Novel Keliru (Bhg 2)
"Morning," sapanya sambil mencapai sebotol air susu di dalam peti sejuk dan di tuang sedikit di dalam cawan yang menjadi kegemarannya. "Mana abang?" tanyanya kehairanan. Selalunya abangnyalah yang bangun lebih awal dan sepatutnya dia sedang duduk mengadap televisyen menonton cerita kartun.
"Abang kamu, jangan tanyalah pasal dia pagi-pagi Sabtu yang indah ini. Masa cuti sekolah, jangan haraplah dia hendak berada di rumah," ujur Puan Suria sambil duduk membaca surat khabar. "Awal pagi lagi dia dah keluar, berpakaian segak bergaya. Tak lain dan tak bukan pergi berpoya-poya."
Liana mengeluh lemah.
"Bosannya kalau ada abang macam ini. Asyik berpoya-poya saja."
"Jadi, kamu juga patut berpoya-poya seperti abang kamu,? cadang Puan Suria dengan nada selamba. Hampir tersembur air susu yang di minum oleh Liana ke muka mamanya.
"Kenapa?," tanya mamanya kehairanan. "Mama silap kata atau kata mama betul?."
"Apa mama merepek ni?," tanya Liana terbatuk-batuk kecil.
"Apa? Mama kata tak betul ke?," tanyanya lagi. "Liana, kalau kamu tak berpoya-poya seperti abang kamu, masakan kamu boleh cari lelaki yang betul-betul yang cintakan kamu. Sama ada kamu percaya atau tidak, abang kamu sedang berkerja keras mencari jodohnya. Dia bukannya saja-saja hendak pikat perempuan dengan muka kacaknya. Perempuan zaman sekarang ni, suka sangat tengok lelaki kacak dan kaya. Percayalah, dengan berpoya-poya juga kamu akan mengenali dunia," terang ibunya.
"Mama? mama sedar tak apa yang mama cakapkan ini?," mamanya hanya mengangguk. "mama sedang mengajar anak mama jadi perempuan yang suka berpoya-poya atau lebih tepat lagi Playgirl. Liana tak percaya!," keluh Liana.
"Mungkin, dahulu mama ni seperti apa yang mama cakapkan dan sebab itulah ayah tinggalkan mama."
"Maaf, ada sedikit pembetulan, bukan ayah tinggalkan mama tapi mama yang tinggalkan ayah kamu," Puan Suria hanya tersenyum manis. "Kami kahwin kerana terpaksa atas desakan nenek kamu dan tiba masanya kami putus."
"Yelah tu dah banyak kali Liana dengar cerita cinta monyet ini. Kalau Liana beritahu kawan-kawan Liana tentang keluarga pelik kita ini, mesti mereka tidak akan percaya dan menganggap kita daripada sebuah planet yang lain."
"Kamu terpaksa percaya!."
Syazwan terduduk kepenatan sambil meletakkan reket tennis miliknya itu di sebelahnya. Dia mencapai sebotol air mineral yang di bawanya dari rumah tadi dan meneguknya sedikit. Dia hanya melihat beberapa ahli Kelab Tennis sekolahnya berlatih bersungguh-sungguh di bawah sinaran pagi matahari yang makin meninggi. Sehelai tuala kecil yang di sangkutkan di lehernya di lap pada mukanya yang di basahi peluh.
Tiba-tiba handset miliknya berbunyi sederhana kuat. Dia pantas mencapai begnya dan mengeluarkan handsetnya dan segera dia menjawabnya.
"Aya?," tanyanya Syazwan kehairanan apabila menjawab panggilan tersebut. "Kenapa ni?," tanyanya kehairanan.
Pelik juga sebab Aya tidak pernah menghubungi dia dan dia pun tidak pernah beritahu nombor handsetnya kepada Aya.
"Aku sekarang di Shopping Mall dan ada masalah sikit," beritahu Aya di hujung talian. "Aku kehilangan list buku yang hendak di beli, boleh kau tolong aku?"
