Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label grab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label grab. Papar semua catatan

Grab perluas perkhidmatan ke bandar kecil Semenanjung

by

Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab akan memperluaskan tiga rangkaian perkhidmatannya, iaitu GrabCar, GrabFood dan GrabMart ke beberapa bandar kecil di Semenanjung Malaysia bulan ini.

Ketua Bahagian Kerajaan dan Hal Ehwal Awam Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti menjana pendapatan dan memperkasakan sektor ekonomi digital negara.

Antara kawasan terbabit ialah Cameron Highlands di Pahang, Pantai Remis di Perak, Baling di Kedah selain Mersing dan Segamat di Johor, katanya,

"Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat (dijangka) bermula akhir September ini seterusnya khidmat GrabFood dan GrabMart (tanpa tunai dengan GrabPay) dirancang pada suku keempat tahun ini. Di utara Semenanjung, Grab akan mula beroperasi di bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

"Ini adalah sebahagian usaha Grab bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat luar bandar yang mana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan penengah adalah 41 peratus lebih rendah daripada penduduk bandar," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran DesaMall@Mersing oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, di sini, hari ini.

Ebi Azly berkata, sebagai penyokong ekonomi digital, pihaknya berbangga dapat membawa teknologi berkenaan kepada masyarakat luar bandar dengan menyediakan khidmat solusi yang lebih selamat, boleh dipercayai dan berpatutan.

"Secara tidak langsung, kami mewujudkan lebih banyak peluang meraih pendapatan di seluruh ekosistem perkhidmatan kami merangkumi pengangkutan, makanan dan pasar raya terutama di kawasan luar bandar.

"Dengan pengembangan ini, kami juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rakan kongsi strategik agar aktiviti ekonomi digital di kawasan terlibat terus berkembang maju," katanya.

Beliau berkata, Grab juga memperluas inisiatif 'Pakej Pikul Bersama' bagi ahli pemandu baharu yang menyertai platform itu dengan menyediakan pembayaran balik secara sekali sahaja sehingga RM120 bagi lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan RM70 bagi pemeriksaan permulaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menurutnya inisiatif itu diwujudkan bagi membantu rakan pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan, tahun lepas sekaligus membantu memastikan ekonomi yang lebih adil dan inklusif.

"Grab bermatlamat untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong dan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan bagi rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menyediakan kehidupan lebih baik," katanya.

Ebi Azly berkata, dengan pengenalan perkhidmatan Grab yang lain seperti GrabFood dan GrabMart dalam beberapa bulan akan datang, ia dapat membantu meningkatkan lagi peluang perniagaan dan pendapatan di seluruh negara.

"Justeru, ia akan memberi pendekatan tambahan bagi perniagaan untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka dengan memanfaatkan jutaan pengguna Grab ke kawasan bandar dan bandar kecil.

"Grab akan bekerjasama rapat dengan usahawan luar bandar dalam menjayakan kempen dan strategi promosi yang disesuaikan dalam usaha membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Grab adalah aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan harian dan telah dimuat turun lebih daripada 166 juta pengguna di peranti mudah alih dan memberi akses kepada lebih daripada sembilan juta pemandu, peniaga dan ejen.

Sumber : BERNAMA

Sistem Pembayaran Dompet Elektronik GrabPay

by

E-dompet GrabPay mensasar merangsang ekonomi digital Malaysia pada 2020 dengan memacu penggunaan tanpa tunai di Malaysia, yang menyokong inisiatif e-Tunai Rakyat 2020 dari Kerajaan Malaysia.

Ini dilaksanakan apabila syarikat memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan penjimatan tambahan sehingga RM3,000 dengan kempennya, "Siapa Cepat, Banyak Dapat".

