Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan

Kempen buka Akaun MBSB Bank tawar hadiah RM2.4 juta

by

 


MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah mengumumkan pemenang bagi hadiah utama kempen Simpan Berganda Menang Bergaya.

Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya menawarkan hadiah bernilai RM2.4 juta termasuk kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai.

Kempen itu menerima penyertaan secara automatik di kalangan pemegang Akaun Semasa atau Simpanan PrimeWin (CASA-i) MBSB Bank dengan deposit minimum RM100.

Kempen yang bermula pada 21 Jun 2021 dan berakhir 31 Mei 2022 itu menyediakan lapan kategori cabutan iaitu Bulanan, Suku Tahunan, Digital, Penyimpan Baharu, Kesetiaan, Serantau, Khas serta Hadiah Utama.

Pemenang utama bagi kempen tersebut ialah Huang Wee Wan, 63, yang memenangi BMW X4 30i M Sport, manakala Maznah Harun, 81, membawa pulang SKUTER BMW C400X dan Tan Kim Tun, 68, mewakili syarikat Tunas Services Enterprise pula memenangi RM100,000 tunai bagi kategori Bukan-Individu.

Huang Wee yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia sangat teruja dan terkejut apabila pihak MBSB Bank menghubunginya dan memberitahu memenangi sebuah kereta BMW.

“Saya merupakan pelanggan MBSB Bank sudah beberapa tahun kerana mereka menawarkan servis yang baik.

“Saya tidak sangka hanya dengan menjadi pelanggan MBSB Bank, boleh memenangi sebuah kereta mewah. Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk memandu kereta tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Maznah Harun pula berkata, pada mulanya dia menyangka menerima panggilan palsu semasa dihubungi oleh pihak MBSB Bank.

“Mula-mula saya ingat ada orang cuba untuk menipu dan mempermainkan saya. Tetapi setelah bercakap dengan saudara yang bekerja di MBSB Bank, rupanya itu adalah panggilan yang betul.

“Saya dan keluarga sangat seronok kerana telah memenangi skuter itu,” katanya.

Mengulas mengenai kempen tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, tujuan kempen itu dilakukan adalah untuk meluaskan capaiannya kepada pelanggan.

Ujarnya, itu adalah cara untuk mendekatkan diri dengan pelanggan dan menarik orang ramai untuk mengenali MBSB Bank melalui pelaburan-pelaburan yang lain.

“Selain itu, kempen itu juga adalah cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan yang sudah lama setia bersama kami. Kami merancang banyak lagi program seperti ini akan dilakukan di masa depan untuk mereka,” katanya.

Jelasnya, pihaknya turut berterima kasih kepada para pelanggan di atas sambutan menggalakkan yang diterima untuk kempen Simpan Berganda Menang Bergaya.

Nor Azam berkata, itu membuatkan pihaknya terus bersemangat dalam menambah baik produk dan perkhidmatannya.

MBSB Bank juga akan terus mempromosikan amalan pengurusan kewangan berhemah untuk menambah baik kesejahteraan kewangan para pelanggan.

“Berikutan kejayaan kempen pertama ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan pra-pelancaran siri kedua kempen yang dinamakan sebagai Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0.

“Pelanggan-pelanggan kami adalah nadi kepada semua yang kami lakukan dan kempen ini membolehkan kami memberi ganjaran kepada para pelanggan setia sedia ada dan pada masa yang sama, untuk menarik pelanggan baharu,” katanya.

Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 akan bermula 1 September 2022 sehingga 31 Mei 2023. Penyertaan terbuka kepada pelanggan individu dengan akaun Semasa atau Simpanan MBSB Bank dengan deposit minimum RM100.

Kempen itu menawarkan hadiah menarik bernilai RM2.4 juta seperti pakej pelancongan ke Eropah atau pakej Umrah, kereta mewah seperti Mercedes Benz A200, Mercedes Benz C200, Mercedes Benz GLC 300 AMG, ketulan emas, iPhone, konsol permainan, wang tunai dan banyak lagi.

Pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 boleh membuka Akaun Semasa atau Simpanan PrimeWin (CASA-i) MBSB Bank melalui permohonan secara dalam talian M Fast atau mengunjungi mana-mana daripada 47 cawangan Bank MBSB di seluruh negara.