Kedengaran keluhan kecil dari Syazwan.
"Macammana boleh hilang?," tanyanya dengan nada agak lemah.
"Kau sibukkah?," tanya Aya kembali. "Kau di mana?."
"Ada latihan di gelanggang tennis. Okey, kau tunggu di sana, aku akan datang sekejap lagi," ujur Syazwan sebelum menamatkan perbualan. Dia pantas memasukkan reket tennisnya dalam beg khas dan segera mencapai beg galas sebelum berlari ke arah seorang kenalannya di gelanggang tennis. Tidak lama selepas itu, Syazwan berlari ke sebuah kereta Proton Wira miliknya.
Aya menutup handsetnya kembali. Dia mengeluh lemah. Bagaimana dia boleh begitu cuai sangat sehinggal list buku yang Syazwan suruh beli beberapa minggu lagi hilang apabila sampai di sebuah kedai muzik. Dia hanya boleh berdiri di situ dan tunggu Syazwan datang. Aya melihat jam pada tangannyanya. Hampir pukul 11 pagi. Entah berapa lamakah dia akan berada di situ? menunggu kedatangan Syazwan.
Aya terpandang sebuah kedai buku POPULAR tidak jauh dari tempatnya berdiri. Baru saja hatinya tergerak hendak kesana sementara menunggu kedatangan Syazwan, matanya terpandang seseorang yang amat di kenalinya di sebuah restoran KFC di bawah. Gaya macam dia kenal? tapi?
"Syazwan?,? tanyanya kehairanan.
Benar! Matanya tidak tipu? dia melihat Syazwan sedang lahap makan bersama? seorang perempuan. Mereka nampak begitu mesra. Tapi, gaya perempuan itu juga macam dia pernah kenal... Senior Atiqah! Jerit hatinya. Siapa yang tak kenal Senior Atiqah? Satu sekolah kenal Senior Atiqah, pelajar tingkatan 5 di sekolahnya dan seorang yang amat berpengaruh. Dia bukannya sebarang perempuan yang tangkap lentok dengan kebanyakkan lelaki. Dah banyak Senior lelaki cuba memikat Senior Atiqah tapi langsung tidak di hiraukan olehnya. Tapi, kini dia dengan Syazwan?!
Memang sukar dia hendak percaya. Walaupun hubungannya dengan kebanyakkan lelaki kurang menyenangkan tapi dia kenal Syazwan. Dia sudah bekerja dengan Syazwan selama dua tahun ini menguruskan Kelab Muzik dan dia amat kenal dengan Syazwan. Syazwan bukannya jenis lelaki yang mudah lentok apabila melihat perempuan. Syazwan, seorang yang tegas dalam kerjanya dan bukannya seorang lelaki yang suka berpoya-poya dengan perempuan.
Tapi? bukankah dia kata ada latihan di gelanggang tennis tadi? Aya menjadi semakin keliru. Entah dia benar-benar boleh percaya atau tidak dengan Syazwan. Tak silap, semalam baru saja dia dengar keluhan seorang yang di katakan di tinggalkan Syazwan. Tapi, benarkah? Atau
'Ah, buat apa nak peningkan kepala kerananya?,' fikirnya dan berlalu ke kedai buku POPULAR. "Biarkan dia habis bercinta dahulu?," Aya segera mengeluarkan handset miliknya dan memberi mesej kepada Syazwan yang mengatakan dia berada di kedai buku POPULAR.
"Kau patut bergembira," kata Hafizah sambil memimpin tangan Elyana yang masih bad mood itu. Dua lagi kawannya hanya mengangguk setuju.
"El, kami ajak kau keluar bukannya nak lihat muka monyok kau tu tapi mahu kau bergembira. Manalah tahu, kau jumpa seorang lelaki di sini," pujuknya lagi.
