Top Ad 728x90

Biawak komodo ancam manusia


Biawak komodo mempunyai gigi seperti jerung dan bisa, yang mampu membunuh seseorang dalam masa beberapa jam selepas digigit.

Namun, kampung di pulau ini telah dihuni manusia sejak berkurun lalu tanpa rasa bimbang walaupun tinggal bersama-sama biawak terbesar di dunia, sehinggalah haiwan itu mula menyerang.

Berita mengenainya tersebar dengan cepat di pulau tropika yang terletak di tenggara Indonesia, satu-satunya habitat biawak yang diancam kepupusan itu dapat ditemui, dua orang telah menjadi korban sejak tahun 2007 iaitu seorang budak lelaki dan seorang nelayan serta beberapa mangsa lain yang diserang sehingga cedera parah oleh biawak komodo.

Menurut pakar, serangan oleh haiwan itu jarang berlaku, namun kebimbangan jelas dirasakan di kampung nelayan pulau itu dan timbul persoalan mengenai kehidupan 'bersama' biawak di masa depan.

Seorang renjer bernama Main, 46, sedang menyiapkan kertas kerja semasa seekor biawak komodo menaiki tangga kayu pondok miliknya di Taman Negara Komodo dan membaham kakinya.

Apabila dia cuba membuka mulut haiwan itu, biawak komodo tersebut membenamkan gigi tajamnya pada tangan Main pula.

"Saya ingatkan saya tidak akan selamat... Saya menghabiskan separuh hayat saya bekerja dengan biawak komodo, namun tidak pernah berdepan dengan perkara seperti ini.

"Nasib baik rakan saya mendengar jeritan saya dan membawa saya ke hospital dengan segera," katanya sambil menunjukkan kesan luka 55 jahitan yang masih membengkak tiga bulan selepas kejadian.

Empat orang terbunuh sejak 35 tahun lalu (2009, 2007, 2000 dan 1974) dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam tempoh sedekad.

Seramai 4,000 penduduk tinggal di pulau itu.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90