Bush dibaling kasut


Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.

Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.

Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.

Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.

- Reuters
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url