"Dan aku keluar pun bukannya sebab terpaksa?," akhirnya Elyana bersuara jua. Nada suaranya agak tegas sedikit. Mungkin masih marah lagi. "Aku cuma terfikir yang aku akan jumpa Syazwan di sini dan sebab itulah aku keluar ke sini. Aku hendak tengok sekali lagi, dan pastikan siapakah perempuan yang rampasnya daripada aku!," ujurnya sambil mengenggam kuat tin yang di minum tadi sebelum di campakkan ke dalam tong sampah tidak jauh di sebelahnya.
"Aku hendak pergi tandas sekejap," ujurnya dan berlalu dari situ tanpa banyak tanya.
"Elyana benar-benar dah jadi perempuan jahat," ujur Idayu bersuara sebaik sahaja kelibat Elyana hilang di pandangan matanya.
"Siapa yang akan pegang watak baik dalam dunia ini? Watak baik dah semakin pupus. Lagipun, kalau aku jadi Elyana dah lama aku gunakan teknik kotor untuk dapatkan kembali Syazwan, tapi percaya atau tidak Elyana ni seorang yang pengecut dan baik hati," ujur Aimi.
"Ya. Tapi, kenapa aku tak sabar sangat hendak lihat perangai buruk Elyana," tanya Idayu tiba-tiba membuatkan dua kawannya mengalihkan pandangan ke arahnya dengan penuh hairan. Kemudian mereka ketawa lucu.
"Eh... itu... ?" Hafizah menunjuk ke arah pintu masuk Shopping Mall yang tidak jauh dari mereka. Semua mata tertumpu ke arah seorang remaja lelaki yang baru melangkah masuk.
"Syazwan?!" ujur mereka serentak.
"Wow! Gerak hati Elyana begitu tepat sekali."
Syazwan berlari anak menuju ke kedai buku POPULAR setelah mendapat mesej dari Aya semasa dia sedang memandu tadi. Dia melihat jam tangannya, hampir jam 11.20 pagi. Nasib baik jalan raya tidak sesak jadi bolehlah dia sampai dengan cepat dan tidak perlu risaukan Aya yang akan menunggu lama di situ.
Dengan pakaian sukan dan berseluar pendek paras lututnya, dia menghampiri Aya yang sedang asyik membaca buku di sudut novel melayu. Perempuan memang suka sangat baca novel.
"Hey," sapanya perlahan tidak mahu mengacau para pelanggan yang sibuk memilih buku.
Aya kelihatan tersentak dan segera menutup novel yang di bacanya dan di letakkan kembali di tempat asalnya. Dia begitu terkejut dengan kehadiran Syazwan begitu cepat dari jangkaannya. Takkanlah Syazwan dah tinggalkan Senior Atiqah yang cantik itu dan jumpa dengannya tapi setahunya itu bukan pakaian yang di pakai Syazwan tadi. Ada masa pula hendak tukar baju?
"Kenapa pandang begitu?," tanya Syazwan kehairanan. "Aku bergegas ke sini dan tak sempat nak tukar pakaian. Kenapa? Aku nampak seksikah kalau macam ini?," tanya Syazwan lagi.
Segera Aya menggeleng. Dia benar-benar keliru kini. Memang tidak dapat di nafikan Syazwan nampak seperti baru saja habis main tennis. Tapi, siapakah yang di lihatnya bersama dengan Senior Atiqah tadi?
"Aya?" panggil Syazwan lagi sekali gus mengejutkannya bangun dari mimpi di siang hari. "Kenapa? Kau demamkah?" tanya Syazwan lagi.
"Err... tak," pantas dia menjawab.
"Jadi, apa lagi?. Jomlah kita pergi," ajak Syazwan. Tanpa membuang masa lagi, Aya berlalu keluar dari kedai buku tersebut bersama-sama Syazwan.
Entah kenapa dia dapat rasakan satu perasaan yang sukar di terangkan apabila dia dengan Syazwan berjalan seiringan dengannya. Macam dia berjalan dengan seseorang yang amat penting baginya. Takkanlah dia dah ada perasaan pada Syazwan 'Ah! Itu mustahil!' dia cuba untuk menafikannya.
