Top Ad 728x90

Kenapa Lelaki Benci Wanita?

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 C yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak ....!"

1 Comment:

  1. jgn sesekali cabar lelaki.sah2 die akan buat ape yg u all cabar tuh.muahaha!!

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90