Top Ad 728x90

Tangguh gaji minimum baru pengawal keselamatan

Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini bagi memberi lebih masa kepada pihak industri berkenaan mengemas kini operasi mereka.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan, semalam, menyebut penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu dibuat selepas meneliti rayuan dan maklum balas daripada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).

"PPKKM memaklumkan pelaksanaan itu akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.

"PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah ini untuk membolehkan mereka mengambil tindakan untuk mengemaskini operasi.

Selepas mempertimbangkan perkara itu, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Perintah Peraturan Gaji ini buat sementara waktu," katanya.

April lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subrmaniam mengumumkan kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,100 hingga RM1,450, mulai 1 Julai depan.
Ketika ini, pekerja sektor keselamatan itu menerima gaji pokok antara RM300 hingga RM400.

Dr Subramaniam juga dilaporkan berkata, keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

Bagaimanapun, PPKKM meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal keselamatan itu bagi mengelakkan 300 syarikat pengawal keselamatan Bumiputera di negara ini gulung tikar.

Presiden PPKKM, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, pihaknya memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kontrak perkhidmatan yang membabitkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90