Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label kerja kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja kosong. Papar semua catatan

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM)

by

 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagaimana berikut.

Bil.Jawatan dan GredPenempatanTarikh Tutup
1.Juruukur Bahan J44Lembah Klang16 Feb 2024
2.Pegawai Tadbir N44/ N41Lembah Klang16 Feb 2024
3.Pegawai Tadbir N41Lembah Klang16 Feb 2024
4.Penolong Pegawai Tadbir N29Lembah Klang16 Feb 2024
5.Penolong Pegawai Penyelidik Q29Lembah Klang16 Feb 2024
6.Pembantu Tadbir (P/O) N19Selangor, Negeri Sembilan16 Feb 2024
7.Pembantu Penyelidik Q19Lembah Klang16 Feb 2024
8.Pembantu Tadbir (Kewangan) W19Lembah Klang16 Feb 2024
9.Pembantu Awam H11Kedah, Johor, Perak, Terengganu dan Kelantan.16 Feb 2024


Tarikh tutup permohonan 16 Februari 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Tatacara Permohonan

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian melalui pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Februari 2024 (Jumaat).

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/ Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext : 2204).

Muat turun iklan dan pautan permohonan jawatan di sini

Agro Job Fair tawar kerjaya dalam pertanian

by

 


Penganjuran Agro Job Fair sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, membantu mengubah persepsi golongan muda terhadap peluang pekerjaan dalam sektor pertanian.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Hussin Mahmud, berkata Agro Job Fair itu membetulkan persepsi bahawa kerjaya dalam sektor pertanian tidak hanya berkisar kepada pekerjaan 3D (sukar, bahaya dan kotor), sebaliknya menawarkan pelbagai pekerjaan lain dengan gaji yang lumayan.

"Ada yang berkaitan agromakanan dan tidak kurang juga ada syarikat yang memerlukan pakar teknikal seperti di lapangan teknologi maklumat dan kejuruteraan kerana penggunaan teknologi moden seperti dron dan Internet Kebendaan (IoT) mempelbagaikan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian.

"Contohnya, penggunaan closed house system (sistem ternakan ayam secara tertutup) dalam bidang penternakan, tidak memerlukan pekerja yang ramai, tetapi pada masa sama memerlukan pekerja yang pakar dalam teknologi moden untuk membolehkan teknologi itu dapat diguna pakai dalam pertanian," katanya.

Hussin berkata, Agro Job Fair yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan 15,000 jawatan, dengan majoritinya berkaitan industri ternakan dan perladangan.

Katanya, kekosongan jawatan itu membabitkan jawatan bermula peringkat pertengahan hingga pengurusan di seluruh negara seperti penyelia, pembantu pengurus dan pengurus cawangan pasar raya dan ladang, dengan tawaran gaji antara RM1,500 hingga RM10,000 berdasarkan pengalaman dan kelayakan.

Beliau berkata, setakat Ahad lalu, sebanyak 109 syarikat menyertai Agro Job Fair, antaranya Agro Bank, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), IOI Plantation Sdn Bhd dan CP Malaysia.

Hussin berkata, berdasarkan sambutan diterima, lebih 2,000 pencari pekerjaanmendaftar di Agro Job Fair dan kira-kira 400 daripadanya berjaya diterima terus bekerja oleh syarikat terbabit.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyifatkan penganjuran MAHA bertepatan dengan hasrat kerajaan memperkukuh sekuriti makanan negara, selain memacu pemulihan sektor agromakanan dan membantu usahawan tani menjana sumber pendapatan.

Sumber : BERNAMA


MyFutureJobs tawar 11,846 pekerjaan dalam sektor baharu

by

 

Sebanyak 11,846 peluang pekerjaan dalam sektor pekerjaan baharu direkodkan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 24 Februari lalu yang menawarkan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 ke atas. 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, berkata peluang pekerjaan baharu itu boleh dirujuk melalui portal MYFutureJobs yang diperkenalkan kerajaan sejak 2020.

"Antara industri atau sektor utama yang dikenal pasti mendapat permintaan tinggi adalah sektor komunikasi dan maklumat, pembuatan, pengangkutan, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal serta pendidikan.

"Manakala pekerjaan baharu yang kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan ialah penganalisis data, penganalisis sistem ICT, pembangun antara muka pengguna, saintis data, arkitek sistem ICT, pembangun pangkalan data, sistem terbenam, pembangun perisian, jurutera penyelidikan, penganalisis logistik, penganalisis perniagaan ICT, pereka digital media, pembangun permainan digital dan pakar forensik digital," katanya. 

