Ramai stres hilang pekerjaan
Bercakap kepada Bernama di sini semalam, beliau berkata, dalam tempoh dua bulan lepas, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.
Beliau menjangka jumlah itu akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lalu.
Mohd. Hussain menambah, perkara itu sepatutnya menyedarkan kerajaan tentang betapa pentingnya isu berkenaan ditangani dengan segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar.
Katanya, mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.
Menurut beliau, antara cara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu itu adalah dengan membentuk kumpulan sokongan sebagai tempat bagi pekerja terbabit mendapatkan bantuan profesional.
Sebagai permulaan, beliau mencadangkan Kementerian Sumber Manusia meminta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bertanggungjawab bagi keselamatan sosial pekerja supaya menubuhkan klinik sokongan di cawangannya.
- KOSMO!