Sumber : Utusan

Petron tawar minyak percuma setahun

by

 


Petron dengan kerjasama pengusaha stesennya akan memberi ganjaran bekalan minyak percuma selama setahun kepada 180 pelanggan bertuah, bersamaan 150,000 mata Petron Miles melalui peraduan 'FuelSyok'. 

Pemenang akan menerima 150,000 mata ganjaran Petron Miles dalam jangka masa setahun sementara 1,500 pelanggan lagi akan memenangi hadiah saguhati bernilai 3,000 mata ganjaran Petron Miles.

Semua stesen minyak menyertai peraduan itu akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemenang dari 1,680 nama yang akan dipilih. 

Pelanggan akan dapat menyertai peraduan secara automatik dengan setiap pembelian minyak terkumpul berjumlah RM50 dengan menggunakan kad Petron Miles dalam tempoh promosi iaitu 1 Mac hingga 31 Julai 2021. 

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy, berkata inisiatif itu adalah khusus untuk membantu masyarakat setempat di mana Petron adalah sebahagian besar dari komuniti berkenaan.

"Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan pengusaha stesen kami dalam inisiatif ini bagi membantu pelanggan dalam masa yang mencabar ini," katanya.

 Sumber : Berita Harian

Nestle tawar hadiah lumayan bernilai RM900,000 sempena Tahun Baru Cina

by

 

Nestle (M) Bhd. (Nestle) menawarkan ha­diah lumayan bernilai lebih daripada RM900,000 melalui peraduan Nestle Niu Year kepada pelanggan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Sedia Untuk Diminum (RTD), April Wong berkata, peraduan yang bermula dari 8 Januari lalu hingga 8 Mac depan memberi peluang kepada lapan peserta untuk memenangi ha­diah utama Proton X50 serba baharu.

“Terdapat lapan buah kereta yang mana setiap kereta bernilai RM79,000 untuk dimenangi pengguna.

“Syarikat juga akan menawarkan hadiah wang tunai mingguan sebanyak RM2,888 dan RM888 yang akan diberikan kepada 16 pemenang hadiah sagu hati tempat pertama dan 240 pemenang bagi hadiah sagu hati tempat kedua,” katanya dalam kenya­taan di sini baru-baru ini.

Wong menjelaskan, peraduan tersebut dibuka kepada pengguna yang membeli produk RTD Nestle seperti minuman dalam tin, botol dan pek UHT terpilih bernilai RM5 sepanjang tempoh peraduan tersebut berlangsung.

“Untuk membantu meri­ngankan beban rakyat pada masa sukar ini, kami mengalu-alukan ketibaan tahun yang membawa sinar harapan dan berkongsi tuah dengan pengguna.

“Kami berharap peraduan ini sedikit sebanyak dapat membawa keceriaan dan keriangan sempena sambutan Tahun Baru Cina,” jelasnya.

Tambah beliau, penyertaan adalah mudah yang mana pengguna hanya membeli empat jenama Nestle iaitu Milo, Nescafe, Nestle Just Milk dan Nestle Omega Plus.

 

 

Pengguna Shell jawab soal selidik akan menangi hadiah

by


Peneraju perniagaan hiliran minyak dan gas di negara ini, Shell Malaysia (Shell) melancarkan kempen soal selidik di seluruh negara, termasuk maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan, sebagai inisiatif mendekati pengguna.

Pengurus Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Azman Ismail berkata, kempen itu adalah komitmen pihaknya untuk lebih memahami kehendak pengguna, selain membolehkan Shell mempertingkatkan pengalaman pengguna di stesen minyak.

Katanya, pelaksanaan kempen ini penting bagi merealisasikan hasrat mereka memaksimumkan perkhidmatan dan produk ditawarkan selari dengan kehendak pengguna.

“Buat julung kali kami mengadakan kempen soal selidik sebegitu besar untuk mendapatkan maklum balas masyarakat umum, sejajar asas perniagaan kami melakukan pembaharuan menghasilkan produk dan perkhidmatan idaman pengguna.

“Namun, usaha ini mustahil tanpa perlu memahami apakah yang pengguna mahukan. Kejayaan kami bergantung kepada pelanggan dan pandangan mereka penting buat kami,” katanya ketika perasmian kempen itu di sini, semalam.

Azman berkata, sebagai ganjaran kepada pengguna yang menjayakan kempen itu, Shell akan menyumbangkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.3 juta kepada 1,200 responden.

