Terengganu sasar 40 emas di SUKMA 2008

Kerajaan Negeri mensasarkan untuk meraih 40 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang akan bermula pada 29 Mei ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata beberapa atlit tempatan yang pernah mewakini negara dalam beberapa kejohanan antaranya Sukan Sea, Korat, Thailand dan Kejohanan Lumba Basikal Asia meraih pingat emas kini mampu memberi sumbangan pingat kepada Negeri Terengganu menerusi Sukma XII.

Antara sukan yang dijangka mampu menyumbang pingat emas termasuklah lumba basikal, taekwondo, silat, tinju, olahraga, memanah, hoki wanita, sepak takraw, boling padang, kenu, karate do, judo dan menembak.

Untuk memberi semangat dan mengiktiraf sumbangan para atlet, Kerajaan Negeri nenyediakan habuan wang tunai dan insentif lain terutamanya kepada altet berjaya menggondol pingat emas, perak dan gangsa dalam kejohanan dwitahunan yang terbesar di Malaysia ini.

Dengan jumlah atlit paling ramai dalam sejarah penyertaan tempatan iaitu 513 atlet dan 95 pegawai kontinjen, kejayaan dapat dicipta lebih-lebih lagi di bumi sendiri.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata demikian pada dalam ucapan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen SUKMA XII Terengganu 2008 di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman (UDM) Kampus Kusza, Gong Badak, semalam (25 Mei).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan Dan Alam Sekitar Negeri, Yb. Toh Chin Yaw; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mokhtar Nong; Pengarah Majlis Sukan Negeri, En. Rosdi Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma XII Terengganu 2008, Tuan Haji Arpin Draman.

Menurut Dato’ Ahmad atlet yang memperoleh pingat emas akan menerima ganjaran wang tunai RM3, 000 manakala bagi bagi pingat perak menerima RM1, 500 dan gangsa juga menerima RM750.

Bagi acara berpasukan pula, atlet turut menerima RM3,000 bagi setiap atlet yang memperolehi pingat emas, RM1,500 bagi pingat perak dan RM750 untuk pingat gangsa.

Bagi atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan, RM1, 000 diberi kepada atlet berkenaan.

Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri bersedia membawa pemenang pingat emas lawatan sambil belajar ke luar negara.

Tidak cukup dengan itu, insentif serta merta selepas kemenangan acara berpasukan dan individu turut dijanjikan iaitu RM200 untuk pingat emas, RM150 pingat perak dan RM75 bagi pingat gangsa untuk setiap atlet.

Dalam majlis itu juga, Dato’ Ahmad turut mengumumkan menambah elaun bulanan kepada para atlet kepada RM300 sebulan.

Temasya Sukma XII bakal berlangsung bermula 29 Mei hingga 9 Jun ini membabitkan hampir 10,000 para atlet dan pegawai dari seluruh negara menyertai temasya dwitahunan itu.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url