Top Ad 728x90

Denda RM1j perdagang orang

Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Perkara tersebut terkandung dalam Fasal 10 rang undang-undang itu yang menaikkan denda bagi kesalahan tersebut yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama juga menetapkan bahawa segala keuntungan diperoleh daripada kesalahan tersebut oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan.

Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran.

Seksyen-seksyen di dalam bahagian itu secara khusus menjadikan eksploitasi migran dan penjanaan keuntungan haram daripada pemerolehan kemasukan atau penetapan migran berkenaan sebagai suatu kesalahan.

Turut dipinda ialah Seksyen 63 Akta 670 untuk memperuntukkan penalti terhadap sesebuah pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Ia termasuklah penalti lebih berat bagi pesalah berulang dan jika mereka (pesalah) bertindak secara bekerjasama dengan orang lain atau lebih daripada seorang semasa melakukan kesalahan itu.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90