Katanya, sepanjang kempen berlangsung sehingga 9 Julai nanti, 150 peserta dipilih setiap minggu dan masing-masing menerima RM1,000 dan hadiah Shell bernilai RM150.

“Kunjungi mana-mana stesen Shell di seluruh negara dan isi borang selidik kami. Pelanggan bertuah akan menerima hadiah ditawarkan,” katanya.

Sebagai syarat menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana stesen Shell dan membeli produk sebelum lampirkan resit pembelian dengan borang soal selidik. Tiada had harga pembelian minimum untuk menyertai kempen ini.

- HARIAN METRO

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Shelldekatipengguna/Article/index_html


 

PTPTN Tawar RM100,000 Bagi Hadiah Pertama Peraduan Simpanan Bonanza SSPN-i

by
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan wang tunai bernilai RM100,000 bagi hadiah pertama Peraduan Simpanan Bonanza Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Wang tunai tersebut akan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i pendeposit bertuah sebagai penambahan deposit dan ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tinggi pada masa hadapan, kata PTPTN dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

PTPTN berkata peraduan yang dianjurkan bagi mempromosi serta menggalakkan penabungan SSPN-i itu terbuka kepada semua pendeposit sama ada yang membuka akaun baharu mahupun yang membuat penambahan deposit SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya RM100 sepanjang tempoh promosi.

"Peraduan juga terbahagi kepada dua siri promosi iaitu siri pertama bermula dari 23 Jun hingga 22 September depan manakala siri kedua dari 23 September hingga 23 Disember ini.

"Tarikh cabutan bagi siri pertama pula adalah pada 1 Oktober sementara cabutan bagi siri kedua akan diadakan pada 31 Disember tahun ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun bagi melayakkan pendeposit menyertai paraduan ini, mereka dikehendaki mengekalkan deposit untuk tempoh 30 hari sehingga tarikh akhir setiap siri cabutan.

Kenyataan juga menyebut pendeposit bertuah di tempat kedua pula akan memenangi wang tunai bernilai RM10,000 manakala bagi tempat ketiga seramai 20 pendeposit akan dipilih untuk menerima RM1,000 setiap seorang.

Maklumat lanjut peraduan simpanan bonanza boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

- BERNAMA

Tuah berkongsi tempoh masa berbual Celcom

by

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kata-kata keramat itu sesuai diberikan kepada seorang suri rumah, Afiza Azmi, 21, yang memenangi hadiah utama peraduan kempen Celcom Airtime Share anjuran syarikat telekomunikasi gergasi negara, Celcom Axiata Berhad.

Suri rumah yang berasal dari Kampung Debak Laut, Sri Aman, Sarawak itu membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3 FLX dalam satu majlis penyerahan hadiah baru-baru ini.

"Saya merupakan pengguna setia rangkaian Celcom sejak lebih tiga tahun lalu dan terkejut setelah diumumkan sebagai pemenang menerusi peraduan tersebut.

"Saya tidak menyangka dengan hanya menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual bersama saudara-mara dan sahabat-handai, saya dipilih sebagai pemenang hadiah utama," katanya.

Menurutnya, dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Celcom kerana memilihnya sebagai pemenang utama peraduan tersebut.

Penyerahan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Operasi, Data Terkini Celcom, Afizulazha Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor.

Peraduan yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan berlangsung selama lima minggu dan berakhir pada awal tahun ini.

Sebanyak 35 buah Samsung Galaxy Tab 7 Plus diberikan kepada setiap pemenang harian yang menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual dipilih menerusi peraduan tersebut.

Dalam pada itu, Afizulazha turut berkata, Celcom sentiasa memberi peluang kepada

"Selain daripada tawaran ganjaran, kami juga menawarkan kemudahan perkongsian tempoh bual prabayar bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa.

"Kami juga bercadang untuk terus mengadakan peraduan bagi kempen tersebut pada tahun ini untuk disertai oleh pengguna-pengguna rangkaian Celcom, " katanya.

Celcom turut mengadakan promosi melalui kempen Celcom Airtime Share yang bermula pada 5 Februari sehingga 12 Mei 2012.

Pengguna Celcom berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti, televisyen LCD dan telefon BlackBerry dan pelbagai hadiah dengan hanya menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual sebanyak tiga kali seminggu.

