Belanjawan 2026

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat. Ini adalah belanjawan keempat Kerajaan MADANI pimpinan Anwar, dan yang pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

TEKS UCAPAN PENUH BELANJAWAN 2026


Belanjawan 2026: Peningkatan ketara peruntukan KKDW tumpu pada pembangunan sosioekonomi luar bandar - TPM Ahmad Zahid


Belanjawan 2026 cipta sejarah, beri peruntukan tertinggi untuk Sabah (RM6.9 bilion) dan Sarawak (RM6 bilion), perkukuh semangat MA63 - TPM Fadillah


Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima Bantuan Awal Persekolahan RM150, RM800 juta diperuntukkan.


Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin diperluas sehingga pelajar tingkatan 5, RM180 juta diperuntukkan.


Kementerian Pendidikan akan menerima peruntukan RM66.2 bilion, 38 sekolah baharu akan dibina


RM10 juta insentif disediakan bagi penganjuran konsert artis tempatan, antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing sempena TMM26


RM110 juta insentif galakan disediakan kepada penerbit filem tempatan, antarabangsa bagi hasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.


Membela nasib pesawah dengan penyediaan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah dan anggaran bantuan RM4,300 sehektar setiap musim termasuk:

a. Subsidi, bantuan dan insentif tanaman padi (RM2.62 Bilion)

b. Peningkatan insentif pembajakan dan racun kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim

c. Pengenalan Insentif Penuaian


RM35 Juta Sumbangan khas RM500 sebagai penghargaan kepada khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut


Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

RM250 kepada semua pesara Kerajaan

Disalurkan pada awal Mac 2026 sempena Aidilfitri


Pembiayaan LPPSA

a. Had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta

b. Pembiayaan kali kedua dipermudah tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama


RM580 Juta Pembangunan sukan negara termasuk Road to Gold, persediaan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 serta pemerkasaan atlet para


Kemudahan pengeluaran awal GCR bagi penjawat awam

Bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000


Had pengeluaran KWSP untuk ibadat Haji ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM10,000

MOT sedang dalam peringkat akhir menetapkan peraturan had kelajuan untuk kenderaan berat dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan jalan raya


Ketersambungan rel negara diperkukuh. Antaranya:

a. ETS ke Johor Bahru Sentral (fasa akhir)

b. LRT3 (Bandar Utama - Johan Setia)

c. ECRL (Kota Bharu - Gombak)

d. LRT Kelana Jaya (penggantian 26 tren)


Pemberian Pas MyRailLife secara percuma kepada komuniti OKU, murid sekolah dan kanak-kanak bawah 6 tahun


Pemerkasaan Bidang Aeronautik

a. UniMAP akan bangunkan Air Space Sandbox di Perlis

b. UTHM universiti pertama Asia Tenggara miliki lapangan terbang maritim


RM120 Juta Pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA

MOT sedang dalam peringkat akhir menetapkan peraturan had kelajuan untuk kenderaan berat dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan jalan raya


Ketersambungan rel negara diperkukuh. Antaranya:

a. ETS ke Johor Bahru Sentral (fasa akhir)

b. LRT3 (Bandar Utama - Johan Setia)

c. ECRL (Kota Bharu - Gombak)

d. LRT Kelana Jaya (penggantian 26 tren)


Pemberian Pas MyRailLife secara percuma kepada komuniti OKU, murid sekolah dan kanak-kanak bawah 6 tahun


Pemerkasaan Bidang Aeronautik

a. UniMAP akan bangunkan Air Space Sandbox di Perlis

b. UTHM universiti pertama Asia Tenggara miliki lapangan terbang maritim


RM120 Juta Pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA

Kadar duti eksais produk rokok

Dinaikkan secara berfasa mulai 1 November 2025 sebanyak:

- 2 sen per batang bagi rokok

- RM40 per kg bagi cigars, cheroots dan cigarillos

- RM20 per kg kandungan tembakau bagi produk heated tobacco

RM120 Juta Peruntukan tambahan disediakan bagi kenaikan Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP)


Bagi menambah petugas di fasiliti kesihatan awam pada 2026, sebanyak 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap dan hampir 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap sebagai jururawat

RM120 Juta Peruntukan tambahan disediakan bagi kenaikan Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP)


Bagi menambah petugas di fasiliti kesihatan awam pada 2026, sebanyak 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap dan hampir 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap sebagai jururawat

RM1.26 Bilion Diperuntukkan untuk kebajikan warga emas, melibatkan 180,000 warga emas, antaranya untuk wang saku, bantuan sosioekonomi dan pusat aktiviti


Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 akan digubal sebagai panduan strategik menyeluruh


i-Saraan Plus akan diperkenalkan untuk pekerja gig, e-hailing dan p-hailing dengan insentif caruman padanan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup


Kerajaan akan meneruskan inisiatif menangani kos sara hidup dengan peruntukan RM1 bilion, antaranya memperbanyakkan Program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN seluruh negara


RM3.1 Bilion Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih 560,000 penerima akan terus disalurkan, meningkat berbanding RM2.9 bilion pada tahun 2025

RM15 Bilion Diperuntukkan untuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah 2026 termasuk pemberian Penghargaan SARA


Pemberian RM100 Penghargaan SARA kepada semua 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, disalurkan pada pertengahan Februari 2026



Bayaran STR Fasa 4 2025 akan disalurkan seawal 18 Oktober 2025


RM15 Bilion Diperuntukkan untuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah 2026 termasuk pemberian Penghargaan SARA


Pemberian RM100 Penghargaan SARA kepada semua 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, disalurkan pada pertengahan Februari 2026



Bayaran STR Fasa 4 2025 akan disalurkan seawal 18 Oktober 2025


Untuk belia, antaranya:

a. Latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah oleh Khazanah (RM200 Juta)

b. Peruntukan hampir RM30 juta oleh MARA untuk melatih anak Bumiputera dengan jaminan pekerjaan

c. Pembiayaan usahawan belia oleh BSN (RM150 Juta)


Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak


Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran TASKA dan TADIKA diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar serta had umur anak yang layak dinaikkan daripada 6 tahun kepada 12 tahun


Memberi sokongan kepada usahawan Bumiputera termasuk:

a. RM2.4 bilion dikhususkan untuk kontraktor G1-G4 Bumiputera melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana

b. RM10 bilion nilai jaminan SJPP khusus untuk usahawan Bumiputera


Penambahan Tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia dan fasa pembangunan akan bermula menjelang akhir tahun 2026


RM3.3 Bilion

Projek prasarana asas desa antaranya:

a. Jalan kampung dan jalan perhubungan desa

b. Bekalan air bersih dan elektrik di kampung kecil Sabah dan Sarawak

c. Jambatan dan lampu jalan kampung


RM210 Juta Dana disediakan oleh SKMM bagi pembangunan Sistem Amaran Awal (EWS) untuk memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan krisis


RM460 Juta Peruntukan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi bersiap sedia menghadapi bencana


Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-undang Antibuli 2025 sebagai salah satu inisiatif untuk menoktahkan gejala buli


Perlindungan keselamatan negara melalui perolehan Multi Purpose Command Platform baharu di Sabah


Peningkatan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara melalui peruntukan berjumlah RM21.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri


RM160 Juta Insentif untuk nelayan antaranya elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan


Untuk usahawan tani

a. Pembiayaan Agrobank RM1.1 bilion

b. Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk projek baharu pengeluaran bahan makanan

c. Galakan cukai automasi sektor pertanian diperluas kepada penternakan haiwan terpilih


RM300 Juta Memperhebat kerjasama pertanian dengan Kerajaan Negeri termasuk menyokong tanaman jagung bijian, akuakultur serta aktiviti padi di Sabah dan Sarawak


Cukai Karbon akan diperkenal kepada sektor besi, keluli dan tenaga pada tahun 2026 selain penggubalan RUU Perubahan Iklim Negara


Agenda Peralihan Tenaga Negara

Antaranya:

a. Dana Peralihan Tenaga Negara (RM150 Juta)

b. LSS6 melibatkan pelaburan swasta RM6 bilion


RM120 Juta Bantuan Kerajaan untuk membela nasib pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf


RM2.4 Bilion Peruntukan kepada FELDA, RISDA dan FELCRA untuk terus melindungi lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil serta keluarga


Pengecualian duti setem ke atas kontrak penggajian dengan nilai ambang gaji dinaikkan kepada RM3,000 sebulan mulai 1 Januari 2026


RM50 Bilion Kemudahan pinjaman dan jaminan Kerajaan untuk manfaat usahawan tempatan


Pinjaman mudah EXIM Bank untuk membantu syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global dengan dana RM500 juta


RM12 Juta Peruntukan kepada Hospital Pengajar Universiti (HPU) terpilih untuk mengaplikasikan hasil ciptaan HPU dalam urusan pemulihan pesakit secara bersasar


Peruntukan cuti penyelidikan atau sabatikal setahun kepada pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan untuk menggalakkan pengkomersialan hasil R&D


Negara AI menjelang 2030

Antaranya:

a. Peruntukan aktiviti RDCI (~RM5.9 Bilion)

b. Potongan cukai tambahan 50% kepada PMKS bagi kos latihan berkaitan AI

c. Penubuhan Sovereign AI Cloud

d. Geran Pecutan Digital Malaysia (RM53 Juta)


Menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat dengan peruntukan RM500 juta oleh DBKL termasuk menyelenggara prasarana PPR dan membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir 2025


Pengecualian penuh duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian kereta nasional baharu PROTON dan PERODUA oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian


Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan


RM700 Juta Bagi memaju sektor pelancongan untuk menarik 47 juta pelawat dan menjana pendapatan pelancongan RM329 bilion


Pemerkasaan ekonomi industri halal antaranya melalui:

a. Pembiayaan PMKS halal oleh SME Bank sehingga RM100 juta

b. Peningkatan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS halal oleh SJPP sehingga RM2 bilion


Labuan IBFC berhasrat menjadi Hab Kewangan Islam Digital dan memperkenalkan Global Tokenisasi Sukuk


RM7.9 bilion Bagi memperkukuh ekosistem TVET


emerkasaan MAHB antaranya melalui:

a. Pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri (RM2.3 Bilion)

b. Projek Inter-Terminal Transfer antara KLIA Terminal 1 dan 2

c. Selangor Aero Park di Sepang sebagai hab logistik dan kargo serantau dengan kerjasama Kerajaan Selangor


Malaysia melalui MTDC akan meluncurkan SemiconStart dengan kerjasama inkubator global


Status ASEAN Business Entity (ABE)

a. Diselaras oleh SC

b. Insentif akan diberikan kepada syarikat senaraian awam dan pertengahan dengan pasaran meluas di ASEAN berstatus ABE


Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) akan dibangunkan oleh SKMM sepanjang 3,190km dengan kos RM2 bilion dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah


Projek lebuh raya Sabah dan Sarawak dengan kos hampir RM48 bilion termasuk:

a. Pan Borneo Sabah

b. Projek Sarawak-Sabah Link Road

c. Projek Trans Borneo

d. Naik taraf jajaran red line di Durin dan Salim, Sibu, Sarawak


RM1 Bilion

Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat, antaranya:

a. Sejati MADANI

b. Kampung Angkat MADANI

c. Sekolah Angkat MADANI

d. Sejahtera MADANI


Pembangunan Sabah dan Sarawak

a. Peruntukan Sabah RM6.9 bilion dan Sarawak RM6.0 bilion

b. Mulai 2025, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta


RM15.5 Bilion setahun Penyasaran subsidi menjimatkan dana negara


Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas


Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan


RM220 juta Peruntukan Parlimen ditingkatkan termasuk bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas


Defisit fiskal keseluruhan diunjur mengecil kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025


Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal


Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang


KDNK Malaysia 2026 diunjur dalam julat membanggakan antara empat dan 4.5 peratus, berbanding empat hingga 4.8 peratus pada 2025


Kerajaan umum Belanjawan 2026 berjumlah RM419.2 bilion (RM421 bilion dalam Belanjawan 2025), terdiri daripada perbelanjaan mengurus RM338.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM81 bilion


Jumlah kutipan hasil dianggarkan lebih tinggi kepada RM343.1 bilion pada 2026 berbanding RM334.1 bilion pada 2025


Unjuran Kutipan Hasil Persekutuan

2026: RM343.1 Bilion

berbanding 2025: RM334.1 Bilion


Defisit fiskal terus dikurangkan

2022: 5.5%

2023: 5.0%

2024: 4.1%

2025: 3.8% (Anggaran)

2026: 3.5% (Unjuran)


Belanjawan MADANI Keempat: RM470 Bilion

a. Belanja Mengurus: RM338.2 Bilion

b. Belanja Pembangunan: RM81 Bilion

c. Pelaburan GLIC (Ikhtiar GEAR-uP): RM30 Bilion

d. Pelaburan Awam-Swasta: RM10 Bilion

e. Pelaburan BBP dan Syarikat MKD: RM10.8 Bilion


Bagi tahun 2026, ekonomi negara diunjur berkembang pada kadar 4.0% hingga 4.5%


Tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat


Mengapa kita bersusah-payah menyasarkan subsidi?

Subsidi adalah keistimewaan rakyat Malaysia. Dengan penjimatan subsidi diesel, kita dapat ringankan beban hidup rakyat melalui SARA untuk Semua


Mengapa kita tumpukan kepada Penguatkuasaan?

Penguatkuasaan tanpa pilih kasih berjaya mengembalikan berbilion ringgit hasil negara untuk membiayai projek rakyat


Mengapa kita tekankan tatakelola?

Reformasi perundangan seperti FRA dan RUU Perolehan Kerajaan bantu:

a. Lonjak Indeks Daya Saing Negara hingga 11 anak tangga

b. Nilai Ringgit mengukuh

c. Turunkan pengangguran ke 3%



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url