Sementara itu tanpa di sedari oleh mereka berdua ada sepasang mata yang hanya melihatnya dari jauh. Dengan penuh dendam bercampur sedih. Elyana hanya dapat melihat Aya dan Syazwan berjalan seiringan melangkah masuk ke dalam Kedai Muzik. Dia cuba meyakinkan dirinya sendiri bahawa mereka tidak ada apa-apa hubungan sebab Aya dan Syazwan masing-masing memegang jawatan penting dalam Kelab Muzik tidak mustahillah kalau dia lihat Syazwan dan Aya berdua masuk ke dalam Kedai Muzik. Mesti ada kerja untuk mereka.
"Ah, aku terlampau ikutkan perasaan?" ujur Elyana sambil berlalu dari situ. Malas dia hendak kalau Syazwan dengan Aya. Dia segera berlalu mencari kawan-kawannya yang sedang melepak di tempat biasa.
"El!," panggil Hafizah dari jauh lagi. Dia tidak pernah panggil sebegitu kalau bukan ada berita panas. Dan yang pasti berita itu pasti berita basi. Mesti mereka ternampak juga Syazwan dengan Aya. "Teka siapa kami jumpa tadi?" tanyanya apabila Elyana menghampiri mereka.
"Aku dah jumpa Syazwan tadi," pantas Elyana berkata membuatkan mereka terdiam sekejap lagi.
"Dan kau tak terkejut ke? Dia dengan?" tanya Aimi kehairanan.
"Kalau dia dengan orang lain mungkin aku akan terkejut tapi dia dengan Senior Aya. Adakah aku perlu terkejut dengan seorang minat perempuan?" tanya Elyana kepada kawan-kawannya.
"Apa? Aya? Apa kena-mengena dengan Aya?" tanya Idayu pula. "El, kami nampaknya dengan Senior Atiqah! Senior Atiqah bukannya dengan Senior Aya!" beritahunya sambil tertawa lucu.
"Dan aku nampaknya dengan Senior Aya! Aku pasti perempuan itu Senior Aya."
"Mungkin kau silap tengok. Kalau kau tak percaya kau boleh pergi di restoran KFC sekarang dan lihat sendiri dengan mata kau," ujur Hafizah lagi. "Kami siap pergi dekat dengan mereka tapi Syazwan dan Senior Atiqah langsung tak perasan kehadiran kami. Dia buat kami macam tunggul. Tapi, memang pun. Kita bukannya kumpulan yang popular di sekolah," keluh nya dengan lemah.
"Jangan nak buat cerita sedih di sini pula," celah Aimi kepada Hafizah. "Popular atau tidak, itu tidak penting sekarang. Apa yang penting, kita pergi siasat siapakah Syazwan punya date sekarang."
"Betul!" sokong Idayu sambil menarik Elyana berlalu pergi ke restoran KFC yang di katakan oleh mereka bertiga tadi. Tapi, dalam fikirannya masih tersimpan rasa keliru. Dia yakin bahawa orang yang di lihat bersama Syazwan tadi adalah Senior Aya bukannya Senior Atiqah.
"Tak pernah aku buat temu janji dengan seorang perempuan dengan kesudahan tidak sampai 2 jam," kata Shafiq kepada teman wanitanya, Atiqah di hadapan pintu utama Shopping Mall. Atiqah hanya tersenyum manis. Ah, boleh jatuh iman aku, detis hati Syafiq. "Jadi, kau benar-benar kena pergi ke?" tanya Syafiq lagi.
Angguk.
"Kau dah tahukan yang abang aku telefon tadi dan minta tolong aku temankan dia pergi beli barang untuk adik aku. Lagipun, abang aku tak tahu tentang aku keluar dengan lelaki dan kalau dia tahu, aku tak tahu apakah yang akan berlaku pada kau nanti. Mungkin akan datang ke sekolah dengan mata yang lebam sebelah," ujur Atiqah.
