Pengambilan Polis PDRM - Tidak Mudah Mengambil & Melahirkan Anggota Polis
Pengambilan Polis PDRM - Tidak Mudah Mengambil & Melahirkan Anggota Polis
SEKILAS pandang, terdetik dalam hati bergayanya penampilan anggota polis yang lengkap berpakaian seragam.
Namun pernahkah terlintas dalam pemikiran kita akan dugaan yang harus ditempuhi sebelum diisytiharkan layak mengenakan pakaian seragam biru tua itu?
Sebelum seseorang itu berhasrat menjadi anggota polis, mereka seharusnya memenuhi kelayakan akademik - sekurang-kurangnya SPM bagi konstabel, STPM/Diploma bagi inspektor dan ijazah pertama bagi penolong penguasa polis (ASP) Kemudian mereka perlu memenuhi syarat-syarat fizikal yang ditetapkan iaitu ketinggian sekurang-kurangnya 165 cm dan berat badan minimum 47.6 kg bagi calon lelaki dan 160 cm dan 46.2 bagi wanita.
Berat badan perlu sesuai dengan ketinggian supaya mereka barulah tampak lebih segak dan tegap.
Selain itu calon lelaki mestilah mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 81 cm dan 86 cm apabila semasa menarik nafas selain mempunyai penglihatan jelas tanpa cermin mata, tidak rabun warna serta tiada kecacatan pendengaran selain diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dalam pelbagai aspek.
FASA LATIHAN
Setelah kesemua syarat fizikal serta akademik dipenuhi, calon-calon akan menempuhi satu lagi cabaran dan rintangan selama enam bulan bagi jawatan konstabel dan sembilan bulan untuk jawatan inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) bagi melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran kepolisan.
Komandan Pulapol Kuala Lumpur SAC Zulkifli Mohamad berkata tempoh latihan di Pulapol akan membolehkan mereka menjalani transformasi fizikal dan mental untuk menjadi anggota polis.
“Dua atau tiga bulan pertama mereka akan didedahkan dengan bentuk-bentuk latihan polis yang mencabar termasuk senaman.
“Tujuan latihan sebegitu adalah untuk mendisiplinkan serta mendidik sebagai persiapan bagi memikul tugas polis,” katanya.
Beliau berkata fasa kedua adalah proses memberi pendedahan ilmu dan pengetahuan dalam semua bidang kepolisan.
“Kita akan memberikan latihan yang menumpukan pada konsep ‘Security and Safety’,” katanya dan menambahkata mereka juga dilatih untuk memberikan bantuan perubatan sementara menanti kedatangan ambulans.
Tambahnya bagi fasa ketiga pula calon-calon sekadar dipantau akan penguasaan mereka terhadap segala latihan yang mereka telah lalui pada fasa pertama dan kedua. Zulkifli berkata latihan fasa pertama adalah peringkat yang paling sukar kerana ia menguji kekuatan mental dan kesediaan mereka menurut perintah kepimpinan
“Contohnya mereka akan dikejutkan semasa tidur untuk melakukan apa-apa tugasan tanpa sebarang bantahan dan ia dilakukan mengikut keperluan,” katanya.
Pada masa depan, katanya, sebuah pusat latihan simulasi yang baru siap akan membantu meningkatkan latihan mereka bagi melaksanakan dengan berkesan segala tugasan kepolisan.
MENDEDAHKAN KEPADA KERJA SEBENAR POLIS
Dalam fasa terakhir latihan, mereka akan didedahkan kepada tugasan sebenar anggota polis.
“Mereka akan dihantar ke luar daerah... sebagai contoh konstabel akan ditugaskan mengawal sekatan jalan raya. Mungkin semasa sekatan itu mereka akan menahan anggota polis yang menyamar sebagai penjenayah, atau mereka yang berkelakuan biadap atau menghulurkan rasuah.
“Dari situ kita dapat menilai kejujuran pelatih itu serta kemampuan mereka dalam menangani kerenah orang awam dengan sabar.
Beliau berkata bagi pelatih inspektor, mereka akan terbabit dalam latihan ‘Investigating game’, dengan pelatih sebagai contoh diarahkan membuka kertas siasatan berhubung jenayah seperti pelacuran dengan adaindidvidu tertentu yang cuba memberi rasuah.
