Keistimewaan tetikus wayarles


Teknologi wayarles kini telah diimplementasikan dalam kebanyakan peranti pengkomputeran kerana menerusinya tiada lagi penggunaan wayar berselirat diperlukan.

Mengambil contoh tetikus, perjalanan operasinya secara wayarles menawarkan banyak kemudahan kepada pengguna sama ada untuk tujuan menyelesaikan tugas, berhibur atau bermain permainan video.

Bagi memenuhi keperluan itu, sebuah syarikat pengeluar peranti komputer peribadi, A4 Tech baru-baru ini telah memperkenalkan tetikus wayarles Nano G7 630.

Produk tersebut mempunyai kelebihan capaian julat sambungan sehingga 15 meter (m) dengan kelajuan wayarles tanpa gangguan 2.4GHz.

Untuk memastikan sensor pada tetikus itu dikesan, ia didatangkan bersama penerima sensor nano USB 2.0 mudah alih.

Pengguna boleh memilih sendiri kadar kelajuan diingini seperti kegunaan pejabat (125Hz), kerja grafik (250Hz) dan permainan video (500Hz).

Berbeza daripada produk tetikus biasa, Nano G7 630 mempunyai lapan fungsi pilihan yang ditawarkan pada butang sebelah kanannya.

Tetikus itu kini dijual pada harga RM99.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url