Pengguna prabayar dan pascabayar rangkaian Celcom boleh menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual serendah RM1 bersama keluarga dan rakan-rakan dengan hanya menaip RM dan hantarkan ke 1.

Sementara itu, kepada pengguna Celcom yang ingin membuat permintaan tempoh bual, taip RQ dan hantarkan ke 1.

- KOSMO!

Kuiz English Blockbusters TV2 - 2012

by



TARIKH
20 Januari hingga 3 Jun 2012

MEKANISME KUIZ
Untuk menyertai kuiz ini penonton perlu menonton Slot English Blockbusters di TV2 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad 10.00 malam. Soalan berkaitan rancangan harian akan diberikan melalui slot PODIUM semasa rancangan bersiaran. Pada hari Ahad penonton perlu memberi jawapan objektif dan juga slogan. Semua jawapan dan slogan perlu dihantar melalui SMS.

CARA SMS
Langkah 1: Daftar penyertaan
1. Taip ON TV2 Nama KP Bandar Kediaman
Contoh: ON TV2 Shah 830112102345 Kuantan
2. Hantar ke 32776


Langkah 2: Hantar jawapan
Untuk soalan Isnin hingga Sabtu
1. Taip BBTV2 Jawapan
Contoh: BBTV2 A
2. Hantar ke 32776

Untuk slogan hari Ahad
1. Taip BBTV2 BLOCKBUSTERS DI TV2 ADALAH PILIHAN SAYA KERANA …
  • · Contoh: BBTV2 BLOCKBUSTERS DI TV2 ADALAH PILIHAN SAYA KERANA DAPAT MENONTON FILEM-FILEM HEBAT LAGI MENGUJAKAN.
2. Hantar ke 32776

HADIAH & PEMENANG
1. Hadiah Mingguan - 1 pemenang, 1x Apple iPAD
2. Hadiah MEGA - Sebuah Perodua Myvi. (Hanya yang mengambil bahagian setiap hari layak untuk menyertai Kuiz
MEGA pada hari terakhir, minggu ke-20 kuiz ini).
3. Pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu berikutnya, melalui slot PODIUM dan juga crawler.
4. Pemenang juga akan dihubungi melalui telefon.
5. Tempat mengambil hadiah – RTM Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Syarat-syarat penyertaan .


Kuiz National Geographic Special TV1 - 2012

by


TARIKH
16 Januari hingga 3 Jun 2012

MEKANISME KUIZ
Untuk menyertai kuiz ini penonton perlu menonton dokumentari National Geographic Special di TV1 setiap hari pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam dan menjawab soalan setiap hari. Soalan berkaitan rancangan harian akan diberikan melalui slot PODIUM semasa rancangan bersiaran. Pada hari Ahad penonton perlu memberi slogan sahaja. Semua jawapan dan slogan perlu dihantar melalui SMS.

CARA SMS
Langkah 1: Daftar penyertaan
1. Taip ON TV1 Nama KP Bandar Kediaman
Contoh: ON TV1 Sarah 830112102345 Kuantan
2. Hantar ke 32776

Langkah 2: Hantar jawapan
Untuk soalan Isnin hingga Sabtu
1. Taip NGTV1 Jawapan
Contoh: NGTV1 B
2. Hantar ke 32776

Untuk slogan hari Ahad
1. Taip NGTV1 SAYA SUKA MENONTON NATGEO DI TV1 KERANA…
Contoh: NGTV1 SAYA SUKA MENONTON NATGEO DI TV1 KERANA IA MEMBERI ILMU PENGETAHUAN DAN BOLEH DITONTON BERSAMA KELUARGA
2. Hantar ke 32776

HADIAH & PEMENANG
1. Hadiah Mingguan - 2 pemenang, 2x Apple iPAD
2. Hadiah MEGA - Misteri, akan diumum kelak (Hanya yang mengambil bahagian setiap hari layak untuk menyertai Kuiz MEGA pada hari terakhir kuiz ini).
3. Pemenang akan diumumkan semasa Berita Perdana TV1 hari Rabu dan slot PODIUM pada hari yang berikutnya.
4. Pemenang juga akan dihubungi melalui telefon.
5. Tempat mengambil hadiah – RTM Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur.



Syarat-syarat penyertaan . 


http://www.rtm.gov.my

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90