Top Ad 728x90

,

Bangunan Pasaraya Jaya runtuh, 1 maut, 6 masih tertimbus


Bahagian lama bangunan empat tingkat Pasaraya Jaya di Seksyen 14 di Petaling Jaya runtuh pada jam 4.50 petang tadi, mengakibatkan seorang pekerja binaan maut manakala enam lagi tertimbus.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dan sehingga jam 7 petang tadi mereka menemui satu mayat mangsa.

Kira-kira 30 pekerja binaan sedang bertugas meroboh bangunan terbabit apabila ia tiba-tiba runtuh di luar kawalan.

Usaha mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan bekas Pasaraya Jaya di SS14 di sini, beralih menggunakan jentera berat.

Ini kerana runtuhan yang menimbus mangsa terdiri daripada bongkah konkrit yang tidak mungkin dapat dialih tanpa penggunaan jentera berat.

Sehingga tengah malam tadi, dua mayat mangsa berjaya ditemui dan dikeluarkan dari runtuhan berkenaan.

Terdahulu, dua mangsa diselamatkan tidak lama selepas bangunan berusia lebih 35 tahun itu runtuh pada jam 4.50 petang tadi.

Semasa kejadian, kira-kira 30 pekerja berada di bangunan itu menunggu untuk melakukan kerja meroboh yang dimulakan sejak tiga bulan lalu.

Siasatan awal mendapati bangunan itu runtuh akibat bebanan berlebihan di bahagian atas berikutan kehadiran beberapa jentera berat bagi kerja merobohnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan, termasuk melihat aspek perlanggaran piawaian yang ditetapkan.

"Maklumat awal mengatakan ada lapan jentera pelbagai fungsi di tingkat paling atas bangunan ketika proses meruntuh.

"Ia mungkin salah satu faktor utama menyebabkan struktur bangunan itu menjadi tidak kukuh lalu runtuh dan menghempap pekerja," katanya ketika meninjau lokasi kejadian malam tadi.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pula berharap semua pihak tidak membuat spekulasi dan siasatan punca kejadian akan dilakukan pasukan forensik Jabatan Kerja Raya apabila kerja mencari dan menyelamat selesai.

"Pasukan forensik JKR sedang bersedia dan menunggu masa untuk melakukan kerja penyiasatan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri akan meminta Datuk Bandar Petaling Jaya dan kontraktor projek berkenaan menjelaskan prosedur kerja projek berkenaan.

"Kerja meruntuhkan bangunan berusia itu seharusnya tidak berakhir seperti ini jika mengikut prosedur betul. Kita harap mereka boleh memberi penjelasan esok," katanya.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90