Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Baru Kuala Berang Runtuh

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di Hulu Terengganu. Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera. - Foto BERNAMA

HULU TERENGGANU - 21 Dis 2009 :
Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki serta tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kerja pemasangan kaca yang dimulakan sejak seminggu lepas itu hampir 80 peratus siap.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu, katanya.

Terminal bas berharga RM4.2 juta yang mula dibina pada Mac 2008 dan sepatutnya siap awal tahun depan itu merupakan projek Majlis Daerah Hulu Terengganu.

- BERNAMA

Next Post Previous Post
4 Comments
  • Juvitaku
    Juvitaku Selasa, 22 Disember 2009 pada 8:42:00 PG SGT

    Apa nak jadi....semua projek asyik nak runtuh jeee kat Tenganu Kitee...

  • Mindbreaking
    Mindbreaking Selasa, 22 Disember 2009 pada 9:20:00 PG SGT

    kenape asyik trg yg kena??salah siapa??

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 22 Disember 2009 pada 10:12:00 PG SGT

    azu
    mcm mane x runtuh
    keje x ikt spec

  • aliffnajmi
    aliffnajmi Selasa, 22 Disember 2009 pada 11:32:00 PG SGT

    Knp kaca?
    Rasanya polycarbonate lebih ringan & tahan lasak.

Add Comment
comment url