Kapal selam nuklear Perancis, Britain tiada bunyi
Kapal selam nuklear milik Britain dan Perancis bergerak dalam keadaan senyap sehingga anak-anak kapal tidak tahu bahawa mereka sebenarnya berlanggar sesama sendiri pada awal bulan ini di Lautan Atlantik.
Bagaimanapun, kedua-dua kapal itu tidak mengalami kerosakan serius dan bahan radioaktif tidak bocor ke dalam lautan.
"Kedua-dua kapal selam itu tidak dapat dikesan dan ia mengeluarkan bunyi yang kuat sedikit daripada udang," kata Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin.
Kemalangan yang tidak dirancang itu menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua negara bersekutu itu mampu mengawal tugas pemantauan bersama.
Namun, para pegawai pertahanan berkata, pergerakan kapal selam balistik nuklear itu merupakan rahsia negara.
Para pegawai tentera laut Perancis yang enggan dikenali berkata, negara itu sudah mengatur zon rondaan untuk kapal selam dengan sekutu-sekutunya.
Namun, katanya, rondaan kapal yang dilengkapi senjata nuklear tidak termasuk dalam rondaan secara bersama dengan sekutu-sekutu.
"Pencegahan nuklear adalah perkara nasional dan ia tidak boleh ditukar dengan kapal balistik nuklear," kata seorang pegawai.
Kapal selam Le Triomphant milik Perancis dan HMS Vanguard milik Britain merupakan kapal selama generasi baru balistik nuklear yang direka khas bagi mengelak ia dikesan oleh musuh.
- AGENSI