"Kau tak mahu aku hantar kau?"
"Gila. Kalau abang aku nampak kau bagaimana?" tanya Atiqah lagi. Shafiq hanya mengangguk faham.
"Tapi, aku hendak lihat wajah abang kau juga. Sehodoh seperti aku sangkakan ke?"
"Suka hati kaulah," ujur Atiqah sambil melangkah keluar dari Shopping Mall. Dia sempat menjeling ke arah Shafiq yang hanya menunggu di hadapan pintu turut menanti kedatangan abang Atiqah. Tidak lama dia menunggu, sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Atiqah tanpa berlegah lagi segera melangkah masuk ke dalam perut kereta tersebut dan mengerling sejenak ke arah Syafiq. Syafiq melambai ke arahnya. Kereta di pandu laju.
"Jadi, ada apa-apa maklumat?" tanya seorang lelaki di sebelahnya.
"Maklumat?!" tanya Atiqah kembali dengan marahnya. "Dia asyik tanya aku banyak soalan yang tak masuk akal. Siapa sangka Syazwan macam ini."
"Dengar berita Elyana mangsanya yang terbaru," beritahu lelaki itu.
"Ah, sejak bila Shahrul, boyfriend aku ni pandai mengumpat orang?" tanya Atiqah dengan jelingan agak tajam.
"Bukankah berita ini sudah tersebar satu sekolah?" balas Shahrul. "Hey, bagaimana kau boleh lepaskan diri daripada buaya darat yang berpura-pura itu?" tanya Shahrul lagi. "Apa alasan kau kali ini?"
"Aku kelentongnya abang aku call dan hendak jemput aku."
"Kau ada abangkah?" tanya Shahrul lagi.
"Abang sayang," ujur Atiqah sambil tersenyum ke arah Shahrul. Shahrul hanya menggeleng saja.
"Jadi, apa langkah seterusnya?"
"Langkah apa?" tanya Atiqah kembali.
"Bukankah kau kata Syazwan macam dah tangkap lentok dengan kau. Apa lagi? Inilah masanya, kau perlu balas dendam demi kawan-kawan kau yang dah tertipu olehnya."
"Kenapa? Kau cemburu?," tanya Atiqah.
"Siapa yang tak cemburu kalau girlfriend dia keluar dengan lelaki lain."
"Okey, Plan A akan bermula tak lama lagi."
"Plan A. Dah ada Plan dah? Begitu cepat.?
"Hey, kalau hendak balas dendam, kita perlu cepat fikir langkah seterusnya. Sebenarnya, Plan A ni dah lama aku fikirkan. Sebelum berpura-pura bertemu dengan Syazwan di Shopping Mall lagi," ujur Atiqah.
"Dan hendak beritahu aku?"
"Okeylah, aku terpaksa beritahu kau sebab, kau juga terlibat dalam Plan A ni. Tolong kata ya sebab tanpa kau Plan A ni tak akan berjaya."
"Okey, walau bagaimana pun untuk kau, aku terpaksa bersetuju. Ya. Aku akan tolong kau selesaikan buaya darat itu."
"Macam itulah kekasih aku," Atiqah terus berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh kekasihnya itu. Selepas ini, dia berharap sangat rancangannya hendak kenakan Syazwan akan berjaya. Dan pada saat itu barulah hatinya akan puas apabila Syazwan pula di permainkan oleh perempuan.
"Err... kerja aku dah selesai dan aku nak balik dahulu,? ujur Aya sebaik sahaja keluar dari Kedai Muzik.
"Awal lagi. Apa kata kalau kita makan dahulu?" tanya Syazwan dengan selamba.
"Maaflah, aku keluar awal pagi. Dan masih belum masak untuk adik-adik aku lagi. Kasihan mereka di rumah," ujurnya lagi. Bukannya dia sengaja memberi alasan tapi bila teringat adik-adiknya di rumah rasa tak sampai hati pula hendak makan di luar bersama Syazwan sementara adik-adiknya kelaparan di rumah.
