Kata-kata Hikmah
2.Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua
3.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
4.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah
5.Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya
6.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan
7.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa
8.Percayalah cinta pandang pertama
9.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini
10.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar
11.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka
12.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas
13.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar
15.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar
17.Berpeganglah kepada (3) R:
-Rasa hormat pada diri sendiri
-Rasa hormat kepada orang lain
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar
19.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu
20.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar