Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) - Ambilan Julai 2010


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
JABATAN PENGAJIAN TINGGI

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010

Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2010.


KOD PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN
SESI AKADEMIK 2010/2011


1

UPSI

AT03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

2

UPSI

AT06D
BAHASA INGGERIS

3

UPSI

AT21D
PERDAGANGAN / PERNIAGAAN

4

UPSI

AT32D
SEJARAH

5

UPSI

AT41D
PENDIDIKAN MORAL

6

UPSI

AT45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

7

UPSI

AT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

8

UiTM

ET03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

9

UiTM

ET06D
BAHASA INGGERIS

10

UiTM

ET23D
PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL

11

UiTM

ET45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

12

UMS

HT06D
BAHASA INGGERIS

13

UMS

HT33D
GEOGRAFI

14

UPM

PT06D
BAHASA INGGERIS

15

UPM

PT09D
SAINS PERTANIAN

16

UPM

PT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

17

USM

ST06D
BAHASA INGGERIS

18

UIAM

YT06D
BAHASA INGGERIS


SENARAI IPTA, KURSUS YANG DITAWARKAN & KESESUAIAN IJAZAH :


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
35900 TANJUNG MALIM
PERAK
NO. TELEFON:
Talian 1 : 05-4506932
Talian 2 : 05-4506929
NO. FAKS : 05-4582670
http://www.upsi.edu.my


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
AT03D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan

BAHASA INGGERIS
AT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN
AT21D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan

SEJARAH
AT32D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sejarah / Sosiologi / Antropologi

PENDIDIKAN MORAL
AT41D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Pengajian Islam
* Psikologi
* Kaunseling
* Pembangunan Manusia
* Kerja Sosial

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
AT45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan

EKONOMI RUMAH TANGGA
AT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
BANGUNAN UIC
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-55443164
Talian 2 : 03-55443165
NO. FAKS : 03-55443170
http://istudent.uitm.edu.my/intake


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
ET03D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan

BAHASA INGGERIS
ET06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
ET23D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Seni Halus
* Seni Kreatif
* Seni Lukis
* Seni Visual

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
ET45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
ARAS 3 BLOK UTARA
BANGUNAN CANSELORI
PETI SURAT NO. 2073
88999 KOTA KINABALU
SABAH
NO. TELEFON :
Talian 1 : 08-8320213
Talian 2 : 08-8321259
NO. FAKS : 088-320361
http:// bpa.ums.edu.my


BAHASA INGGERIS
HT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

GEOGRAFI
HT33D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Geografi
* Kejuruteraan Alam Sekitar
* Perancangan Bandar dan Wilayah
* Sains Alam Sekitar


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

BAHAGIAN AKADEMIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
43400 SERDANG
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-89466000
Talian 2 : 03-89466059
Talian 3 : 03-89466060
NO. FAKS : 03-89426469
http://www.upm.edu.my


BAHASA INGGERIS
PT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

SAINS PERTANIAN
PT09D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Pertanian
* Perhutanan
* Kejuruteraan Pertanian
* Bioteknologi

EKONOMI RUMAH TANGGA
PT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
ARAS 2, JABATAN PENDAFTAR
11800 P.PINANG
NO. TELEFON :
Talian 1 : 04-6575613
Talian 2 : 04-6533329
Talian 3 : 04-6533059
Talian 4 : 04-6533073
NO. FAKS : 04-6533328
http://www.usm.my


BAHASA INGGERIS
ST06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
P.O BOX 10
50728 W.P. KUALA LUMPUR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-61964000
NO. FAKS : 03-61964163
http://www.iiu.edu.my/pgstudy


BAHASA INGGERIS
YT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris



SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

Syarat Am
  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
  5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-

    o Maklumat Permohonan
    o Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    o Salinan Sijil Kelahiran Calon
    o Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    o Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    o Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    o Salinan sijil SPM

    CARA MEMOHON:


    PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit Pusat Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my


    PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

    Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)

    NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5

    Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain.

    Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.


    TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010


    TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010


    Ujian MEdSI dan Temu duga

    1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
    2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
    3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
    4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
    5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

    Catatan:-

    - Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
    - Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.


    Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

    PENGARAH
    BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

    JABATAN PENGAJIAN TINGGI
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

    ARAS 1, BLOK E9, PARCEL, PRESINT 1

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    62505 PUTRAJAYA


    No. Tel: 03-88835801/5802/5858
    No. Faks: 03-88894260
    E-Mel: upu@mohe.gov.my



PANDUAN UJIAN MEdSI

1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 15 April 2010.

2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 24 April 2010.

