Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP)

by

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai :

GURU BAHASA 
PENSYARAH UNIVERSITI
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29


Tarikh Tutup : 12 JUN 2023

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng, mula operasi 2026

by

 


Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng di sini, dijadual bermula tahun depan dengan kos RM2 bilion dan beroperasi pada 2026, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, pembinaan lapangan terbang itu juga dibuat dengan rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar, yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.

"Projek ini akan dibangunkan secara usaha sama iaitu melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang berkonsepkan pembangunan secara bina-kendali-milik (BOO) iaitu pengoperasian lapangan terbang ini dikendalikan pihak syarikat sepenuhnya melalui pembentukan syarikat tujuan khusus (SPV) iaitu Pahang Airport Berhad.

"Pemajuan projek ini dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM7.5 bilion setahun atau bersamaan RM150 bilion dalam tempoh 20 tahun, selain kerajaan negeri menyasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya satu peratus daripada pasaran penyelenggaraan, baik pulih dan pembaikan (MRO) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai RM15 trilion.

"Komponen projek ini membabitkan 70 peratus untuk MRO dan baki 30 peratus pula bagi pengoperasian lapangan terbang itu sendiri," katanya dalam kenyataan media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pelaksanaan projek itu, di sini hari ini.

Pada majlis itu, kerajaan negeri diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Khusaini Harumaini, manakala Gading Group Berhad selaku pemaju utama bagi kedua-dua projek diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Johari Harun.

Sementara itu, Ketua Perwakilan AVIC Intl ke Malaysia, Zhuo Yue menandatangani selaku rakan strategik bagi projek pembinaan lapangan terbang, manakala rakan strategik bagi pemajuan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa ialah Syabas Seribumi Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Mohamad Nor Hamid.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut hadir di majlis itu.

Untuk rekod, lapangan terbang sedia ada iaitu Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Wan Rosdy berkata, Gading Group Berhad mempunyai kepakaran perniagaan dalam bidang aeroangkasa sebagai penyedia kelengkapan dan perkhidmatan bagi pesawat udara serta mesin atau kelengkapan lain berkaitan perkhidmatan udara.

Beliau berkata, syarikat yang dilantik sebagai rakan strategik juga memiliki kepakaran, pengalaman yang kukuh serta rekod baik dalam bidang pembangunan infrastruktur lapangan terbang dan pembangunan bercampur.

Katanya, selain itu, pelaksanaan projek itu membuka 20,000 peluang pekerjaan dengan sasaran pekerjaan bagi pengoperasian lapangan terbang dan 30,000 pekerjaan lain menerusi pembangunan sektor perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan.

"Pelaksanaan projek itu di Gebeng juga mengambil kira faktor hab ekonomi kerana terletak di kawasan perindustrian Gebeng dan berhampiran Pelabuhan Kuantan serta Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diharap menjadikan Pahang pilihan utama pelabur berdasarkan kemudahan itu," katanya. 

Sumber : BERNAMA



Pahang lancar kad kesihatan warga emas

by

 

Kerajaan Pahang buat julung kalinya melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas Pahang yang membabitkan 18,000 penerima bersasar dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta setahun, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, pelaksanaan kad itu yang bernilai RM500 setiap penerima, dibahagikan kepada dua peringkat iaitu fasa pertama membabitkan 9,009 penerima Bantuan Orang Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang bermula, hari ini.

Beliau berkata, bakinya ialah penerima fasa kedua bermula Mac ini, membabitkan warga emas yang dikenal pasti oleh pejabat daerah sebagai mereka yang memerlukan bantuan berkenaan.

"Penerima kad kesihatan ini boleh mendapatkan rawatan prosedur am atau urusan perubatan di 50 klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel. Ini memberikan mereka alternatif dalam mendapatkan rawatan selain daripada fasiliti kesihatan kerajaan," katanya. 

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan kad kesihatan itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahamd Shah di sini hari ini, dan majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.  

Berdasarkan data penerima fasa satu, daerah Kuantan merekodkan jumlah paling ramai iaitu 1,829 orang diikuti Temerloh (1,408 orang), Pekan (1,347 orang), Lipis (996 orang) dan Bentong (762 orang).

Ditanya jika jumlah klinik swasta terbabit akan ditambah, Wan Rosdy berkata ia bergantung kepada permintaan dan penambahbaikan berdasarkan situasi semasa, dengan keutamaan adalah memastikan keselesaan dan kebajikan warga emas yang menerima manfaat itu.

"Bantuan ini akan diteruskan pada masa hadapan dan kita berharap jumlah peruntukan terbabit boleh ditambah bagi membolehkan lebih ramai menikmati kemudahan ini," katanya.

Wan Rosdy berkata, pemberian kad kesihatan itu juga sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas Belanjawan Pahang 2022 yang dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri pada 6 Disember lepas.

Selain kad kesihatan kepada warga emas, Wan Rosdy turut merujuk kepada pemberian insentif Anak Kebanggaan Pahang kepada 25,000 bayi yang lahir tahun ini membabitkan peruntukan RM5 juta dan insentif Kad Diskaun Pelajar Kebanggaan Pahang berjumlah RM4.87 juta kepada 48,711 pelajar golongan miskin. – BERNAMA

Paya Siput, Lanchang - Titik tengah Semenanjung

by

Kerajaan negeri Pahang akan membina sebuah mercu tanda di Batu 11, Kampung Paya Siput, Lanchang, tidak lama lagi sebagai deklarasi rasmi bahawa kampung yang berada kira-kira 80 kilometer dari bandar Temerloh itu merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebelum ini masih ramai rakyat negara ini tidak tahu lokasi sebenar titik tengah Semenanjung malah ada beberapa pendapat mengatakan bahawa ia terletak di kawasan Kuala Lipis dan Maran.

"Bagaimanapun, selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan menjalankan kajian (pada tahun 2009), maka kita ketahui bahawa lokasi sebenar titik tengah Semenanjung ialah di Kampung Paya Siput.

"Ini adalah kali pertama kami mengumumkan Kampung Paya Siput merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung. Mercu tanda baharu yang akan dibina nanti akan menambahkan lagi keunikan negeri Pahang," kata beliau menyempurnakan pelepasan peserta Fellowship Ride: Kayuhan Ke Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 di Dataran Temerloh.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Jupem Pahang, Mohammad Yunus Md. Yusuf.

Kayuhan sejauh 80 kilometer dari Temerloh ke Kampung Paya Siput itu disertai 550 peserta terdiri daripada pelumba profesional, amatur dan peminat sukan berbasikal tempatan.

Mohd. Sharkar yang juga Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan (MyTC) berkata, pihak majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga akan membangunkan lokasi titik tengah Semenanjung sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang baharu di Pahang.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong, Pahang – 30 April 2015

by

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong, Pahang – 30 April 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Bentong bagi jawatan dibawah:

- Pegawai Tadbir Gred N41
- Penolong Jurutera Gred Ja29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F2
- Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
- Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17
- Juruteknik Komputer Gred Ft17
- Pemandu Kenderaan Gred H11

Iklan Jawatan:
http://www.mpbentong.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ddb86b2e-5f68-408c-ba31-9a29467b8ae5&groupId=122258

Borang Permohonan:
http://www.mpbentong.gov.my/documents/10124/28514098-77c5-4931-b493-c5df09f309ba

 








Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90