“Selepas ini kita akan cuba mencari kaedah lain untuk menilai integriti pelatih polis dan bagaimana ciri mulia ini diterapkan dari peringkat akar umbi,” katanya. POLIS
BERINTEGRITI
Zulkifli yang memegang tampuk Komandan sejak dua tahun yang lepas menyimpan hasrat untuk melihat anak didiknya di Pulapol menjadi anggota polis yang berintegriti.
“Berintegriti maksudnya bakal polis ini harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan contohnya bila berhadapan dengan penjenayah dan orang awam selain mereka harus nampak segak di luaran dan mulia daripada segi dalaman,” katanya.
“Mereka harus dilihat sebagai anggota yang berintegriti apabila mula bertugas kerana mereka adalah barisan hadapan penjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Bagaimanapun, untuk melahirkan seseorang yang berintegriti pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh jurulatih polis.
Para jurulatih ini perlu mengubah pelatih-pelatih daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa dan pendidikan kepada anggota polis yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
“Dalam tempoh latihan mungkin akan berjaya mengubah sikap mereka kerana adanya pantauan namun apabila sudah tamat latihan mereka akan balik ke sikap asal kerana tiada pantauan lanjut,” katanya. Seterusnya beliau berkata apabila tamat latihan, anggota polis yang berpengalaman harus memainkan peranan memantau sikap anggota baru ini.
“Selepas tamat berkursus mereka telah memasuki alam pekerjaan, kelakuan harus dijaga supaya masyarakat tidak hilang hormat kepada mereka,” katanya.
PENGALAMAN BEKAS PELATIH
Seorang konstabel polis yang kini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Muhd Azuan Azzeham, berkata latihan di Pulapol cukup mencabar namun diharungi untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang anggota polis.
“Dalam lima bulan pertama kami menjalani latihan jasmani, kawad dan menembak... bagi latihan jasmani sebagai contoh kami kena menepati had masa yang telah ditetapkan,” ujar anak sulong dari dua beradik itu.
Azuan, yang bapanya seorang sarjan polis yang telah bersara, berkata sebagai latihan intensif perlu untuk melahirkan anggota polis yang berdisiplin.
- BERNAMA
Pengambilan Polis Di Raja Malaysia - PDRM Tahun 2012
http://myadha.blogspot.com/2012/03/pengambilan-polis-diraja-malaysia-pdrm.html
NORHAFIZAH BT MUSTAFFA
POLIS AKAN MENJAGA KESELAMATAN NEGARA DEMI RAKYATNYA, BAHAWA DENGAN INI TERTUBUHNYA RELA,JPAM DAN JUGA ANGGOTA SUKARELAWAN BAGI MEMBANTU POLISI DAN DASAR KERAJAAN.
RAKYAT DAN KITA SEMUA HARUS FAHAM DENGAN AGENDA PIHAK MUSUH, LUAR DAN PIHAK LAWAN YANG SENTIASA MENUNGGU MASA UNTUK MENJATUHKAN RAKYAT MALAYSIA. PERJUANGAN ORANG TERDAHULU SEBELUM INI ADALAH HARUS TIDAK KITA MELUPAKAN,MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN UNTUK KEMERDEKAAN NEGARA YANG KITA SAYANGI (MALAYSIA)
YANG BERKHIDMAT,
MALAYSIA ADALAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA
nama: muhd al siddiq bin saiful bahari oh
tarhkh larih : 09/09/1992
ketinggian : 177cm
berat : 95kg
akademik: spm dan teakwondo 1st dan
boleh ke sya nk masuk PDRM ???
Berat kna stabil. BMI jgn lebih 29 rasanya
Saya Dari Kecil bercita cita ingin menjadi polis..tapi saya ni rabun jauh..mesti tak pas nye..saya berharap sangat dapat jadi polis,mak saya pun berharap saya dapat jadi polis..berbakti untuk negara,says cemburu bila polis sedang menjalankan tugas.. Kalau la saya dapat tunjuk dekat mak saya yg saya pun boleh pakai seragam polis Dan berbakti untuk negara.. Nama HAFIZUDDIN B. ABD HALIM. I/c 911221105867. Tinggi 175 berat 65 kg. Pernah menjalani latihan PLKN. Pertandingan kawad naib Johan
Saya seorang wanita, berumur 25tahun, memiliki Ijazah Sarjana Kelas Pertama Undang-undang daripada Universiti luar negara, Berketinggian 168cm iaitu 5'6 dengan berat badan 58Kg Pencapaian tertinggi saya ialah sebagai Duta Kecil Malaysia di Korea selatan dan saya pemegang black belt taek kwon do serta saya pernah menjadi juara 3 kali berturut-turut. Sewaktu di sekolah menengah sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, saya telah mengikuti Pertandingan Kawat Kaki dan telah menjuari pertandingan kawat kaki tersebut sebanyak 5 kali berturut-turut. Saya juga pernah mengikuti perkhemahan Kadet Polis dan memenangi tempat pertama. Adakah saya layak memohon jawatan Inspektor?
