Gmail dalam pelbagai bahasa

GMAIL kini boleh dibaca dalam 49 bahasa bagi membolehkannya digunakan oleh majoriti penduduk dunia.

Google Inc juga mengumumkan Gmail Lab merupakan tapak eksperimen dalam perkhidmatan e-mel percuma Google iaitu Gmail. Gmail Lab menawarkan pengguna peralatan yang berguna bagi meningkatkan kotak e-mel masing-masing.

Dilancarkan dalam bahasa Inggeris pada Jun tahun lalu, Gmail Lab menawarkan 43 bahasa dalam masa 43 minggu dan kebanyakannya boleh digunakan termasuk bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Ciri-ciri Gmail termasuk:

Offline Gmail - mengakses dan menulis e-mel walaupun tidak terdapat sambungan Internet. Perubahan akan diselaraskan apabila pengguna disambung semula dengan Internet.

Undo Send - mengambil semula e-mel selepas lima saat dihantar.

Mail Googles - dalam masa pemilihan masa tetingkap membolehkan anda menghantar mel jika anda boleh menyelesaikan masalah matematik ringkas. Jika tidak tidur dulu dan cuba keesokannya.

Ingatan Lampiran - menghalang anda menghantar mesej kosong secara tidak sengaja jika anda telah menulis mengenai lampiran.

Tugasan - tambah senarai adds-to-do kepada inbox. Anda boleh menulis tugas secara manual atau terus daripada e-mel atau edit senarai anda daripada telefon semasa berada di mana saja.

Pengumuman ini selaras dengan ulang tahun ke lima Gmail 1 April lalu.

Pengarah Pengurusan Produk Google, Eric Tholome berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan Gmail Lab di peringkat antarabangsa semasa ulang tahun kelima Gmail.

"Inovasi pantas dalam Gmail Lab menjadikannya contoh terbaik bagaimana Gmail telah berkembang dalam masa lima tahun, mencipta program e-mel yang lebih intuitif, berkuasa dan inovatif bagi pengguna," katanya.

Ketua Pemasaran Google Asia Tenggara, Derek Callow berkata, pada masa mula-mula e-mel diperkenalkan, ia terikat dengan simpanan dan penggunaanya yang terhad.

Salah seorang penggemar Gmail dan blogger Complicated Simplicity, Chuah Kee Man, seorang penyelidik di Universiti Malaysia Sarawak berkata: "Gmail adalah webmel nombor satu saya sejak saya tahu menggunakan e-mel beberapa tahun lalu."

Kee Man berkata, beliau sukakan Gmail kerana ringkas tetapi penuh dengan ciri-ciri berguna dan efisien.

"Saya juga boleh mencari e-mel lama atau baru dengan mudah selain saiz penyimpanan yang besar dan ciri-ciri lain," katanya.

Menggemari ciri Gmail offline, membolehkan Keen Man membaca mel di mana saja walaupun tanpa sambungan Internet.

Seorang lagi peminat Gmail yang juga pemilik perniagaan Online dan blogger (sapiensbryan.com) Bryan Soh Yuen Liew berkata, beliau tidak terasa telah lima tahun menggunakan Gmail.

"Sejujurnya saya rasanya, saya tidak boleh hidup tanpa Gmail hari ini kerana saya menggunakannya hampir setiap saat untuk perniagaan dan peribadi.

"Saya menggunakan lima ciri Gmail Lab dalam Gmail iaitu Tasks, Signature Tweaks, Right-side Labels, Mark as Read dan gajet kalendar Google," katanya.

Bahasa terkini Gmail Lab adalah Bengali, Bulgaria, Catalan, Cina, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Estonia, Finland, Peranchis, Jerman, Greek, Gujarati, Hindi, Hungaria, Iceland, Indonesia, Italia, Jepun, Kanada, Korea, Latvia, Lithuania, Melayu, Malayalam, Marathi, Norway, Oriya, Poland, Portugis (Brazil, Portugal), Romania, Russia, Serbia, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Tagalog, Tamil, Telugu, Thai, Turki, Ukrain and Vietnam.

Bagi mendapatkan akses Gmail Labs, lawati tab Labs dalam laman Settings. Bagi membina akaun Gmail, sila lawati http://mail.google.com
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Kee Man
    Kee Man Sabtu, 23 Mei 2009 pada 3:12:00 PTG SGT

    Haha. Thanks.

Add Comment
comment url