Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label tnb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tnb. Papar semua catatan

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023

by


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini bertaraf Tetap / Kontrak di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagaimana berikut.

1. Eksekutif

Tarikh tutup permohonan 29 Mei 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun/ Swasta

Gaji Pokok : RM3,100 / RM3,200 (sebulan)
Elaun Pengangkutan : RM300.00 Sebulan
Elaun Eksekutif : RM120.00 Sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Engineering Accreditation Council / Engineering Technology Accreditation Council) dengan keputusan minimum CGPA3.00 dalam bidang seperti berikut:-

Ijazah Perakaunan (Accountancy) / Kewangan (Finance) / Ekonomi / Statistik. Ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik (Majoring dalam bidang Elektrik Kuasa adalah diberi keutamaan). Ijazah dalam Kejuruteraan Awam (Civil). Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal. Ijazah dalam Teknologi Kejuruteraan - Kuasa Elektrik / Perindustrian. Telekomunikasi / Sistem Komputer / Teknologi Penyelenggaraan / Tenaga Alam Sekitar / Pengurusan Rantaian Bekalan / Komunikasi Data. Ijazah dalam Teknologi Maklumat (IT) / Sains Komputer (CS) / Analisis Keselamatan Maklumat / Komputer & Keselamatan / Kejuruteraan Maklumat dan Rangkaian Komputer & Rangkaian / Kejuruteraan Perisian / Pengkomputeran Rangkaian / Sistem Maklumat. Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Business Admin) (Majoring dalam Mass Communication / Pemasaran (Marketing) / Perkhidmatan Pelanggan / Peruncitan (Retail) adalah diberi keutamaan).

  • Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Malaysia .
  • Berkomunikasi dengan baik secara lisan atau bertulis dalam Bahasa Melayu dan English.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) yang ideal.
  • Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan

* Bagi pemohon yang mempunyai bon biasiswa, perjanjian bertulis daripada penaja untuk pelepasan untuk bekerja dengan TNB adalah wajib dan perlu dikemukakan semasa sesi temu duga (kecuali daripada Yayasan Tenaga Nasional).

Cara Memohon

1) Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dibuat secara ‘on-line’. Sila ke pautan yang diberikan di bawah.

2) Permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Nota

Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat sahaja yang akan disenaraipendek untuk sesi pemilihan seterusnya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2023 (Isnin).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Kadar tarif elektrik TNB dikekalkan sehingga 2024

by

 

Kerajaan membuat keputusan untuk tidak menaikkan tarif elektrik untuk sembilan juta pengguna domestik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan terus memberikan subsidi sebanyak RM700 juta agar para pengguna tidak terkesan.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektif lebih sembilan juta pengguna domestik.

"Sehubungan dengan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan menjelaskan, kerajaan pada 26 Januari telah bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna-pengguna domestik di Semenanjung untuk Tempoh Kawal Selia bermula pada 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024 di bawah mekanisme IBR.

Katanya, kadar tarif tersebut telah digunakan sejak 1 Januari 2014 apabila mekanisme IBR diperkenalkan sebagai dasar baru dalam penetapan tarif elektrik.

“Keputusan ini juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri,” katanya.

Tambah Suruhanjaya Tenaga, bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion ekoran daripada kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran sehingga mencecah AS$200 per tan.

Sehubungan itu, di bawah mekanisme Laluan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) yang disemak setiap enam bulan, kerajaan telah memutuskan dua perkara.

“Bagi tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022 pelaksanaan pelarasan tarif elektrik pertamanya adalah pemberian rebat dua sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.

“Kedua, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri,” ujarnya.

Suruhanjaya Tenaga berkata, bagi mengekalkan pemberian rebat dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, kerajaan memperuntukkan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut.

“Di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos yang terlibat.

“Kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 45 peratus dan memberi impak yang besar kepada tarif elektrik di Semenanjung kerana 59 peratus sumber penjanaan adalah arang batu.

“Peningkatan harga bahan api arang batu adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia adalah berasaskan harga pasaran global,” jelasnya. 

Sumber dari Sinar Harian.

 

Penyewa boleh tukar nama akaun elektrik - TNB

by

 

Pemilik yang menyewakan premis kediaman dan komersial mereka mempunyai pilihan untuk membuat Pertukaran Nama Akaun (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata dengan penukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, semua tanggungjawab penggunaan dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah tanggungjawab penyewa.

"Pemilik premis masih boleh memantau penggunaan dan pembayaran bulanan penyewa dari semasa ke semasa melalui portal dan aplikasi myTNB.

"TNB memberi kemudahan untuk membuat COT melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan," katanya dalam kenyataan.

