Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label meninggal dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meninggal dunia. Papar semua catatan

Adibah Noor meninggal dunia rahsiakan derita kanser daripada bapa

by

 


Penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor yang meninggal dunia disebabkan kanser ovari tahap empat Sabtu lalu menyembunyikan derita penyakit tersebut bukan sahaja daripada pengetahuan umum, bahkan bapa sendiri.

Bapa Allahyarham, Mohd. Omar Zainal Abidin, 89, yang ditemui Kosmo! Online usai pengebumian anaknya itu sebentar tadi memaklumkan dia sendiri tidak mengetahui anaknya menghidap penyakit penyakit tersebut

“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Dia pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.

“Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okey, semuanya okey.

“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya.

Tambahnya lagi, Allahyarham juga bukan jenis yang suka menyusahkan walaupun ahli keluarga sendiri.

“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam begitu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.

“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Adibah Noor, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, di sini, pukul 11.30 pagi.

Terdahulu, jenazah arwah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sekitar pukul 9 pagi.

Lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek dan Linda Onn.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd. Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat pukul 7.30 malam, semalam. 

Sumber : KOSMO!

Pian Cecupak meninggal dunia

by

 

Pelawak dan pengacara, Pian Cecupak, 52, menghembuskan nafas terakhir dipercayai serangan jantung di kediaman ibunya di Taman Datuk Senu, Sentul, di sini, jam 8 malam tadi.

Berita pemergian anggota kumpulan lawak jenaka, Cecupak yang popular era 1990-an itu disahkan adik perempuan, Hassenah Abdul Raman.

Hassenah berkata, Pian atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya.

"Arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat, selama ini.

"Saya diberitahu, mak tersedar arwah sudah terbaring dalam bilik air pada jam 8 malam. Arwah memang duduk dengan mak.

"Jenazah arwah sudah dibawa ke hospital. Kemungkinan besar, arwah meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya.

Katanya, arwah tidak melakukan rawatan khusus untuk masalah jantung sejak empat tahun lalu. Arwah hanya bergantung pada ubatan sahaja.

"Kesihatan arwah memang agak merosot sejak akhir ini. Arwah sering mengadu sakit dada," kata Hassenah.

Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3 pagi akibat sesak nafas pada 17 Oktober 2018.

Doktor mengesahkannya mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu, arwah perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Terdahulu, bakat arwah Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.

Anak kedua daripada enam beradik itu pernah mendirikan rumah tangga dan berpisah dengan bekas isteri pada 2000.

Menerusi perkahwinan itu, arwah dikurniakan dua cahaya mata, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Sumber dari Berita Harian.

 

Diego Maradona meninggal dunia

by

 

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta-merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara. 

Sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires.

Maradona bersama skuad kebangsaan Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.

Beliau dilaporkan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala.

Maradona dibenarkan pulang pada 12 November. - AFP

FAKTA:

Nama: Diego Armando Maradona Franco

Tarikh Lahir: 30 Oktober 1960

Tempat Lahir: Buenos Aires, Argentina

Kerjaya Bola Sepak:

Mewakili kelab -

* Argentinos Juniors (1976-81)

* Boca Juniors (1981-82)

* Barcelona (1982-84)

* Napoli (1984-91)

* Sevilla (1992-93)

* Newell's Old Boys (1993)

* Boca Juniors (1995-97)

Kaps Antarabangsa: 91 (1977-94)

Jaringan Gol Antarabangsa: 34 

Sumber: Berita Harian

 

Pengasas kicap Jalen meninggal dunia

by


Usahawan dan Pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Berita pemergiannya dikongsi pihak pengurusan Syarikat Jalen Sdn Bhd kepada umum menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasmi mereka, Kicap Jaleni.

Hantaran itu menyatakan Ab Jalil menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang, namun tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Kebun Teh di sini selepas waktu solat Isyak.

Menerusi maklumat dalam laman sesawang syarikat itu, Jalen Sdn Bhd memulakan operasi perniagaannya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utama syarikat berkenaan ketika itu ialah untuk membekalkan secara kontrak kicap yang diberi jenama Habhal.

Bagaimanapun perjanjian telah ditamatkan pada November 1986 mengakibatkan syarikat terpaksa bergerak sendiri sebelum akhirnya berjaya memulakan era baharu pada Ogos 1988 iaitu membekalkan kicap dengan nama baharu, kicap Jalen di pasaran.

Ibu pejabat dan kilang Jalen beroperasi di Jalan Kempas Lama, Kampung Sinaran Baru, Skudai, di sini dan kini produk syarikat itu tidak hanya terikat kepada kicap semata-mata malah turut mencakupi sos tomato, sos cili, sos tiram, cuka, dan kordial berbagai perisa seperti oren, sirap ros, barli, laici dan lain-lain.

- Bernama

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90