Asalamualaikum,Kalau berminat nak kerja ni, sila mohon jawatan di http://www.spa.gov.my dan selalu la update maklumat terkini. Nasihat saya berusaha, Insyallah pasti berjaya :)
saya mohamad azwan..baru baru ni saya dpat panggilan pemeriksaan fizikal bagi jawatan inspektor..dalam surat tu minta ijazah tapi saya cuma ada stpm sahaja.. runsing dibuatnya. ada sesiapa boleh membantu? terima kasih
Salam.. saya nur farhana..... saya baru dapat surat panggilan pemeriksaan fizikal bagi jawatan inspektor .... dalam surat nak lulusan ijazah tapi saya lulusan diploma.... saya berminat sangat bekerja dengan PDRM... saya jadi musykil .... boleh beri penjelasan... terima kasih...
Nama: Nuratiqah Binti Rosli .
Umur: 19 tahun
Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang anggota polis .memang dari kecil lgi sya minat sangat dengan bidang ni.berat saya 40 je,tinggi 153 camtu lah ..akedemik xtau lagi lah bleh diterima k x.tapi alangkah bersyukurnya saya kalau diberi peluang untuk ditemuduga kan?sape xnak .tapi andai kate time saya ditemuduga tu dorang cakap saya xlayak,1 je saya mintak .tolong bagitau saya apa yang kurang pada diri saya ni .insya'Allah sya terima dengan hati terbuka.eh,dlm ckap2 ni lupa nak tanya.mintak polis nk berape kredit eh?
Polis , betapa ramai yang mengimpikan, tak kurang ramai yang mengeji...! Kepada yang begitu berminat , berusahalah, dah jadi polis..TAHNIAH..
Kepada yang mengeji lihat sekeliling anda... Tanya diri sendiri... bolehkah anda hidup aman damai tanpa POLIS...
Assalamualaikum, Nama saya muhammad syahrin , saya berumur 17 tahun sekarang ni... Saya nak tanya, kalau tinggi saya 178 tapi berat saya 80 Lebih dan Rabun jauh, tapi saya ade sijil pangkat kopral untuk kadet polis, sijil untuk P.R.B dekat balai polis ulu kinta perak, sijil PRB untuk membantu polis dekat Kuala kubu baru dan sijil buka pasang senjata dekat ipd usj 8. Adakah saya akan layak memasuki polis.
Assalamualaikum..,saya ingin bertanya apa ka syarat kelayakannya..
Sya MOHAMMAD ARIFFIN BIN ZAINUDDIN umur 22 sya ada mhon polis di spa8i jwtan konstabel sokongan saya harap tuan bgi prluang kat saya untuk menjadi seorang anggota polis,sya minat..sblum ni sya ada msuk askar simpanan askar wataniah,sya nk mhon askar tk dpt,spm sya truk cuma lulus dan 1 credit je,jadi sya try mhon polis konstabel sokongan sya harap rsult pmr dn spm dpt membntu untuk mendapatkan jawatan yg saya mohon..tuan bgilah sy prluang tok jadi polis..tiap bulan sya check google tgok pngambilan pdrm ada buka or tidak..sya tknak trlepas pengambilan pdrm,saya cuba mohon..kalau tk dpat sya mhon. smpai dpt..saya akan usaha !!
Untuk constable sokongan boleh gunakan pmr..bm kena kredit(c ,b atau a).dan 4 matapelajaran lain lulus termasuk matematik dengan gred D
Saya pelajar lepasan spm..adakah keputusan spm msti bgus untuk memohon...saya tidak kisah akan pangkat kerana saya berminat...mnta penjelasan akan
Ya .syarat spm bm kredit dan 2 subjek lain
assalamualaikum..nama sy mahirah binti ahmad..cita2 sy dr kecik nk jd polis..sy apply dr abez spm smpi la sy dh de lulusan diploma,xprnh di pgl intrview..skrg pon umur dh 26thn..hrp2 1 hari de rzki sy dlm pdrm ni..terima kasih..