"Adik-adik kau suka makan apa?," tanya Syazwan.
"Hah?"
"Apa makanan kegemaran adik kau?" tanya Syazwan lagi. Belum sempat Aya menjawabnya handsetnya berdering dengan kuat. Aya segera menjawabnya.
"kakak kat Shopping Mall ni, sekejap lagi kakak balik," ujur Aya perlahan sementara Syazwan asyik memandangnya. Gerun juga dia melihatnya. "Apa? KFC? Maaflah, kakak tiada duit hendak?," belum dia habis bercakap dengan adiknya, Syazwan pantas merampas telefon di tangan Aya. Terkejut Aya di buatnya.
" nanti Kak Aya belikan KFC," pantas Syazwan berkata. "
Ini siapa yang bercakap?" tanya Syazwan lagi. "Ana?, Baiklah Ana, kata pada semua adik-adik Ana, Kak Aya akan bawa KFC balik nanti. Jadi, duduk baik-baik dekat rumah dan jangan gaduh-gaduh tau," ujurnya sebelum menamatkan perbualan. Dia memberi telefon pada Aya kembali.
"Adik kau mesti comel bukan?" tanya Syazwan.
"Err... " dia hilang kata-kata. "Syazwan... ."
"Jom kita pergi beli makanan, nanti adik kau tertunggu-tunggu pula. Jangan risau, nanti aku akan hantar kau balik supaya kau cepat sampai. Sebelum itu makan dahulu dengan aku? Aku tak suka makan seorangan.?
Hendak tak nak Aya terpaksa ikut Syazwan. Dia tidak pernah lihat lelaki yang baik hati seperti Syazwan itu. Mana tidaknya, selama ini dia sengaja hindarkan dirinya daripada lelaki. Di sekolah, banyak lelaki yang cuba memikatnya tapi langsung dia buat tidak endah. Baginya lelaki semuanya sama. Buaya darat tapi? Syazwan lain. Wujud lagikah lelaki yang baik seperti Syazwan itu. Atau Syazwan juga pakai topeng seperti lelaki yang lain.
"Syazwan banyak ni?," ujurnya dengan penuh serba salah.
"Jangan risau aku belanja," balasnya.
"Tapi?" dia masih berasa kurang selesa. Dia dan sekeluarga tidak pernah makan ayam KFC sekotak Jambo yang ada 25 ketul ayam di dalamnya. Hendak beli enam ketol ayam KFC pun belum cukup termampu. Ternyata Syazwan bukan dari golongan calang-calang orang. Patutlah semua pelajar perempuan di sekolahnya amat tergila-gilakan Syazwan. Bukan saja kacak, malah terpelajar dan seorang yang agak bertaraf juga. Bertuah juga kalau sesiapa dapat tangkap lentok dengannya.
"Kenapa kau tak makan di rumah saja?" tanya Aya memecah kesunyian di antara mereka. Dia tidak menyangka Syazwan juga seorang yang pendiam. Atau dah jadi adatnya, jika makan di larang bercakap.
"Bukankah aku kata, aku tak suka makan seorangan," balasnya.
"Kenapa? Ibu kau tak masakkan untuk ayah kau pulang kerja?" tanya Aya lagi.
"Masak tapi waktu malam saja sebab ibu bekerja di siang hari. Aku seorang di rumah waktu siang. Selalunya ibu masak lauk pagi-pagi sebelum pergi kerja tapi, sejak tahu aku tak boleh makan keseorangan dia tak masak lagi. Membazir katanya."
"Oh, jadi selama ini kau makan tengahhari dengan siapa?" tanya Aya lagi.
"Tak tentu. Kadang-kadang ajak kawan makan di luar ataupun pergi pejabat ibu dan makan dengannya atau tak makan langsung. Ibu kata aku tak kuat makan sangat"
"Kau tiada adik beradik?" tanya Aya.