Mengenai aduan pemilik premis selaku pengguna berdaftar yang dibebani bil elektrik berikutan penemuan kesan pengusikan meter atau pepasangan TNB oleh penyewa pengusaha Bitcoin, Megat berkata cadangan langkah itu boleh mengurangkan risiko pemilik premis terpaksa menanggung hutang bil elektrik penyewa.

"Pada masa sama, kami sentiasa membuka ruang kepada pengguna untuk berjumpa bagi mendapatkan penerangan dan perbincangan lanjut," katanya.

Sumber :Berita Harian

Rebat 100 peratus bil elektrik Disember untuk mangsa banjir

by

 


Rebat 100 peratus secara sekali beri atau 'one-off' bagi bil elektrik Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir.

"Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara 'one-off' untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.

"Saya juga sudah minta TNB membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.

"Sejak Jumaat, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma kepada pengguna domestik kerana air banjir mungkin menyebabkan kerosakan pendawaian, suis dan sebagainya, jadi situasi itu agak berbahaya," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan Kementerian Kewangan juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan untuk memberi kemudahan tertentu kepada mangsa banjir.

Katanya, langkah itu berikutan ramai mangsa banjir yang perlu membaiki kenderaan ditenggelami air.

"Perodua umumkan akan beri percuma kos tarik kereta ke pusat servis mereka, dan bayaran upah untuk baik pulih dan servis juga adalah percuma.

"Kos alat ganti masih perlu dibayar, namun Perodua bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk kereta jenama Perodua.

"Saya difahamkan Menteri Kewangan akan berunding dengan syarikat lain seperti Proton dan sebagainya dan harap mereka mengikut langkah Perodua, ini amat dialu-alukan," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan waktu lebih tiga jam sejak 9.30 pagi untuk meninjau Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua di sini, yang antara kawasan paling teruk terjejas banjir di Selangor.

Sumber : Berita Harian

 

TNB menjadi penyedia gentian optik internet melalui talian elektrik

by

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), berjaya melengkapkan pembinaan infrastruktur gentian optik di Melaka.
Pembinaan infrastruktur itu mampu menghubungkan lebih 17,000 kediaman di negeri berkenaan bagi menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Dengan pembinaan infrastruktur tersebut, Allo sebagai penyedia akses terbuka berjaya meluaskan potensi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sehingga 1Gbps di Melaka yang kini disediakan oleh pembekal perkhidmatan runcit (SRP) iaitu Maxis, Astro, Digi dan Celcom.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kejayaan itu susulan projek perintis HSBB yang siap dalam tempoh kurang tiga bulan bermula Januari 2019, menghubungkan 1,100 kediaman di Taman Maju, Taman Merbau Perdana dan Felda Kemendor.

“Penyediaan infrastruktur HSBB ini secara tidak langsung menggambarkan sokongan TNB dalam merapatkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini.

“Justeru melalui Allo, TNB menawarkan perkhidmatan segmen ini dalam bentuk yang lebih pantas, lagi diyakini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau sebelum itu berucap di majlis pelancaran perasmian rangkaian infrastruktur jalur lebar peringkat Melaka bagi menyokong Jendela. Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri, Dr. Sulaiman Md. Ali.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din; Pengerusi Allo, Lim Fu Yen dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rodzi Ahmad.

Mahdzir berkata, kemudahan infrastruktur gentian optik itu membuka peluang kepada lebih ramai penduduk Melaka untuk mendapat akses kepada internet jalur lebar pada harga lebih berpatutan, seterusnya capaian kepada pelbagai sumber maklumat selain pendidikan dalam talian.

Tambah beliau, ia juga menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi pemerkasaan bidang ekonomi digital, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang mencabar akibat wabak Covid-19.

“Penglibatan TNB untuk menjayakan Dasar Digital Negara adalah sesuai dengan peranan TNB selama ini sebagai penggerak kemajuan negara dan kini peranan itu diperkukuhkan bagi menangani cabaran ekonomi digital serta revolusi perindustrian keempat (IR4.0),” katanya.

Dengan memanfaatkan rangkaian gentian optik sepanjang 18,000 kilometer (km) yang melalui pencawang elektrik milik TNB di Semenanjung Malaysia, Allo berjaya menghubungkan 60,000 kediaman dengan rangkaian gentian optik di Melaka, Perak dan Kedah. 

Sumber : Utusan

TNB pasang meter pintar di seluruh negara secara berperingkat

by

 

Sebanyak 608,976 unit meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dipasang di Lembah Klang dan Melaka, sehingga 16 Oktober lalu.

Pemasangan meter pintar di Cheras, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya itu berjalan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini.