Assalamualaikum...sy idris bin darwis...sy ingin sy nk msuk polis....sy nk bantu kuarga sy....sy xnk tgk mak sy idop ssh..tp satu jela sy nie rabun jauh....klau bleh dpt pertimbangkn....sy btl2 minat sgt2...
untung korang semua tinggi2. aku baru nak habis diploma. apply pun Sergeant je nanti. tinggi pun 165cm ngam2 je. malu jadi paling pendek nanti. hadoih..
Saya bercita cita nk jadi polis undercover
NAMA SAYA MOHAMMAD FAIZAL BIN AHMAD...
UMUR 23 TAHUN
DARAH O
TINGGI 173 CM TANPA SEPATU
BERAT 73 KG
LELAKI
TIADA REKOD JENAYAH LAMPAU
MEMOHON JAWATAN KONSTABEL YA 1
ADA DIPLOMA
STATUS PERMOHONAN SUDAH 3 TAHUN
SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MENJADI POLIS..
TETAPI KENAPA SAYA TIDAK MENDAPAT PANGGILAN SUDAH 3 TAHUN PERMOHONAN
ada sapa2 x yg pnah buat mit test utk inspektor kat sini? dia psiko ke macam mana ea?? anyone..
Mit ujian berkomputer ya..soalannya seperti adakah anda pernah mencuri..adakah anda pernah mengambil dadah..dan soalan2 betkaitan
Saya pernah lalui exam MIT tu. Nmpak macam Senang boleh jawab tapi kalau silap jawab memang gagal. Sebab soalan soalan nya akan di ulang dlm konsep yg sama tapi bentuk soalan je lain. Contoh nya, soalan: apakah warna kesukaan anda? Ada 4 jawapan : biru, merah, kuning ,oreng . Awak pilih merah. Soalan last atau second last atau soalan tengah2 dia akan ulang blik soalan tadi, konsep yg sama warna jgak. Contoh soalan: apakah kereta kesukaan anda? Ada 4 jawapan: kereta warna biru, merah , kuning, hitam. Tapi awak jawab kereta warna hitam. Salah la jawapan awak. Sebab sepatut nya awak pilih kereta warna merah. Lbih kurang camtu la soalan nya. Ok? Selamat berjaya.
pengambilan untuk anggota wanita bila ye...hmmm
Perempuan berkahwin boleh mintak polis ke?
Saya berminat jadi anggota polis, cita cita saya sejak kecil lagi interview sdh 3 kali tapi masih tak dpt lagi...smpai skrg saya masih berharap dpt menjadi anggota polis walau dah berapa kali mencuba tapi tak dpt saya masih tak putus asa...ini impian saya jadi anggota polis. Walaupun kecewa sbb tak dpt saya masih tak putus asa akan trs mencuba...
Assalammualaikum
Nama saya : Siti Nurulsyafika
Umur : 19 thn
Tinggi : 160cm
Berat : 60kg (boleh diet kan)
Saya dari kecil memang minat nak jadi polis, sangat jealous dengan polis2 yang lalu or tengah bertugas..
Saya baru nak ambik SPM persendirian..
Credit nak jadi polis BM,N Math ke? Kalau tak Ada PMR boleh ke ? Hemm hope boleh sangat minat nak jadi polis..
Saya nak jdi polis tapi spm sya gagal :-( boleh kh sya jdi polis kalau gagal spm?
Salam,bolehkah lepasan degree kaunseling memohon pangkat inspektor.
Nama : Tan Qin Jie
Umur : 21
Pengajian: Diploma dalam Business Administration dan nak terus degree dalam akaunting
Berat :148Kg
Impian saya jdi srg polis, tgh diet (dah kurus 20kg), masyarakat cina sekeliling saya pelik knp saya nak sertai PDRM? katakan mereka cina susah masuk PDRM. Tapi aku pasti berjuang sampai berjaya
Asalamuakaikum..
Nama mohd nur hafiz hafizi
Umur 21
Sya nak bertanya kalau seseorang yang mempunyai rekod polis layak masuk polis atau tidak layak ?