"Nak buat macam mana? Ibu tak boleh beranak lagi" keluhnya. "Bagaimana dengan kau? Rumah kau tadi? aku dengar meriah sangat. Pasti ramai adik-beradik kau"
"Taklah, cuma lima orang saja. Yang bongsu baru berusia 1 tahun. Kadang-kala aku rasa rumah aku tu macam pasar malam. Ruih? dan sakit telinga dengar mereka memekak. Tapi kalau tiada mereka sunyi pula?" dia tertawa kelucuan apabila teringat sesuatu.
"Ya, asyik bertekak dengan adik beradik," sokong Syazwan pula.
Tanpa mereka sedari ada beberapa pasang anak mata sedang melihat kemesraan mereka berdua. Ada yang pandang mereka dengan perasaan terkejut dan ada juga yang pandang mereka dengan pandangan maut dan tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau bukan Elyana dan kawan-kawannya.
"Agaknya dah bertukar syiflah," ujur Idayu. Dia pasti perempuan yang dia jumpa tadi adalah Atiqah tapi kini dah bertukar menjadi Aya seperti yang di katakan oleh Elyana.
"Ya. Dan dah bertukar baju," ujur Hafizah yang perasan akannya. Tak silapnya dia melihat Syazwan berpakaian segak bergaya bukan berpakaian sukan seperti itu.
"Ah, aku semakin tak faham?!" ujur Aimi semakin keliru.
"Tapi? aku dah faham?" akhirnya Elyana bersuara. "Dan aku tahu apa yang perlu aku buat... dia berkata dan segera mengangkat kaki berlalu masuk ke dalam restoran KFC. Rakan-rakannya hanya melihatnya dengan penuh harapan agar sesuatu yang hebat akan berlaku.
Elyana dengan sepenuh keberaniannya menghalakan langkah kea rah Syazwan yang sedan asyik berbual dengan Aya. Panas hatinya apabila melihat kemesran mereka berdua. Walaupun dia cuba meyakinkan dirinya sendiri bahawa mereka tiada hubungan tapi ternyata tidak dapat memujuk hatinya yang terluka itu.
Dan lagi, dia berpendapat Senior Aya sengaja menyampuk perbualannya semalam. Patutlah tiba-tiba saja di meyampuk rupanya ada udang di sebalik batu, detis hatinya. Nampak sangat Senior Aya begitu suka dengan Syazwan.
Geramnya!
Akhirnya, dia sampai di meja mereka berdua duduk. Kehadiran Elyana amat mengejutkan Syazwan apatah lagi Senior Aya. Serta merta Aya teringat cerita Elyana semalam dan hati ini pasti dia fikir antara Syazwan dengan dia ada hubungan. Susah betul kalau berkawan dengna lelaki yang ramai peminat seperti Syazwan, keluhnya.
"Er... Elyana. Apa kau buat di sini?" tanya Syazwan yang masih terkejut lagi. Dia dapat rasakan aura kemarahan Elyana semakin kuat dan apa yang pasti ia bukan sesuatu yang baik.
"Err... saja jalan-jalan dan terjumpa kau dengan Senior Aya," ujur Elyana dengna lemah lembut. "Dan... aku mula terfikir sesuatu. Mungkin benar selama ini aku sedang berangan-agan yang kau adalah teman lelaki aku sebab kau pun tahu? aku sukakan kau sejak pertama kali pandang wajah kau dan demi perpisahan kita aku hadiahkan ini?,? pantas tangannya mencapai air Pepsi milik Syazwan dan simbahnya ke muka Syazwan.
Senior Aya kelihatan terkejut dengan perbuatan Elyana. Tidak hormat orang langsung. Pelik betul orang yang bercinta ini, pasal putus cinta pun nak mengamuk macam itu.
"Ah, puas!" ujur Elyana sambil tersenyum dan berlalu keluar dari situ. Menghampiri kawan-kawannya yang hanya melihat dari luar dan berlalu dari situ.
