Wartawan gesa Najib mansuh OSA

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia menggesa perdana menteri menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan menggantikannya dengan akta kebebasan maklumat.

Presidennya Norila Daud berkata akta tersebut, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sering ditanggap membelenggu media arus perdana.

"(Dengan tanggapan itu), sejauh manakah agaknya media berkenaan boleh melaporkan berita secara bebas tetapi tetap berkredibiliti dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam.

"NUJ memohon kerajaan bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya lebih prihatin dan peka terhadap perubahan era ledakan informasi global yang memerlukan lebih keterbukaan, di samping mengamalkan dasar ketelusan, akauntabiliti dan juga tadbir urus yang cemerlang."

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url