Contoh Soalan Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

Oleh MOHD HAFIZ

PTM atau disebut juga sebagai System Analyst (S.A)/Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha (P.S.) dikategorikan sebagai jawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional. Gred PTM terdiri daripada F41, F44, F48, F52 dan F54. Calon-calon PTM perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa contoh soalan temuduga PTM yang mungkin akan ditanya. Contoh-contoh soalan ini saya kumpulkan daripada beberapa soal jawab di dalam forum dan juga melalui pertanyaan lisan dengan kenalan yang berpengalaman ditemuduga.

Pada kebiasaannya, soalan temuduga PTM dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soalan umum dan khusus.

Contoh Soalan Umum:
1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.
5. Please introduce yourself?
6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
8. Jelaskan mengenai MSC.
9. Apa itu e-Government? Berikan contoh.
10. What would you do to improve government services?
11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)
12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?
15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.
18. Ceritakan mengenai K-Economy.

Contoh Soalan Khusus:
1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
4. Apakah tugas seorang PTM
5. Apakah jenis-jenis network topology?
6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
8. Terangkan maksud “normalization”.
9. Nyatakan peringkat-peringkat normalization.
10. Apakah fasa pembangunan sistem
11. Apakah perkakasan untuk ke internet di dalam sesebuah pejabat dan nyatakan fungsi-fungsinya.
12. Apabila sistem telah dibangunkan, apakah perkara yang penting bagi memastikan sistem berjaya.
13. Jelaskan tentang black box dan white box,
14. Berikan contoh-contoh format image. (Mungkin akan tanya format lain e.g: movie, music, office etc).
15. Bezakan format-format image.
16. Apakah perbezaan Prisma dan LCD?
17. Nyatakan perbezaan antara MIS dan EIS.
18. Nyatakan jenis-jenis Modem
19. Apakah yang faham mengenai LAN dan WAN?
20. Apa itu PCMCIA?
21. Apakah perbezaan antara IMAP dan POP3?
22. Adakah anda pernah mengoperasikan server? nyatakan platformnya?
23. Adakah bahasa pengaturcaraan yang anda tahu?
24. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
25. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
26. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
27. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
28. Apakah Virus yang terkini?

http://www.mohdhafez.net
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 2 Jun 2009 pada 9:36:00 PTG SGT

    takde contoh jawapan ke broo..saya ada interview gak 23/6/2009 ni...thanks for sharing the info

  • Fazrulls
    Fazrulls Jumaat, 5 Jun 2009 pada 11:00:00 PG SGT

    Ya betul tu bro.. so kalau ada sharing lah..
    So awak interview 23/6 ni ka? saya pada 25/6 di komtar pulau pinang,
    So habis interview boleh tak awak email saya inform apa yang mereka tanya???

    ni email saya - fazrulls@yahoo.com

Add Comment
comment url