Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label boost. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boost. Papar semua catatan

Bayar zakat fitrah di platform Boost

by

 

Jenama e-dompet tempatan, Boost sekali lagi membuka bayaran tanpa kontak untuk pembayaran zakat fitrah di enam negeri tahun ini.

Sehingga 12 Mei depan, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah boleh berbuat demikian menggunakan Boost.

Ia meliputi bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS) dan Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, melalui cara ini, lebih ramai umat Islam boleh membayar zakat pada bulan mulia dengan selamat dan mudah.

"Dalam norma baharu sekarang, semakin ramai orang terbuka kepada pengalaman serta gaya hidup tanpa kontak dan dalam talian.

"Memandangkan bazar Ramadan dan solat Tarawih di masjid diizinkan pada jumlah terhad tahun ini, kami ingin memastikan kesejahteraan warga Malaysia kekal terpelihara dengan menawarkan solusi tanpa kontak.

"Oleh itu, kami memperkenalkan semula tawaran utama dan kolaborasi baharu dengan pelbagai rakan kerja sebagai usaha kolektif untuk membolehkan masyarakat Islam beribadah dengan selamat pada bulan mulia," katanya.

Menurutnya, pengguna boleh membayar zakat fitrah dengan mengetik tile Zakat di laman utama atau melalui tab Do More di bahagian Donation.

"Pengguna boleh menambah akaun zakat dengan hanya menyediakan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Maklumat Harga Beras juga tersedia di aplikasi," katanya.

"Selepas selesai membuat pembayaran, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk tujuan rebat cukai persendirian. Pembayaran zakat melalui e-dompet adalah sah tanpa lafaz akad dan mematuhi undang-undang Islam," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, selain zakat fitrah, pembayaran zakat harta di aplikasi juga tersedia untuk LZS, PPZ-MAIWP, dan MUIS sepanjang tahun. Untuk LZNK, MUIP dan PBMaINS, perkhidmatan ini akan ditawarkan bermula Mei depan.

Sumber : Berita Harian

Sistem Pembayaran Tunai Elektronik Boost

by



Mulai 15 Jan 2020, anda boleh mula menuntut e-Tunai Rakyat RM30 anda melalui aplikasi e-dompet Boost

Inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibawakan Khas oleh Kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria di bawah boleh mendapatkan RM30 secara satu kali dengan Boost.

Antara kedai yang menawarkan sokongan kod QR Boost adalah Watson, Caring Pharmacy, Tesco, Giant, Speedmart 99, KFC, Tealive, MBO, TGV, Shell, Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

Dompet digital Boost turut menawarkan banyak ciri dan pelbagai promosi menarik.

Pembelian Tiket Pengangkutan Awam

Pengguna Boost turut menggunakannya dalam melakukan pembayaran nirtunai untuk pengangkutan awam termasuk KLIA Ekspress, KTM, EzCab, CatchThatBus, dan juga CityCarPark. Menerusi langkah ini, ia menjadikan Boost lebih mesra pengguna, selamat dan mudah diuruskan menerusi satu dompet digital sahaja.
Pembayaran Bil-Bil Utiliti Dan Ganjaran Wang Tunai

Bukan itu sahaja, pengguna Boost boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan lain termasuk tambah-nilai prabayar, bayaran bil-bil utiliti, pulangan tunai dan ganjaran wang tunai segera melalui ciri “Shake”. Malah, Boost juga turut menawarkan kemudahan membayar di kedai fizikal dengan mengimbas kod QR.

Pembayaran Secara Nirtunai Di Klinik Kesihatan

Menarik mengenai dompet digital Boost ini, pengguna kini boleh membuat pembayaran di klinik kesihatan terpilih. Menerusinya, pengguna akan dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM1 untuk perkhidmatan kesihatan am, dan RM5 untuk perkhidmatan pakar. Caj berkenaan kini boleh dibayar menggunakan dompet digital Boost. Penggunaan dompet digital Boost di klinik kesihatan dan hospital akan diperluaskan secara berfasa dalam jangkamasa dua hingga tiga tahun lagi.

Menyumbang Derma Secara Nirtunai

Selain pembayaran di klinik, Boost juga hadir dengan fungsi lain pada aplikasi iaitu E-Derma. Ciri ini berfungsi bagi penggunaan sumbangan sosial secara nirtunai. Terdapat 30 badan kebajikan dan rakan NGO telah turut serta dalam platform ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Boost : https://www.myboost.com.my/

 

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90