Saya Radsmin bin biskal
Umur 25
Tinggi 168
Berat 58
Kelulusan spm
Saya berminat untuk menjadi seorang polis..^^
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Assalamualaikum Hi Saya nor Farahanum
Umur :18
tinggi :162
Berat :65( On Diet )
Saua bercita2 ingin menjadi Seorang anggota polis sejak dari umur 13 tahun. kalau diizinkan Allah. Say ingin meneruskan cita2 saya. saya ingin menjadi salaj seorang dari anggota polis wanita bahagia jenayah. saya ingin membanteras gejala yg sering berlaku di malaysia masa kini. selain itu saya ingin membuang perasaan takut dalam diri saya. Saya selalu berharap. kalau larh saya sekarang berada dibalai sambil menjalankan tugas. kalau ada info pengambilan anggota polis. izinkan sy utk ketahui . saya terlalu ingin dan berminat utk menjadi anggota PDRM. Terima Kasih
Salam. Pembetulan. huhuuu
Kelayakan SPM- KONSTABEL
Kelayakan Diploma/STPM- SARJAN
kelayakan Degree- INSPEKTOR
Nama:Muhammad Tirmizi
Umur:17thn
Tinggi:165
Berat:51
kelayakan:spm
Assalamualaikum sy nk tny boleh tk memohon jwtn Konstabel YA1 kalau gagal mth tp mtpljrn sy yg lain lulus dan mndpt 5kepujian trmsuk bhsa Melayu.. Sy berminat sgt dgn PDRM sejak dr sekolah rendah lg hrp Tuan/Puan dpt beri penjelasan sekian terima kasih...
Nama:Muhammad Tirmizi
Umur:17thn
Tinggi:165
Berat:51
kelayakan:spm
Assalamualaikum sy nk tny boleh tk sy memohon jwtn konstabel YA1 sbb mth sy fail tp mtpljrn yg lain semuanya lulus dan mndpt 5kepujian trmasuk bhsa Melayu.. Sy amat berminat utk menyertai PDRM sejak dr sekolah rendah lg sy hrp Tuan/Puan dpt beri penjelasan sekian..
nama: LAI QILI
kelayakan:lulusan ijazah univesiti
umur:28 tahun
tapi ada rabun jauh boleh tak apply jadi polis?
berapa had umur untuk menjadi anggota polis
apa kelayakan minima untuk layak memohon sebagai anggota polis .. adakah berbeza antara lelaki dan wanita dari segi berat badan dan ketinggian
Saya ingin menjadi anggota polis... Tapi fizikal saya ada yg kurang.. Ketinggian saya sekarang cuma 1.59 cm saya perlukan bnyak lagi usaha... Umur saya bru 19 tahun... Saya cuma ada kelulusan SPM dan PT3.. Nasib je lh kan2...
Saya dah lepas semua peringkat tapi bila sampai perinhkat temuduga dia kata anda tidak berjaya ke peringkat temudga kenapa ya..aduhh adakah keputusan MIT mempengaruhi proses temuduga
Salam sejahtera dan salam satu malaysia
Nama: Felix benny kon
Umur:23
Tarikh lahir:06.03.1996
Jantina: L
Berat :79
Tinggi:178
Akademik: spm, anggota kadet polis sekolah,olahgarawati
Saya amat minat utk menjadi polis sejak dari kecil. Saya harap pihak than pertimbangan memohon saya.Terima kasih
Saya nurul izzah Binti mat saman berumur 18 tahun sye nak tanye kalau ade pt3 je boleh tak jdi polis sebb saya memang minat sangat nk jdi polis saya nk jdi macm ayah saya ade peluang tak untuk saya jadi polis saya harap sangat2
boleh tak kalau saya nak tanya, sekiranya saya mohon polis skrg tetapi result degree saya belum keluar. sekiranya result degree saya dah keluar nanti, bole tak kalau saya update balik permohonan itu.
boleh tak kalau saya nak tanya sekiranya saya mohon polis buat masa sekarang tetapi result degree belum keluar, boleh tak saya update permohonan tu balik nanti sekiranya result degree dah keluar?
Boleh kan sya mintak polis SPM x berapa cantik
Hello,saya ingin bertanya apakah sijil matrikulasi melayakkan saya untuk memohon Sarjan YA5?
penerangan anda sangatlah saya hargai..terima kasih