3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
Next Post Previous Post
28 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 2 Mac 2010 pada 10:13:00 PTG SGT

    tumpang tanya..sy budak vokay..x amek sejarah..cmne yer?subjek sejarah..kena isi jugak..system x terima,kalu kita tglkan kosong

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 3 Mac 2010 pada 4:05:00 PTG SGT

    boleh memohon tak jika pngk kurang dari 2.75?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 4 Mac 2010 pada 12:18:00 PG SGT

    Ada ikatan selepas tamat pengajian?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 5 Mac 2010 pada 9:43:00 PTG SGT

    Boy

    Saya graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dengan CGPA 3.80. Adakah saya layak memohon dpli (kerana tak dapat nampak sama ada bidang saya sesuai untuk pohon dpli untuk jadi cikgu) ?

    Harap dapat maklum balas encik.
    Terima Kasih

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 6 Mac 2010 pada 1:49:00 PG SGT

    salam,nk tnye,cikgu matematik tuk dpli xde ke? ke sy ada terlepas pandang?????

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 7 Mac 2010 pada 12:23:00 PTG SGT

    yang tak ambik Sejarah tu, letak F9

    jika CGPA / PNGK kurang dari 2.75 memang tak boleh memohon DPLI (KPLI tak apa)

    untuk menerima tajaan dan elaun KPM, calon mesti menandatangai perjanjian untuk mengajar di sekolah kerajaan untuk tempoh tahun tertentu

    Boy - kursus Kejuruteraan tak ditawarkan pada ambilan kali ini

    begitu juga dengan Matematik, tak ditawarkan kali ni

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 7 Mac 2010 pada 9:27:00 PTG SGT

    syidah nor...
    Q: andai kata permohonan DPLI saya berjaya,dan dapat meneruskan pengajian ke IPTA,adakah saya mendapat sebarang elaun?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 8 Mac 2010 pada 2:42:00 PTG SGT

    aimie

    salam, nak tanya nak ambil dpli di UITM kena hantar sekali sijil lahir ibu bapa, kalau takde macam mana? permohonan ditolak ke? sijil lahir ibu bapa saya dah hilang

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 8 Mac 2010 pada 2:58:00 PTG SGT

    haikal,
    salam en.adha, saya ada dua soalan disini. Pertama, selepas habis kursus dpli ni confirm ke dapat terus mengajar atau kena tggu beberapa bulan.

    Kedua, surat branak kedua orang tua saya dah lama hilang. Saya baru call UITM shah alam dan staff di sana ada inform wajib bg surat beranak ibu bapa kalau nak apply dpli di UITM. kalau dah hilang nak buat surat sumpah payah la kedua org tua saya, masing2 dah uzur. UITM je paling dekat dgn tempat saya.

    Minta pendapat en. adha....

  • Rosalinda Dayana
    Rosalinda Dayana Isnin, 8 Mac 2010 pada 3:10:00 PTG SGT

    YANG LEPAS ELAUN GOMEN BAGI 1300.00...

    PAS KURSUS, INSYAALLAH DAPAT... SEBAB GOMEN DAH LABUR KAT KITA TIAP2 BULAN...

    PERMOHONAN UNTUK UITM HANYA DI SHAH ALAM SAHAJA... DAN SEBILANGAN KECIL KES UNTUK SARAWAK... TAPI JARANG ADA...JANGAN ARAP LER UITM LEN, I DAH COL TANYA... JADI PIKIR 10 KALI NAK APLLY... SEBAB BOLEH UPDATE HANYA 3 KALI JERK... BUAT SEMBAHYANG ISTIKAROH BANYAK2, MUDAHAN DAPAT PETUNJUK.

    ROSE.

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 8 Mac 2010 pada 3:55:00 PTG SGT

    betul cakap saudari Rosalinda Dayana tu

    Syidah Nor - Tajaan yuran pengajian & elaun akan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Aimie & Haikal - Kalau takde sijil lahir ibubapa. Cuba bagi salinan kad pengenalan ibubapa sebagai menggantikan sijil lahir. InsyaAllah, diaorg terima.

    Haikal - Jangan risau pasal posting DPLI. setakat ni takde apa-apa masalah. Kalau dah sign agreement dengan KPM, bab posting akan diuruskan. Kena isi borang eGST bila dah tamat DPLI nanti sama macam lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan lain.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 8 Mac 2010 pada 9:48:00 PTG SGT

    sy grad uitm BBA marketing

    skng sy kompius lak nk ambik ape..bt mase ni sy buh uitm PD dlu...ade advntage ker klu x-stdnt apply Univ die smuler..??

    ati ni lak tpikir nk mtk UPSI dlm cos yg lbh sm.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 9 Mac 2010 pada 11:38:00 PG SGT

    saya grad dlm bidang pengajian sastera melayu. sy tak tahu nk mtk opsyen ape tuk dpli ni. member2 sy yg len pun sm frust ngn opsyen yg dditwarkan. blh encik bg pendapat???

