Sajak Untuk Rakyat Palestin

Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam... Zionis durjana

Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa

Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba...... dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

Doa buat mu

Palestin
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah Makbulkan.
Jahanamkan Zionis Durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada mu
Ya Allah……bergetar suaraku dalam nada sayu
Selamatkanlah Palestin
Selamatkanlah hamba mu nan tidak berdosa
Dari mereka yang rakus membunuh dan menyiksa
Musnahkanlah Zionis durjana
Aman damailah Palestin
Seperti dulu kala…tanpa perluru dan duka dan air mata...
Next Post Previous Post
7 Comments
  • Unknown
    Unknown Sabtu, 17 Januari 2009 pada 2:11:00 PTG SGT

    slm,

    sdr, sy minta izin utk diletakkan sajak ini di blog sy. (sy kekalkan nama asal penulis).

    www.fazdli.com

  • naz
    naz Selasa, 3 Februari 2009 pada 9:20:00 PTG SGT

    salam...sya mewakili adik sye minta izin untuk mendeklamasikan sjak ni kat satu majlis...adik sya berumur 12 thun...harap saudara tidak keberatan untuk memberi kebenaran...syukran...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 5 Februari 2009 pada 6:04:00 PTG SGT

    hai..salam...sy ingin meminta izin pada saudara utk mendeklamasi kan sjak ini pada majlis tahunan kami yang akan diadakan pada 21hb ni...harap saidara tidak keberatan untuk memberi kebenaran..terima kasih byk2...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 12 Februari 2009 pada 4:35:00 PTG SGT

    salam..
    sy juge ingin meminta izin kepada saudara untk mendeklamasikn sjak ni dlm satu prtandingan mendeklamasi sajak. trime kasih :)
    salam..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 11 Oktober 2011 pada 9:06:00 PTG SGT

    salam....

    saya ingin meminta izin utk menggunakan sajak saudara untuk pertandingan mendeklamasikan sajak di sekolah saya..

  • Mas Hussin : Hamba Allah, Isteri pencinta, Mama penyayang. Sahabat yang beria mengajak anda menjaga kesihatan. kesihatan demi kebahagiaan.
    Mas Hussin : Hamba Allah, Isteri pencinta, Mama penyayang. Sahabat yang beria mengajak anda menjaga kesihatan. kesihatan demi kebahagiaan. Isnin, 21 Julai 2014 pada 10:25:00 PG SGT

    Assalammualaikum wbh.
    Sajak yang penuh makna. mohon share.
    terima kasih

  • Unknown
    Unknown Selasa, 17 Mac 2015 pada 9:55:00 PTG SGT

    saya ingin meminta izin untuk mendeklamasikan sajak ini dalam satu majlis..

Add Comment
comment url