Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label coronavirus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coronavirus. Papar semua catatan

Pesakit Coronavirus yang pulih tidak terima rawatan spesifik

by


Kanak-kanak warga China yang disahkan pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, kerana dijangkiti Coronavirus (2019-nCoV) akhir bulan lalu, tidak menerima kaedah rawatan istimewa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya hanya memberi rawatan kepada kanak-kanak berkenaan, yang dikesan positif jangkitan 2019-nCoV pada 29 Januari lalu, mengikut gejala yang dialami pesakit itu.

“Tidak ada secara khusus ubat-ubatan atau antiviral yang diberikan. Mengikut pakar, penyakit seperti ini mempunyai jangka hayat dan akan berakhir hanya dengan imuniti badan kita untuk mengatasinya,” katanya dalam sidang media harian 2019-nCoV di kementeriannya di sini, hari ini.

Berita Harian semalam melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan warga China di Langkawi yang sebelum ini positif 2019-nCoV, didapati pulih dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.

Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif 2019-nCoV yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.

Sampel klinikal itu diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif 2019-nCoV pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif.

Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.

Sumber : Berita Harian

Budak positif coronavirus sudah sihat, kes pertama pulih di Malaysia

by


Seorang kanak-kanak perempuan warga China di Langkawi yang sebelum ini positif coronavirus (2019-nCoV), didapati pulih dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.

Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.

Jelasnya, sampel klinikal diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif.

Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.

“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang turut dikesan positif pada hari sama.

Setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 10 kes didapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.

Sumber : BHarian

Pakai penutup muka, hidung ikut kesesuaian situasi

by


Situasi semasa penularan coronavirus pada masa ini tidak menjadi satu tuntutan kepada orang awam untuk memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat umum.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Benedick Sim, berkata ia kerana status penularan coronavirus tidak mencapai tahap membimbangkan kerana tiada jangkitan kuman itu setakat ini.

“Situasi semasa penularan coronavirus ketika ini tidak memerlukan orang awam untuk memakai penutup mulut dan hidung kerana tiada jangkitan kuman itu dalam negara masa ini.

“Namun, jika orang awam mahu memakai juga, ia adalah langkah yang baik sebagai usaha pencegahan. Pada asasnya, tiada keperluan mendesak untuk memakainya,” katanya pada sesi taklimat kepada isu jangkitan coronavirus di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan rakyat China di negara ini, menjadikan tujuh kes direkod di negara ini setakat ini.

Kes terbaru itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Seorang lagi disahkan positif adalah menantu perempuan kepada kes coronavirus pertama di Singapura iaitu lelaki berumur 66 tahun.

Sejak 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan coronavirus adalah 78 orang.

Ia merangkumi 39 orang warga Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warga Jordan, Brazil dan Thailand.

Sementara itu, Dr Benedick menjelaskan, penutup mulut dan hidung tiga lapis adalah paling sesuai digunakan berbanding jenis satu lapis serta N95.

Namun katanya, penggunaan penutup mulut dan hidung juga perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam kerana ia biasanya menjadi lembab.

“Penutup mulut dan hidung yang sesuai adalah yang tiga lapis. Penggunaan penutup hidung N95 menyebabkan rasa tidak selesa dan kesukaran bernafas kepada pengguna,” katanya.

Sumber : BH

Angka korban coronavirus meningkat 170 orang di China

by

 Jumlah kematian akibat penularan coronavirus di China terus meningkat kepada 170 orang apabila wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu.

Hubei, pusat penularan coronavirus yang mencetuskan kebimbangan global, melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu yang disahkan.

Kes kematian turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet dengan masing-masing melaporkan kes pertama, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Dalam kenyatannya hari ini, suruhanjaya itu mengesahkan jumlah keseluruhan kes jangkitan coronavirus adalah 7,711 orang setakat semalam, manakala 12,167 lagi kes disyaki.

Angka kematian dan kes baharu dijangka meningkat lagi apabila angka di seluruh negara dikeluarkan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran kepada semua kerajaan untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap virus seperti SARS yang merebak berikutan ratusan warga asing dipindahkan dari kawasan jangkitan virus itu.

Selain peningkatan kes di China, lebih 12 negara melaporkan penularan virus berkenaan dengan kes baharu dilaporkan di Finland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

WHO memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada coronavirus harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global - suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

- AFP

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90