Top Ad 728x90

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor ketika membuat pengumuman itu di HTJ tengah hari ini memberitahu, Tuanku Ja'afar berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

``Saya ingin memaklumkan, Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ. Kebawah Duli Tuanku mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi.

``Pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

- Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90