Top Ad 728x90

,

Ulama sudah tidak bersama UMNO - Perwakilan


Perhimpunan agung Umno hari ini diberitahu bahawa majoriti ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu.

"Apa silapnya?" soal perwakilan dari Perak, Datuk Khusairi Abdul Hamid

Menurutnya, dahulu golongan ini yang amat berpengaruh, tidak memihak kepada Umno.

"Jika keadaan ini berterusan, kita bimbang pengaruh Umno semakin mengecil," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden Umno.

"Kita biarkan sekolah pondok diuruskan oleh ibubapa tanpa bantuan kerajaan," katanya sambil menambah kerajaan hanya memberi lesen untuk menguruskan sekolah tersebut.

"Tentulah tidak hairan mengapa mereka menyokong parti PAS... kerana mereka ini dilahirkan oleh PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, boleh menyarankan supaya kerajaan menubuhkan pusat tahfiz al-Quran bertaraf profesional yang dimiliki sepenunhnya oleh Umno.

Buka sekolah tahfiz

"Apa salah kalau MARA buat, apa salahnya setiap negeri buat sekolah tahfiz yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri," tambahnya.

Mengenai politik di Perak, Khusairi berkata ia telah melahirkan seorang penderhaka yang "menyembah derhaka dan mengadakan sidang (DUN) di bawah pokok".

Merujuk kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, beliau berkata, penderhaka tersebut tidak akur kepada keputusan Sultan Perak melantik Datuk Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar baru.

"Ayuh kita ganyang penderhaka ini, biarkan dia kalah di Bukit Gantang," tambahnya.

Mohd Nizar telah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April depan.,

Khusairi mendakwa Mohd Nizam adalah menteri besar kepada rejim DAP di Perak.

Beliau juga turut mengulas tentang reformasi yang diperlukan oleh Umno.

Reformasi milik Umno

Menurutnya, Umno bersedia untuk reformasi sambil menambah bahawa reformasi bukan milik Datuk Seri Anwar anwar Ibrahim atau PKR.

Sebaliknya, kata beliau, ia milik Umno yang telah menjalankan reformasi sejak 50 tahun negara mencapai merdeka bagi mewujudkan suasana stabil dan aman dalam negara.

Beliau juga turut menyentuh tentang masalah tanah di Perak yang menurutnya tidak selesai walaupun 12 pilihanraya umum bersilih ganti

"Masalah itu bukanlah disebabkan oleh Umno tetapi birokrasi di jabatan tertentu," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya pegawai kerajaan menjalanil kursus supaya menjiwa Umno.

"Bukan orang Umno sahaja yang perlu diberi kursus," tegasnya.

Cadangan penyatuan Umno, PAS

Sementara itu, Wakil Umno Kelantan, Mohd Zain Yasim menggesa kepimpinan tertinggi Umno dan PAS supaya jangan memandang 'enteng' cadangan penyatuan kedua-kedua parti orang Melayu itu.

Beliau berkata, ia perlu dipandang serius demi survival orang Melayu.

"Kalau tidak buat begitu, kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa," katanya.

"Saya harap pihak kepimpinan tidak menolak mentah-mentah cadangan penyatuan Umno-PAS ini," tambahnya.

- MALAYSIAKINI

3 Comment:

  1. hanya ulamak yang bodoh saja akan bersama umno. nak kata tidak, tapi ya, ya tapi tidak. kalau undang undang islam di langgar semacam, ulamak mana yang mahu bersama umno.

    ulamak di dalam umno hanya bertugas angguk dalam usaha. Usahkan ulamak, di selangor, apa yang berlaku pada MAIS ... telah terbukti dalam soalsiasat SELCAT .. Mais terdorong untuk menyalurkan wang bagi kepentingan pemimpin umno.

    kalau dah duit sumbangan rakyat kepada fakir miskin dan asnaf pun boleh Mais dan UMNO pesongkan .. bagaimana kah kalau ulamak turut di pesongkan oleh UMNO.

    UMNO ngigau lagi ... sedor ke diorang ni.
    kalau ahli umno dah dekat pada agama, umno bakal ke kubur.
    tu lah kesedaran pemimpin umno sekarang. lantas Mahathir menjadi titik mula bantahan terhadap sekolah sekolah agama yang tidak lagi mendapat bantuan.

    jauh kan manusia dari agama untuk kesejahteraan umno. kalau orang umno tidak sedar apa yang dah di lakukan oleh pemimpin mereka, maka adalah jelas, ahli umno memang terdiri dari manusia yang bodoh dan buta akan sikap dan tujuan pemimpin mereka. Orang seperti ini yang memakmurkan umno selama ini.

    kalau dengan kopiah pun umno dah fobia, umno masih nak cerita tentang ulamak dalam umno?

    lawak ! lawak !

    -rentakjari-

    BalasPadam
  2. Hanya ulama' pitis sahaja yang bersama UMNO.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90