Top Ad 728x90

,

Laman blog menghina Nabi Muhammad

Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.

Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.

Blog tersebut adalah : http://adibahahmad.blogspot.com/

- Utusan

1 Comment:

  1. Sepatutnya Polis pantas bertindak dan tangkap penulis ini dan tahan dalam ISA....Dengar ceritanya dia menafikanya dihadapan Datok Ahmad sabri....kenapa tidak dengan Menteri dalam Negeri....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90