Penggunaan pembayaran berasaskan elektronik meningkat dengan ketara sepanjang tahun lepas. Berdasarkan statistik oleh Bank Negara, nilai urus niaga untuk e-wang antara Januari 2019 dan Oktober 2019 melonjak kepada RM13.9 bilion dengan volum urus niaga sebanyak 1.72 bilion, melebihi RM11 bilion untuk keseluruhan 2018.

Tumpuan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia, seiring dengan visi Grab yang memanfaatkan teknologi untuk memberi kebaikan kepada rakyat.

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng, berkata ekonomi progresif, tanpa tunai bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna tetapi juga membantu usahawan mikro dan pemilik syarikat kecil serta sederhana (SME) untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa kos, beban dan kebimbangan keselamatan yang berkaitan dengan menguruskan tunai.

 Dilaporkan juga bahawa bayaran berasaskan elektronik akan dapat menyelamatkan Malaysia sehingga 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (dengan anggaran RM13 bilion) disebabkan kos urus niaga berasaskan tunai.

"Kami melancarkan GrabPay lebih setahun lalu dengan visi menjadi e-dompet rakyat. Sejak itu, kami terus memperkenalkan program dan kempen untuk menggalakkan penerimaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga di seluruh negara.

“Strategi kami di sebalik ini selalu menggunakan pendekatan hyperlocal dan berkolaborasi dengan rakan seperti seperti Maybank dan PayNet, yang bersama-sama dengan kami meramalkan keperluan Malaysia untuk merangkul ekonomi digital.

“Melalui usaha, kami melatih rakan kongsi kami dengan lebih teliti dan memperkenalkan lebih banyak ciri yang ada kaitan dengan pengguna Malaysia," kata Ooi.

Aplikasi e-dompet serbaguna Malaysia

Dengan perkhidmatan ekosistem Grab dan rangkaian rakan kongsi yang semakin meningkat, GrabPay menyediakan pilihan pembayaran yang lancar serta mudah untuk keperluan setiap hari, dari perkhidmatan pengangkutan dan permintaan makanan serta penghantaran yang dikehendaki untuk membuat urusniaga dalam dan luar talian, di samping tambahan prabayar mudah alih.

Bagi memperkukuhkan penggunaan e-dompet dan lancar di seluruh Malaysia, GrabPay bekerjasama dengan PayNet, menjadikan ia e-dompet pertama di negara ini untuk mengguna pakai DuitNow QR, Standard QR Nasional Malaysia.

Melalui ini, pengguna kini dengan mudah boleh membuat pembayaran dari mana-mana bank pengguna atau aplikasi mudah alih e-dompet, dan peniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR untuk menerima pembayaran.

"Siapa Cepat, Banyak Dapat"

Sebagai aplikasi dengan ekosistem perkhidmatan teguh yang menangani keperluan harian rakyat Malaysia, GrabPay menawarkan nilai lebih besar kepada pengguna yang menebus pembahagian RM30 dari Kerajaan Malaysia melalui e-dompet GrabPay mereka.

Pada separuh kedua tahun 2019, pengguna GrabPay mampu menjimatkan sejumlah sehingga RM5.5 juta hanya dengan menggunakan GrabPay untuk membayar keperluan sehari-hari mereka seperti pengangkutan, belanja dan penghantaran untuk makanan dan keperluan harian mereka.

Dengan promosi "Siapa Cepat, Banyak Dapat", pengguna yang mendaftar untuk penebusan e-Tunai Rakyat 2020 melalui GrabPay akan mendapat diskaun dan baucar sehingga RM3,000 berdasarkan sistem ganjaran yang terdiri daripada tiga peringkat. Ini akan membantu pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif kerajaan sambil meregangkan nilai ringgit yang diterima.

Kempen ini menampilkan pelbagai rakan kongsi yang terdiri daripada jenama kegemaran rumah seperti Hotlink, Mydin, Photobook, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robbins, Resipi Rahsia, Sushi Sushi, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai e-tunai rakyat, sila layari https://www.grab.com/my/etunairakyat/



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90