Jimat tenaga dengan mentol Philips


Syarikat pembekal mentol lampu terkenal, Philips baru-baru ini telah memperkenalkan siri produk mentol yang bukan saja efisien tetapi menjimatkan tenaga iaitu Philips Ambience Lamp.

Bertepatan dengan kempen penjimatan tenaga, inisiatif syarikat tersebut secara tidak langsung dapat menyokong usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Selain menjimatkan, siri mentol tersebut sesuai digunakan dalam semua keadaan, aktiviti dan juga tempat seperti rumah, hotel serta restoran.

Apa yang menarik, semua siri mentol tersebut mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga 80 peratus serta kurang mengeluarkan karbon dalam pancaran habanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Philips Malaysia, Lee Wee Seong, mentol berkenaan mempunyai bentuk yang sama dengan mentol filamen biasa tetapi menawarkan kadar penjimatan lebih tinggi.

"Sebagai peneraju global dalam membekalkan mentol menjimatkan tenaga, kami menerima permintaan yang sangat menggalakkan," katanya semasa pameran Philips Ambience Lamp di Petaling Jaya baru-baru ini.

Melalui siri baru tersebut, mentol kategori General Lighting Services (GLS) telah digantikan dengan kategori Compact Flourescent Lamps (CFL) yang semakin popular di kalangan pengguna.

Antara model terbaru yang ditawarkan adalah PAR38 Energy Saver dengan kebolehan diaplikasikan secara mendatar, berfungsi dalam air serta mempunyai dua pilihan iaitu cool day light dan warm white.

Teknologi baru juga diaplikasi pada mentol Master LED 7W di mana ia mampu bertahan sehingga 25 tahun melalui penggunaan lima jam sehari.

Menurut Wee Seong, sebagai inisiatif menjaga alam sekitar pula, Philips telah melancarkan program Fourth EcoVision sejak September tahun lalu bagi menggalakkan masyarakat menyokong kempen menjimatkan tenaga elektrik.

Menerusi program tersebut, ia dapat membantu mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada bumi.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url