Top Ad 728x90

Terengganu tubuh zon perdagangan bebas 2009

Kerajaan negeri akan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tahun depan bagi mempromosikan Terengganu sebagai pintu masuk utama sektor perdagangan ke Pantai Timur.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, zon berkenaan dibina untuk menempatkan pelbagai kemudahan kargo udara termasuk keperluan teknologi dan komunikasi maklumat untuk kegunaan perniagaan.

Katanya, buat permulaan sebidang tanah seluas 20 hektar yang terletak bersebelahan LTSM di Tok Jembal di sini telah dikenalpasti untuk permulaan projek berkenaan.

''Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. (MASkargo) untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas ini bagi kegunaan kargo udara," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Ahmad berkata, keputusan itu juga dibuat kerana kebanyakan barangan dari luar negara yang dihantar ke Pangkalan Bekalan Kemaman dan industri minyak di Kemaman terpaksa dibuat melalui Singapura.

''Dengan pembinaan zon ini, kita berharap barangan-barangan berkenaan akan dapat dihantar terus ke Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata, kos pembinaan zon berkenaan masih belum ditentukan kerana ia masih di peringkat perbincangan.

''Kita masih merangka pelan penubuhan zon berkenaan dengan nasihat daripada pihak MASkargo dan pembinaan akan mula dilakukan tahun depan," ujarnya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90