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 9 Mac 2010 pada 5:44:00 PTG SGT

    saya grad master sumber manusia kat utm dgn CGPA 3.58 dan tergolong oku bagi kategori pendengaran menggunakan alat pendengaran dan still boleh dengar without ear aids......B.Inggeris SPM saya gagal...

    saya kompius sama ada saya diberi peluang sekiranya mnta dpli. pmohonan kpli x berjaya dan frust..lagi satu opsyen ape sesuai utk saya..

    hrp encik beri pendapat untuk saya yg berkeinginan untuk menjadi guru...terima kasih

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 9 Mac 2010 pada 6:11:00 PTG SGT

    salam..sy nk tnya..skrg sy berada di tahun akhir dgree dan sedang menjalani latihan praktikal, tp boleh ke sy nk apply untuk DPLI?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 9 Mac 2010 pada 8:16:00 PTG SGT

    salam en.adha,sy pelajar tahun akhir bidang geografi..insyaallah bln 5 ni grad n konvo bln 8..bole ke sy mohon dpli..konpius la sbb ada senior yg ckp bleh apply...

  • Unknown
    Unknown Selasa, 9 Mac 2010 pada 11:55:00 PTG SGT

    kursus untuk sarjana muda IT mmg tak ditawarkan ke? blh ke kl saya aply?

    jehe

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 10 Mac 2010 pada 10:29:00 PG SGT

    sya zua..
    nk tnye ckt..klu pengesahan sijil tu,kena wt pngesahan baru ke dr org berkenaan.or potostat je and anta y copy tpi ada pengesahan blh diterima tk en adha???plss

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 10 Mac 2010 pada 8:31:00 PTG SGT

    salam..
    klu kte trikat ngan kementerian,ade possibility la kte akan diantar ke sabah n sarawak???????
    somebody please answer..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 10 Mac 2010 pada 8:35:00 PTG SGT

    klu kte da terikat ngan kementerian,ade possibility la kte akan diantar ke sabah n sarawak kn????
    somebody please answer....

  • Monaieda
    Monaieda Jumaat, 12 Mac 2010 pada 9:50:00 PTG SGT

    knape pulak takde possibility kena antar kat sabah /sarawak..skarang ni diorg kan nak penuhi piagam pipp..teras ke-4,merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar..so be prepared jelar mental dan fizikal kalu nak jd cikgu..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 14 Mac 2010 pada 7:44:00 PG SGT

    syasya

    en adha...
    tarikh akhir hantar permohonan ke ipta tu 16@19 mac?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 1 April 2010 pada 11:13:00 PG SGT

    bilakah tarikh dan manakah webside untuk menyemak keputusan berjaya mendapat DPLI?

  • nurqaseh
    nurqaseh Rabu, 28 April 2010 pada 8:28:00 PG SGT

    bila tarikh untuk check result peperiksaan lepas..nak tau dapat ke x temuduga nanti

  • hana
    hana Selasa, 11 Mei 2010 pada 10:29:00 PG SGT

    tarikh utk semakan temuduga dpli telah ditunda ke 12.05.2010 laman web upu.mohe.gov.my

  • Belly Surya Candra Orsa
    Belly Surya Candra Orsa Jumaat, 17 Disember 2010 pada 12:49:00 PTG SGT

    Great Blog....keep Blogging...!!

  • Unknown
    Unknown Rabu, 2 Mac 2011 pada 7:02:00 PTG SGT

    salam..sy keliru..dlm blog ni ada ckp subjek laen sedikit dr yg sy temu..mula page upu.mohe.gov.my, mmg ditulis ambilan julai..tpi, bila click masuk, saya bluurr..sy click2 la yg berkaitan dpli mcm kursus ditawar, tp sy perasan atas tu di yulis utk ambilan januari..pelik..blh tlg link mana yg harus sy pergi?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 2 Mac 2011 pada 10:13:00 PTG SGT

    East - Saudara tengok iklan yang tahun lepas (Julai 2010). Ini iklan DPLI tahun ini (Julai 2011) : http://myadha.blogspot.com/2011/02/iklan-pengambilan-diploma-pendidikan.html

    * Dalam web UPU, dia tulis Januari sebenarnya ia merujuk kepada pengambilan DPLI Julai 2011. Tidak perlu keliru.

Add Comment
comment url