KSM berkata, gaji ditawarkan bergantung kepada tahap pendidikan, pengalaman dan kemahiran dimiliki pencari kerja.

Sementara itu, KSM berkata, bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 18 Februari 2022, sebanyak 96,661 majikan berdaftar dengan MYFutureJobs yang menawarkan 3.88 juta kekosongan jawatan.

"Daripada jumlah itu, sehingga kini sebanyak 431,989 kekosongan jawatan aktif masih terbuka," katanya.

– BERNAMA

 

Sektor kekosongan jawatan suku pertama 2021

by

 

Sektor ekonomi merekodkan 177,900 kekosongan jawatan pada suku pertama (S1) tahun ini, peningkatan 7.2 peratus berbanding 166,000 yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin ber­kata, statistik tersebut diterbitkan dalam laporan Statistik Guna Tenaga, S1 2021 berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar sektor swasta.

“Peningkatan kekosongan jawatan ini adalah selari dengan prestasi ekonomi yang lebih baik.

“Bagaimanapun, bilangan kekosongan jawatan masih belum mencapai paras normal seperti sebelum krisis, yang merekodkan secara purata 200,000 kekosongan­ jawatan,” katanya dalam satu ke­nyataan akhbar di sini semalam.

Mohd. Uzir berkata, lebih separuh daripada kekosongan jawatan pada S1 2021 adalah dalam ka­tegori separuh mahir dengan 55.5 peratus atau 98,700 kekosongan, diikuti kategori mahir 23.5 peratus (41,800) dan berkemahiran rendah 21 peratus (37,400).

Katanya, mengikut sektor ekonomi, kebanyakan kekoso­ngan jawatan adalah di sektor pembuatan dengan 100,900 kekosongan, terutama di subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal (30,600) diikuti oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (18,700).

“Kekosongan jawatan di sektor pertanian merangkumi 28,500 kekosongan dengan sebahagian besar di subsektor tanaman dan ternakan, manakala terdapat 26,800 kekosongan jawatan di sektor perkhidmatan terutama aktiviti perdagangan borong dan runcit,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kedudukan keseluruhan jawatan, Mohd. Uzir berkata, bila­ngan jawatan di sektor ekonomi berkurang secara berterusan sejak empat suku tahun yang lepas kepada 8.44 juta jawatan, penurunan sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun.

“Statistik ini menunjukkan bilangan jawatan masih rendah berbanding sebelum krisis walau­pun bilangan kekosongan jawatan meningkat.

“Kadar pengisian jawatan suku tahun ini kekal pada 97.9 peratus, bersamaan dengan 8.260 juta jawatan diisi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, terdapat sejumlah 17,400 jawatan diwujudkan pada S1 2021, meningkat empat peratus berbanding 16,700 pada suku tahun sebelumnya.

Sumber : Kosmo!

24,919 ditawarkan kerja menerusi MySTEP

by

 

Sejak dimulakan Januari lalu, seramai 24,919 orang sudah berjaya ditawarkan pekerjaan menerusi Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP) setakat 31 Mac lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, seramai 23,477 orang pekerja ditempatkan di sektor awam manakala, 1,442 orang pekerja pula berjaya ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata, secara keseluruhan, kerajaan telah mencapai 49.8 peratus sasaran keseluruhan MySTEP bagi tahun 2021.

“Sejak program MySTEP mula dilaksanakan sejak Januari lalu, jumlah pekerjaan yang disediakan sentiasa mengatasi sasaran bulanan.

“Di bawah program itu, pemohon telah ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pemohon untuk GLC pula telah ditempatkan dalam organisasi seperti PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional,” katanya menerusi Laporan Laksana Ke-49 yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, MyStep diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu yang mana kerajaan memperuntukkan RM700 juta bagi membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta GLC secara lantikan kontrak.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 35,000 peluang pekerjaan disediakan di sektor awam, manakala 15,000 peluang pekerjaan turut disediakan di GLC serta rakan-rakan strategik mereka.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM647.33 bagi tuntutan Elaun Khas Barisan Hadapan setakat 2 April lalu.

Menurutnya, ia membabitkan 1,822,927 tuntutan berbanding RM569.69 juta berdasarkan 1,671,400 tuntutan pada minggu sebelumnya.

Sumber : Kosmo!


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90