Aya yang tergamam tadi tiba-tiba tertawa lucu. Selam ini dia hanya dapat melihat babak di simbah air di dalam drama dan filem tapi kali ini dia benar-benar dapat melihatnya dengan matanya sendiri.
"Aya, aku kena simbah dengan air tanpa sebab kau ketawa pula?" tanya Syazwan sambil mencapai tuala kecil di dalam beg galas di sisinya dan kemudian mengelap mukanya yang di basahi air Pepsi.
"Sorry. Itulah, berlagak nak jadi mamat romeo. Bukankah dah kena simbah."
"Aya, aku tak... ." kata-katanya terputus. Tak guna dia terangkan pada Aya lagipun siapa akan percaya padanya. Memang selama ini, dia hanya senyap saja apabila perkara ini berlaku padanya. Jika dia beritahu pun tiada sesiapa yang akan percaya kepadanya. Dari membuang air liur, baik dia senyap. "Ah, lupakan saja. Aku hendak pergi tandas sekejap. Nak tukar baju lagipun baju ni dah berbau peluh."
"Jadi, aku balik dahululah," pantas Aya berkata. "Dah lambat ni."
"Tak. Kau tunggu aku di depan lif. Aku hantar kau nanti. Biar cepat sampai," kata Syazwan.
"Tapi"
"Jangan banyak cakap lagi. Aku tak suka biarkan perempuan balik seorang tanpa berteman. Tunggu aku di hadapan lif," ujur Syazwan sambil mencapai beg galasnya dan berlalu meninggalkan Aya seorang diri di situ.
Aya kelihatan tergaman seketika. Benarkah apa yang dia dengar dari mulut Syazwan tadi? Syazwan bercakap seperti dia adalah teman wanitanya. Hatinya betul-betul tersentuh. Syazwan begitu baik terhadapnya? mungkin juga dengan semua orang. Sekali lagi dia mengeluh lemah. Mungkin sebab inilah semua pelajar perempuan sekolahnya amat menyukainya.
Tanpa buang masa lagi Aya segera berlalu keluar dari restoran KFC dengan membawa satu kotak besar ayam KFC yang di beli oleh Syazwan tadi. Seperti yang di arahkan oleh Syazwan tadi, Aya menunggu Syazwan di tempat yang di janjikan.
Tidak lama dia menunggu, akhirnya dia terlihat kelibat Syazwan tetapi agak pelik sedikit perasaannya. Syazwan nampak lebih kacak dari tadi apabila sudah tukar baju. Sedikit bergaya. Agaknya, hatinya dah cdair melihatnya, dia pun tidak pasti tapi apa yang pasti jantungnya berdegup pantas apabila melihatnya. Tapi? Syazwan melintasinya pula. Langsung tidak perdulikannya yang penat menunggu di pintu lif.
"Syazwan," entah kenapa nama itu terkeluar dari mulutnya.
Dengan spontan dia melihat Syazwan berhenti melangkah dan berpaling. Syazwan tiba-tiba tersenyum sinis dan berlalu ke arah Aya.
"Hai, cik adik, boleh saya bantu?" tanya Syafiq dengan suara miangnya.
Aya mula keliru. Inikah Syazwan yang baru dia jumpa tadi tapi kenapa dia sudah bertukar menjadi orang lain. Personaliti kedua dia ke? Aya hampir tidak kenal siapkah lelaki di hadapannya itu.
"Aya, maaf lambat," sapa satu suara di belakang Aya. Suara yang amat di kenalinya. Tapi bukankah empunya suara itu berada di hadapannya? Dengan perlahan Aya berpaling.
Syazwan!
Tapi? bagaimana Syazwan boleh berada di belakangnya? Bajunya lain juga. Dengan pantas Aya berpaling di hadapannya. Wajahnya! Sama seperti wajah Syazwan. Apa dah berlaku? Kenapa ada dua orang Syazwan?
Tiba-tiba dia rasa dunianya semakin gelap... .