Dilamar ketika baca berita


Seorang pembaca berita di sini, Courtney Collins terkejut apabila dia menerima lamaran kekasihnya ketika dia membaca berita secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu dilihat sedang rancak berbual dengan seorang pengacara lain pada siaran berita petang stesen televisyen KARK 4 di negeri Arkansas apabila teman lelakinya, Pete Thompson tiba-tiba memasuki set berita.

Collins kebingungan apabila rakan-rakan sekerjanya mula beredar dari kerusi mereka dan Thompson yang bekerja sebagai wartawan di stesen tersebut memperkenalkan diri di depan kamera.

“Berita tergempar. Sayang, saya mahu memberitahu bahawa saya amat mencintai anda dan ada soalan penting yang saya ingin bertanya kepada anda,” katanya.

Sejurus selepas itu, seorang rakan memberikan sebentuk cincin dan Thompson mula berlutut dan melamar kekasihnya.

Lamaran di televisyen itu berakhir dengan gembira apabila Collins menyatakan persetujuannya menjadi isteri.

- AGENSI
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Unknown
    Unknown Jumaat, 24 April 2009 pada 7:08:00 PTG SGT

    fulamakk..caya lah..huhu

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 24 April 2009 pada 11:12:00 PTG SGT

    perghh..romantik ye..cute je

Add Comment
comment url