Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti sekolah. Papar semua catatan

KPM umum cuti khas Aidilfitri 19 April 2023

by

 


Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

– KOSMO! 

PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun 2021

by

 

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketetapan yang berkuat kuasa hari ini bukan saja merangkumi sekolah kerajaan, malah turut membabitkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, sekolah berkenaan perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan takwim masing-masing.

"Kita sedia maklum waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.

"Kemudian murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.

"Dari tarikh itu bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A.

"Jadi itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuat kuasa pada hari ini," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Radzi berkata, KPM akan membuat pengumuman lebih awal iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi setiap cuti pertengahan penggal.

"Ramai yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu.

"Jadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Cuti sekolah berbeza zon utara, selatan, timur bakal diperkenal untuk elak kesesakan

by

Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti ke Cameron Highlands, Melaka atau mana-mana destinasi percutian lain semasa cuti sekolah mungkin menyambut baik cadangan cuti sekolah dilaksanakan secara berperingkat.

"Berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu.

"Kami mencadangkan musim cuti sekolah dilaksanakan secara berbeza untuk wilayah pantai utara, selatan dan timur," kata Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Beliau berkata kementeriannya menyediakan laporan lengkap mengenai cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan penjadualan musim cuti sekolah yang berbeza bagi seluruh negara.

Apabila cuti sekolah berlangsung tidak serentak, kualiti pelancongan domestik akan lebih tinggi kerana masalah kesesakan dapat dikurangkan.

"Kita juga akan mempunyai pengurusan lalu lintas yang lebih baik dan pemain industri pelancongan tidak perlu menghadapi situasi 'feast or famine'," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut adalah untuk cuti sekolah pertengahan tahun pada bulan Mac, Jun dan September tetapi ia tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang.

"Laporan itu hampir siap. Kami memperoleh semakin banyak data.

"Jika kita katakan Cameron Highlands sesak semasa cuti persekolahan, berapa sesak keadaan yang berlaku?

"Dalam era data besar (big data) ini, kita harus teliti mengenai apa yang kita cadangkan," kata Muhammad Bakhtiar kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Kebangsaan di George Town pada Selasa.

Katanya, cuti berbeza telah dilaksanakan di Malaysia apabila rakyat di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu mempunyai cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu.

- The Star

Kalendar Cuti Sekolah 2016 Malaysia

by


Cuti Sekolah
Tarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 1
12.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun
28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 2
10.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun
26.11.2016 - 01.01.2017

Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal dari tarikh di atas.





Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90