Tuanku Mizan rakam penghargaan kepada Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang bakal menyerahkan kepimpinannya kepada Datuk Seri Najib Razak, bulan depan.
Dalam titah ucapan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda berharap peralihan kuasa itu akan berjalan lancar.
"Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar supaya agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka Baginda.
Pada 8 Oktober tahun lalu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003.
- BERNAMA
betul ker paklah nak serah kuasa kepada najib c4.ingat paklah bengap ker.ntah2 sebelum paklah serah kuasa kepada najib.paklah buat hal dan bubar kan parlimen.wakakaka.ingat paklah xtau pikiaq.aku rasa 2 calon sesuai untuk jadi pm.anwar ibrahim dan hadi awang.