Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label piala fa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala fa. Papar semua catatan

JDT Juara Piala FA 2022

by

 


Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemenangan JDT itu turut menyaksikan hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

Harimau Selatan yang juga juara 2016 lebih menguasai perlawanan dan bermula garang menerusi percubaan Arif Aiman Hanapi yang menggegar tiang gol pada minit ke-11.

TFC yang sesekali melancarkan serangan balas ke kubu JDT turut memiliki peluang terbaik untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-25, namun percubaan Tchetche Kipre dinafikan penjaga gol, Farizal Marlias yang bertindak bijak menutup ruang lebih awal.

Stadium Nasional bergema dengan sorakan penyokong JDT pada minit ke-34 apabila Arif Aiman berjaya meletakkan Harimau Selatan di depan selepas menyudahkan umpanan Leandro Velazquez.

Skuad kendalian Bidoglio yang dilihat lebih efektif dalam membuat hantaran berbahaya berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas Bergson Da Silva dijatuhkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim pada minit ke-62 dan peluang itu disempurnakan sendiri olehnya bagi mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan.

Selepas berhempas pulas untuk merobohkan benteng kebal JDT yang diketuai Shane Lowry, Kipre menghidupkan harapan untuk TFC selepas meledak gol pertama skuad Penyu pada minit ke-76.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Bergson terus membuktikan ketajamannya dengan meledak gol ketiga JDT selepas berlaku keadaan kelab kabut di depan pintu gol TFC.

Malah, jaringan itu juga seakan membunuh semangat sebahagian penyokong TFC yang dilihat mula meninggalkan tempat duduk penonton ketika masa sebenar perlawanan berbaki kira-kira 10 minit.

Walaupun cuba bangkit pada penghujung perlawanan, namun usaha keras barisan pemain TFC tidak berhasil dan keputusan 3-1 memihak JDT kekal hingga wisel penamat.

Sumber : Berita Harian

Piala FA 2019 : Kedah Juara

by

Gelaran kelima kejuaraan Piala FA berjaya menjadi milik Kedah selepas menundukkan Perak dengan keputusan 1-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kelebihan yang dimiliki Kedah selepas skuad The Bos Gaurus kekurangan seorang pemain ekoran Amirul Azhan Aznan diarah keluar padang setelah dilayangkan kad kuning kedua berjaya dimanfaatkan Helang Merah ketika aksi diheret pada masa tambahan.

Dalam perlawanan tersebut pujian harus diberikan kepada pemain gantian skuad Helang Merah, Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam yang dibawa masuk pada masa tambahan menggantikan David Rowley membuahkan hasil apabila menyumbat gol tunggal pada minit ke-105 perlawanan.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan Kedah mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan pada 1996, 2007, 2008 dan yang terakhir 2017. - Kosmo!


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90