Top Ad 728x90

,

2 minggu tempoh periksa tayar kenderaan

Pemilik kenderaan persendirian diberi tempoh dua minggu untuk memeriksa tayar kenderaan mereka bagi mengelak dikenakan denda sepanjang Kempen Keselamatan Tayar oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bermula semalam.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh, berkata kempen itu adalah usaha mendidik pemilik kenderaan terutama kereta dan kenderaan pacuan empat roda memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Lima jenis kesalahan tayar yang boleh dikenakan kompaun sepanjang kempen itu ialah tayar retak, menggelembung, merekah, tekanan angin kurang atau bunga tayar haus.

"Kempen ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dengan meminta pemilik kenderaan sentiasa memastikan tayar berada dalam keadaan selamat termasuk hanya menggunakan satu jenama tayar pada satu-satu masa.

"Kita hanya memerlukan satu atau dua minit untuk memeriksa tayar kenderaan setiap hari sebelum memulakan perjalanan supaya keselamatan lebih terjamin," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Buat masa sekarang Kempen Keselamatan Tayar hanya memberi tumpuan kepada kenderaan persendirian saja bagi tempoh lapan minggu bermula semalam, disusuli motosikal selepas itu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penguat Kuasa JPJ Wilayah Persekutuan, Syed Abdullah Syed Hussain, berkata pemilik kenderaan yang didapati bersalah kerana tayar kenderaan boleh dikenakan denda maksimum RM300.

"Jika pemilik masih gagal membaiki kesalahan pada kenderaan, ia dianggap kes mahkamah dan denda yang akan ditetapkan oleh mahkamah yang berkemungkinan lebih tinggi," katanya.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan diingatkan supaya tidak lagi menggunakan tayar yang sudah dibeli dalam tempoh tiga hingga lima tahun walaupun ia tidak digunakan kerana tayar berkenaan tidak selamat.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90