Kecoh pelajar diserang histeria


Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar di sini kecoh kira-kira pukul 10 pagi semalam, apabila 18 pelajar perempuannya diserang histeria ketika menghadiri majlis bacaan Yasin untuk menghadapi peperiksaan.

Kejadian itu sekali gus telah menimbulkan suasana kelam-kabut di kalangan pelajar lain termasuk guru yang berada pada majlis itu kerana ia bukan merupakan kejadian pertama sebaliknya kali ketiga sejak Ahad lalu.

Serangan histeria itu dipercayai bermula ketika majlis bacaan surah Yasin rutin itu dimulakan bersama guru di kantin sekolah berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, pelajar perempuan yang sedang membaca surah Yasin itu tiba-tiba menjerit sambil meracau-racau kerana mendakwa ternampak kelibat seorang wanita berambut panjang dalam keadaan ngeri melintasi mereka.

Sebelum itu, kejadian sama dikatakan turut berlaku di sekolah berkenaan pada Ahad lalu apabila seramai 22 pelajar perempuannya turut diserang histeria kira-kira pukul 8.30 pagi manakala kelmarin seorang pelajar turut mengalami nasib yang sama.

Seorang mangsa, Nor Junaidah Ahmad Fauzi, 13, berkata, dia tidak dapat membayangkan rupa wanita itu memandangkan kelibat wanita berambut panjang itu hadir dalam keadaan terlalu cepat.

“Dia (kelibat wanita) lalu lepas kami baca Yasin, rupa dia tak sempat nak tengok betul-betul tetapi memang mengerikan dan menyeramkan.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url