Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Oleh MOHD HAFIZ

Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

http://www.mohdhafez.net
Next Post Previous Post
17 Comments
  • Nisa
    Nisa Isnin, 16 April 2012 pada 10:57:00 PG SGT

    Bagusnya,saya ade temuduga untuk jawatan ini.Harap dapat membantu

  • Unknown
    Unknown Selasa, 7 Ogos 2012 pada 9:58:00 PG SGT

    Untuk jawatan PPTM nie... ade exam khas ke sebelum interview?

    Kamarul Saffiq

  • abby
    abby Sabtu, 1 September 2012 pada 1:57:00 PG SGT

    ada buat panduan ke untuk peperiksaan dan temuduga penolong pegawai teknologi maklumat?kalau ada boleh emailkan ke mylady_abby@yahoo.com ..tq ..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 15 September 2012 pada 12:14:00 PG SGT

    salam... ada sesiapa yg ada pngalaman mnduduki peperiksaan mmasuki perkhidmatan penolong pegawai teknologi Gred F29?

    saya baru terima surat daripada SPA,
    29/09/2012 menduduki peperiksaan.

    - pengetahuan am / seksyen A
    - Daya menyelesaikan masalah & Penaksiran personaliti / seksyen B
    i. Kemahiran Menggunakan Logik ;
    ii. Kemahiran menginterpretasi Data ; dan
    iii. Konsep-konsep matematik

    ada sesiapa yg nak kongsi pngalaman?
    bantuan anda sekalian amat dihargai.

  • Unknown
    Unknown Selasa, 18 September 2012 pada 8:26:00 PG SGT

    artikel nie dah 3 tahun berlalu. harap² masih releven tips² yg diberikan terutama topik merdeka coz kita br saja menyambut kemerdekaan dan juga hari malaysia. 2 minggu lagi ada peperiksaan PPTM F29 :-ss seramnyer............ wish me luck!

  • Unknown
    Unknown Selasa, 18 September 2012 pada 12:28:00 PTG SGT

    kene amek peksa 29 nie..huhuh takutnya

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 19 September 2012 pada 5:12:00 PTG SGT

    Terima kasih di atas info yang telah diberikan ini, saya telah mendapat panggilan peperiksaan PPTM F29 pada minggu depan diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam peperiksaan nanti. Terima kasih sekali lg..

    Lorna Muhamad.

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 21 September 2012 pada 4:33:00 PTG SGT

    Sy Nur Liyanna Elias
    Boleh dpatkan contoh2 soalan peperiksaan untunk penolong pengawai teknologi maklumat y terbaru x?
    Tarikh peperiksaan nye pd 29 sept 2012. Ramai calon y terpilih.
    Lau x keberatan, minta share sdkt info sal nie.
    Terima kasih

  • NAJWA WAWA SHOPPEE 2016
    NAJWA WAWA SHOPPEE 2016 Rabu, 9 Oktober 2013 pada 3:40:00 PTG SGT

    assalamualaikum saya nur najwa, boleh berikan contoh soalan temuduga utk eksekutif pemasaran tak??....

  • Nina Mads
    Nina Mads Rabu, 26 Februari 2014 pada 5:51:00 PTG SGT

    terima kasih..sgt2 membantu sy utk menjawab exam :)

  • Ariana Malek
    Ariana Malek Khamis, 27 Februari 2014 pada 2:03:00 PTG SGT

    Salam....tq for sharing...sgt2 membantu coz sy nk kene exam march 2014 nti....dalam web SPA pun ada membantu jgk coz die ada tulis sukatan peperiksaan utk jawatan PPTM ni siap dgn cth soalan dan teknik menjawabnye....:)

  • Diydiy
    Diydiy Jumaat, 28 Februari 2014 pada 9:46:00 PTG SGT

    Ada sesiapa tahu tak..? Kalau lulus ujian ni kena pergi Penilaian Kompentensi pulak kan.. Penilaian Kompentensi ni mcm penilaian kompentensi untuk jawatan Pasukan Seragam ker..? contoh mcm imigresen, kastam, jpj dsb...

  • hafiz
    hafiz Ahad, 2 Mac 2014 pada 12:55:00 PTG SGT

    Sekali lagi, calon jwatan ni akan bersedia sebaiknya....good luck semua

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 3 Mac 2014 pada 12:07:00 PTG SGT

    aznin..

    sy dpt exam pptm.. 8/3 ni, pptm ni mmg xde intrvw ke?trus p amk exam
    ada x yg blh kongsi2 lbh detail sal intrvw ni?

  • Unknown
    Unknown Selasa, 4 Mac 2014 pada 11:01:00 PG SGT

    Helman

    Ada interview tapi lepas exam. Mana yang lulus exam dapat la ke next stage (interview).. Masa exam pakai biase2 je

  • Unknown
    Unknown Khamis, 6 Mac 2014 pada 12:10:00 PTG SGT

    tolong !!.. saya blur xtau nak jawab ape sabtu nih.. kalau ade contoh2 soalan share2 lah.. pleaseeeeeeeeeeeeeeee :3

  • Bungkilan
    Bungkilan Jumaat, 7 Mac 2014 pada 11:34:00 PG SGT

    Rasanya boleh guna juga panduan ni untuk temuduga jawatan pegawai teknologi maklumat bukan. Sebab bidang tugas sama.

Add Comment
comment url