Pengarah Projek, Advanced Metering Infrastructure (AMI), TNB, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, pemasangan itu dibolehkan semasa PKPB de­ngan kerja-kerja dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Proses pemasangan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Ia tertakluk kepada pematuhan rapi SOP seperti ditetapkan pihak berkuasa, termasuk berkaitan usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Ini bagi memastikan ke­selamatan pemasang meter dan pengguna sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum pemasangan meter pintar, pengguna akan menerima surat pemberitahuan pemasangan meter oleh TNB. Kerja-kerja pemasangan akan dilakukan oleh kontraktor lantikan TNB.

Menurut Mohamed Ghous, pengguna meter pintar mendapat kelebihan untuk me­ngawal corak penggunaan tenaga ha­rian, mengurangkan pembaziran dan jejak karbon serta mengawal perbelanjaan bulanan.

“Meter pintar memboleh­kan pelanggan TNB memantau penggunaan elektrik secara ha­rian menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

“Bil elektrik juga boleh dibayar secara dalam talian menerusi portal yang sama. Pengguna juga boleh mendapatkan bacaan bil bulanan mereka melalui portal dan aplikasi myTNB dengan kadar segera pada setiap tarikh kitaran bil,” katanya. 

Sumber : Utusan

Bil Elektrik Meningkat Kerana El-Nino

by


Cuaca panas terik dan kering berpanjangan sehingga ke hari ini mengakibatkan penggunaan elektrik meningkat, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Permintaan tertinggi elektrik di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan 17,788 MW pada Rabu (20 April), meningkat 37.82 peratus berbanding 1 Januari  lepas (12,906 MW), kesan fenomena El-Nino.

Keadaan panas pada siang hari yang meninggalkan kesan bahang sehingga keawal pagi telah mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara relatifnya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan lain.

Secara amnya, pengguna pendingin hawa lebih cenderung menurunkan suhu pada tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa dan menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama.

Menurut TNB, faktor lain termasuk penggunaan peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik juga boleh mengakibatkan penggunaan elektrik meningkat.

Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak, sekali gus memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna.

Satu kajian kes di Selangor menunjukkan penggunaan tiga unit pendingin hawa oleh seorang pengguna meningkat daripada lima jam sehari pada Disember 2015 kepada lapan jam sehari pada bulan ini.  

Penggunaan elektriknya meningkat 40 peratus daripada 428kWh kepada 598kWh.

Kenaikan ini menyebabkan bilnya meningkat daripada RM125.52 kepada RM231.69," menurut kenyataan itu.

Pengguna yang ingin mendapatkan tip-tip penjimatan tenaga boleh memuat turunnya dari www.tnb.com.my.

- Bernama


Penggunaan elektrik meningkat, tips jimat elektrik dari TNB

by
Cuaca panas luar biasa sejak awal bulan Mac 2016, melonjakkan penggunaan elektrik ke paras tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan paras tertinggi waktu puncak pada 17,175 megawatt (MW) dicatakan pada Rabu, 10 Mac 2016 menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat utiliti itu berkata gelombang haba yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW.

Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014. Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi yang diunjurkan ini tidak akan memberikan impak negatif.

Kapasiti tenaga di Semenanjung kini berjumlah 22,220 MW, dengan 11,818 MW membabitkan kapasiti TNB sendiri dan selebihnya kapasiti daripada pengeluar tenaga bebas.

Pengguna elektrik digalakkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan bekalan tenaga semasa waktu puncak dari 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Ini termasuk menetapkan penyaman udara pada 23-25 darjah Celcius, menggosak baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, memanaskan air di luar waktu puncak dan mengurus operasi mesin atau kilang pada waktu malam.


Kadar tarif elektrik kekal

by

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan kadar tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan berkuat kuasa pada 1 Januari hingga Jun 2016.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, dengan keputusan itu, pengguna di Semenanjung akan terus menikmati rebat sebanyak 1.54 sen per kilowatt-jam (kWj) manakala di Sabah dan Labuan pula sebanyak 1.20 sen/kWj.

Menurut beliau, pengekalan rebat di Semenanjung dibuat susulan terdapatnya penjimatan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) sebanyak RM762.03 juta bagi tempoh Julai hingga Disember 2015 ekoran penurunan harga gas cecair asli (LNG) di pasaran dunia selain peningkatan­ kecekapan loji-loji jana kuasa gas dan arang batu.

Sabah dan Labuan yang tidak menggunakan mekanisme ICPT, keputusan untuk mengekalkan penurunan purata kadar tarif elektrik dibuat berdasarkan penurunan harga minyak mentah dunia. Penjimatan dalam pemberian subsidi bahan api Medium Fuel Oil (MFO) dan diesel telah membolehkan kerajaan mengekalkan penurunan purata sebanyak 1.20 sen/kWj. Subsidi keseluruhan di Sabah dan Labuan dianggarkan sebanyak RM468 juta.

- Kosmo!

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90