Mohd dan Ziana Zain Juara Mentor 4


SHAH ALAM: Persembahan hebat disamping memiliki bakat yang tersendiri menyakinkan pihak juri dan peminat untuk menobatkan Mohd sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini.

Sememangnya keputusan yang sudah dijangka itu turut memperlihatkan persaingan sengit dengan ketiga-tiga finalis mempunyai kekuatan tersendiri. Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan mohd Nor mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100 000.

Mentor yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2005 itu menyaksikan Pija sebagai juara pertamanya manakala Fiq pula menggenggam gelaran itu pada musim kedua setahun selepas itu, manakala Black menempatkan namanya untuk musim ketiga.

Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Binta dan Bujang Senang. Tempat kedua dimenangi oleh Adi HamizJohar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat.

Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000. Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus.

- MSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url