gangguan pada 'server' ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang ingin mengemukakan aduan atau berdepan sebarang masalah boleh menghubungi SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam.

"Semalam berlaku sedikit kelewatan. Ini kerana hanya 39 dari 57 ’server’ yang disediakan bagus dan tepat pada masanya. Namun ia dapat dipulihkan selepas itu,” kata beliau.

Sumber : BERNAMA



SUMBER RUJUKAN --> Di atas permintaan ramai, Pakej rujukan lengkap Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 dibuka untuk jualan pada 8 Sep 2014. Dapatkan sekarang di : http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713








Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90