Tomok jutawan OIAM musim ketiga


Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.

Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam.

Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Nor Liyana Sana'a
    Nor Liyana Sana'a Sabtu, 2 Mei 2009 pada 6:34:00 PTG SGT

    hiburan,hiburan dan hiburan..kalu dah dapt duit 1 juta,,agak2 apa yg dia buat eh
    kalu suki dia saving bajet nak sambg stdy..kalu tomok nak saving bajet untuk derma anak2 yatim x eh..hmmmm....
    bila menag duit nama kiter sendiri..bila nak derma ank yatim tulis nama hamba Allah..hmmm...mcm mn tu...sorry eh komen panjag sagt

Add Comment
comment url