Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Nota Peperiksaan Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Peperiksaan Kerajaan. Papar semua catatan

PANDUAN SOALAN EXAM PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

by
 


3 NOVEMBER 2012 ini akan diadakan Peperiksaan Penolong Penguasa IMIGRESEN Gred KP27. Anda boleh semak nama di : http://domino.spa.gov.my/sispek/jadual_am_PenImigresen.php?jawatan=Penolong%20Penguasa%20Imigresen%20Gred%20KP27&pemerolehan=SM20120024

Khas untuk peperiksaan ini, anda bernasib baik kerana ada rujukan khas untuk jawatan Penolong Penguasa IMIGRESEN Gred KP27.

Peluang tidak selalunya datang. Jadi jika anda dipanggil untuk peperiksaan Gred 27, jangan lepaskan peluang, terus sambar!

Cara nak lulus senang sahaja, 3 perkara!

1 - Buat persediaan
2 - Hadir peperiksaan
3 - Jawab soalan!

Tapi APA dan BAGAIMANA untuk buat persediaan?

Jawapannya ada di sini. Lengkap dengan NOTA, TIPS dan CONTOH SOALAN Peperiksaan. Terus ke: http://www.penolongimigresen.com/hop.php?ref=my



Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam

by


Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta


1. Menghargai Masa

Amalan Positif
-Menepati Masa
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong
-Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan
-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
-Berniaga di Waktu Pejabat
-Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tiada Sence Of Urgency
-Tidak Merancang Pekerjaan
-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan.
- Bercita-cita tinggi
- Sanggup berkorban

Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk
mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif

Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan

Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif
* Tenang menghadapi masalah rumit
* Mempunyai perhitungan jauh
* Tahan menerima cabaran
* Tidak putus asa
* Pemaaf dan berhemah tinggi
* Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif
* Cepat mengalah
* Berpandangan sempit
* Tidak tahan menghadapi kesusahan
* Tidak sanggup berkorban
* Takutkan cabaran
* Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif
* Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
* Tidak menghargai bakat yang ada
* Memperkecilkan usaha orginal
* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif
* Berani mencuba
* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
* Sentiasa dalam cabaran intelektual
* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif
* Takut menemui kegagalan
* Memandang remeh usaha orang lain
* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
* Pemikiran tidak dinamik
* Tidak suka pembaharuan
* Tidak sabar dalam penciptaan baru



http://www.facebook.com/pages/Persediaan-Temuduga-Info-Pendidik/187168901361894

FORMAT & SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PEGAWAI TADBIR NEGERI N41 (PTN TERENGGANU)

by
SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR NEGERI N41

BAHAGIAN I - (ANIKA PILIHAN)

SEKSYEN A - 40 SOALAN (40 MINIT)

- SEJARAH

- PENGETAHUAN AM

8.45 PAGI - 9.25 PAGI

SEKSYEN B - 50 SOALAN ( 1 JAM )

- KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENGUASAAN BAHASA

9.45 PAGI - 10.45 PAGI

BAHAGIAN II - ESEI ( 350 - 450 PERKATAAN )

BAHASA MELAYU - 11.15 PAGI - 12.15 PAGI ( 1 JAM )

BAHASA INGGERIS - 12.45 T/HARI - 1.45 PETANG ( 1 JAM )

RUJUKAN :

1. SEJARAH NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

2. BUKU CITRA KARYA - INTAN

3. HTTP://WWW.TERENGGANU.GOV.MY

4. AKHBAR / MAJALAH SEMASA


ARAHAN KEPADA CALON :

1. Calon-calon mestilah mematuhi Arahan Ketua Pengawas.
2. Calon-calon mesti berada di tempat duduk masing-masing lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
3. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap-cakap atau berhubung dengan calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
4. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga puluh (30) minit dari masa peperiksaan dimulakan.
5. Calon-calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat ini/Slip Arahan Calon;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Alat tulis seperti Pen, Pensil 2B atau BB dan lain-lain.
6. Calon-calon yang mengambil peperiksaan hendaklah sentiasa berpakaian kemas.
7. Ketua Pengawas boleh menahan seseorang calon daripada meneruskan peperiksaan jika didapati engkar kepada arahan.


SEMAKAN PANGGILAN PEPERIKSAAN boleh dibuat di : http://calontcs.terengganu.gov.my/semak_ptn.php

Semakan Panggilan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 - 19 Mei 2012

by
Kepada calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 (PTN),
boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41
yang akan diadakan pada 19 MEI 2012 (SABTU) di :
http://calontcs.terengganu.gov.my/semak_ptn.php

Sila cetak dan bawa semasa hari peperiksaan tersebut.

Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
http://spn.terengganu.gov.my

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD M41

by


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD M41

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 45 minit
Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90