Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label etunai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label etunai. Papar semua catatan

Cara Tebus eWallet Kredit Percuma RM150 ePemula

by

 


ePemula

  • RM150 dalam bentuk kredit e-tunai

  • Untuk warga Malaysia berumur 18-20 tahun / pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

Apakah itu ePemula?

  • Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:
    1. Meringankan beban kewangan belia;
    2. Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
    3. Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
    1. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022

  • Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi secara fizikal* di 1.2 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
    1. Pemindahan “peer-to-peer”;
    2. Penebusan tunai;
    3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
    8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
    9. Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian
  • Inisiatif ePemula RM150 adalah untuk kegunaan secara fizikal*. Ini adalah sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PKS.
  • *Walau bagaimanapun, baucar, coin, diskaun yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-Dompet sebagai insentif tambahan boleh digunakan dalam talian

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
    1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
    2. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Bagaimanakah cara untuk memohon untuk ePemula?

  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPayGrabPayShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
    4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
  • Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula

Tuntut e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020

by


Rakyat Malaysia yang layak, boleh menuntut insentif e-Tunai Rakyat bernilai sekurang-kurangnya RM30, bermula jam 8 pagi 15 Januari 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih, iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go, dan dijangka diperoleh dalam masa lima hari bekerja.

Beliau berkata, kira-kira 15 juta rakyat negara ini yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun, layak menerima insentif berkenaan.

“Pengendali e-dompet juga akan menambah baik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai kerajaan itu dengan memberikan insentif tersendiri.

“Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 wang percuma melalui insentif ini, yang akan diumumkan sendiri pengendali e-dompet terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya, di sini, hari ini.

Inisiatif e-Tunai Rakyat yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020, Oktober tahun lalu, membabitkan peruntukan RM450 juta bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

Guan Eng berkata, bagi memastikan inisiatif terbabit mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan penerima hingga 14 Mac 2020, manakala baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tarikh berkenaan.

Selain itu, rakyat perlu menuntut wang berkenaan selewat-lewatnya pada 9 Mac depan melalui pengendali e-dompet terpilih.

“Kementerian Kewangan juga menggalakkan semua peniaga supaya berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet berkenaan supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

“Hingga kini, lebih lapan juta peniaga menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui e-dompet berkenaan,” katanya.

Mengenai pengesahan mereka yang layak menerima insentif itu, Guan Eng berkata, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) selaku pelaksana program menjalankan tiga peringkat pemeriksaan, iaitu pengesahan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tuntutan hanya daripada satu pengendali e-dompet.

Selain itu, beliau berkata, pemilihan pengendali e-dompet pula dibuat berdasarkan kemampuan syarikat terbabit untuk melaksanakan inisiatif berkenaan dengan cepat dan berkesan.

Sumber : Berita Harian

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90