Khamis, Januari 29, 2009

Ibu bapa Muhamad Mukhriz dan Mohamad Nor Amirul Asyraf dicari


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling sedang mengesan ibu atau waris kepada dua kanak-kanak yang berada di dalam jagaan institusi kebajikan tersebut.

Kanak-kanak malang itu ialah Muhamad Mukhriz, 4, dan Mohamad Nor Amirul Asyraf, 9.

Pegawai Pelindung, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Midah Abd. Aziz berkata, ibu kanak-kanak itu dikenali sebagai Siti Rohani Mohammad dari Felda Jengka 6, Maran, Pahang.

"Saya difahamkan ibu mereka kini menetap di sekitar Puchong, Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali ibu bapa atau waris kedua-dua kanak-kanak tersebut diminta menghubungi talian 03-56335728 atau 03-56337395.

- Utusan

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts